nuffnang ads

April 25, 2011

Laju-Laju

Aku nak citer laju2.. tapi korang baca biar la slow2 ya.. :P

Aku nak update je apa yang berlaku sepanjang minggu lepas..

Isnin-Jummat : Kerja la takde benda lain aku nak buat dah..

Jumaat tu aku dapat notis ni.. terus susah hati.. malasnya nak parking tempat lain. Nak drive ke tempat kerja? kem salam je la.. Aku ni dah la jenis cepat mengantuk.. minggu lepas aku tertido dalam train.. then terjaga.. menonong je keluar dari train.. sekali stesyen bandar tasik selatan.. damn it, kena tunggu lagi sejam.. train delay.. delay tu bukan kadang2 je tapi dah selalu sangat! Hampa sebagai pengguna public transport tegar.

Sabtu: Pagi jogging.. makan nasi kerabu.. teman t.linda cuci kereta kat kedai.. pastu tunggu lagi 15 minit kat jusco.. tunggu? sebab jusco tak buka lagi. membeli belah.. kemudian balik.. baru mandi! ya pergi jusco tak mandi! Malam tu ke rumah bakal pengantin.. cousin aku.. kena perli dengan mak saudara aku sebab dah setahun tak jenguk dia.. huhuhu! ampun! pastu amik gambar kucing.. balik umah sesak nafas..

Ahad: tak ke mana pun. Dok rumah kemas bilik.

Si mone, maine coon spesis.. si bubu ngan kukun gila besar.. berat dekat 10kg agaknya. Ni baru intro nanti aku upload lagi gambar kucing spesis besar gedabak ni.

No comments:

Nuffnang Ads