nuffnang ads

March 29, 2010

Australia Part 7: Last Day

Baru aku perasan, terkurang satu hari. Rasanya telah bercampur dengan hari pertama. Tapi tidak mengapa banyak lagi cerita lain yang boleh aku post. Hari terakhir kami di gold coast digunakan dengan sebaik mungkin. Chewahh padahal pergi pantai surfer paradise je. Pertama kali jejak kaki di pantai okeh, before this tengok pantai pun tak mahu.. walhal tempat tu famous ngan pantai dan abang2 surfer yang gagah perkasa. Jom tengok gambar..

Pakwe 2 minit aku, nama pun tak sempat nak tanya sebab depa sibuk tgk ombak. aku lak sibuk minta permission nak amik gambar.

Perjalanan diteruskan ke Lone Pine, tempat ni kat Brisbane dah. So bergambar la aku dengan koala harga AUD16.. sila jangan convert duit ke RM, kalau tak nangis tgk duit berterbangan.

Pastu pergi tengok show bebiri berlari di atas padang yang di kawal oleh anjing dan diberi arahan oleh tuannya. kejam ok tengok mamat nie cukur bulu biri nie sampai berdarah.. lepas tu dia pun isi minyak kat tempat luka tu. Tonggang terbalik biri tu dikerjakan.

Mari memulangkan diri ke tanah air semula. Sudah puas membasuh hadas kecil menggunakan bekas maggi cup.

Tah apa2 makanan yang si silkair ni bagi.. ikan semata2 pastu breakfast sayuran dan telur bersama roti. orang lain dok la makan chicken pie..

Akhirnya ini la nafsu makan
bersama teh ais
aku selepas touch down.

Sekian sahaja percutian aku di Brisbane, Gold Coast dan Sydney. Kesimpulannya adalah BEST. Pergi dengan mak2 lagi BEST sebab depa belanja, depa masak dan depa juga membebel, tu wajib! Orang2 di Gold Coast juga sangat baik hati, walaupun mereka rambut panjang, tattoo merata2 tapi baik hati menunjukkan jalan. Depa juga suka welcome us, say hai, say hello, borak2 tak terasa la disisihkan. Tapi baik mereka pun ada juga yang nakalnya. kalau mereka dah di bawah pengaruh alkohol.. siaplah dia kacau yang bertudung nie.. tak pasal2 memekik melolong sebut Allahuakbar. Mencarut tu toksah cakap laa. geram tu memang la geram tapi jgn di layankan sangat sebab depa tak sedar apa depa buat.

Di Sydney pula tempatnya memang cantik, tapi ramai sangat cina.. merata2 dah macam bercuti di beijing pun ada. Orang2 di sana takde la semesra orang di Gold Coast. Mereka rajin jogging selepas kerja, jogging kat sana best sebab sejuk tepi laut permandangan cantik. abg2 yang jogging pun gagah perkasa. Tapi aku balik kerja terussss ke Saba makan nasi arab.. ehh tidak okkk.. hahahaha!!

Di Brisbane pula, not bad at all walaupun tak berjalan sangat. Tapi dapat juga la makan aiskrim free. Solat lak kat Uni Queensland.. pelajar malaysia pun ramai kat sana and mostly mereka sambung phd. Kat sana nak kemana2 pun senang sebab walking distance. Tapi aku rasa kalau aku sambung belajar kat sini, hakikat nak kurus terpaksa di kuburkan sebabbbb saiz baju banyak ok.. dari 2xl ada lagi 3xl, 4xl, 5xl.. tapi aku terasa kecil ok bila kat sana.. terasa aku la paling howt kat brisbane.. hahahahaha!

So next holiday nak ke beijing pula.. insyallah kalau duit menimbun dan ada orang nak sponsor.. hahahaha!!

March 25, 2010

Australia Part 6: Natural @ Gold Coast

Bila dah berkereta ni, nak kemana2 pun senang. Hanya berpandukan peta dan info dari receptionist di apartment maka kami pun pergi la ke Springbrook National Park, Natural Bridge dan O'Reilly's. Jom layan gambar.

Tempat ni ala2 tracking. Kalau rasa nak tengok air terjun dari dekat, kena la berjalan kaki 3 jam. Memandangkan kami semua kesuntukkan masa so tgk je la dari atas.

Air terjun ni sangat cantik, sebab ada jambatan secara semulajadi. Sila la tengok gambar.

Nak ke sini agak cuak juga, sebab tinggi.. hampir 30 minit nak naik ke atas, jalan yang sempit dari dua jalan jadi satu jalan. tiada penghadang jalan kalau silap sket masuk la gaung. lebih kurang macam nak naik ke cameron highland. Tapi rasanya yang ni lagi merisaukan. Sepanjang jalan boleh terserempak dengan kangaroo. dan paling cantik pernah aku tgk adalah pelangi. Selalu kita tgk dari jauh tapi pelangi ni sebelah aku je. tersangat la besar.. cantik betul ciptaan Tuhan.



Meh layan sedikit video tuk tatapan korang semua.

March 24, 2010

Australia Part 5: Sydney - Paddy's Market

Hari kedua di Sydney (lima hari di Aussie) dah rasa sangat penat sampaikan aku rasa nak berdiri pun tak boleh tapi gagahkan jua. Rugi ok pergi jauh2, mahal lak tu pastu duduk diam kat hotel. Lepas packing barang kami pun cabut ke town hall semula. Kemudian simpan beg di stesyen keretapi rasanya dalam AUD5 satu beg. Kalau beg besar lagi la mahal.

Maka menapak la kami ke Paddy's Market tempat membeli belah souvenir tuk ahli2 GGO. Keychain taknak, nak fridget magnet jer.. demand ahli2 GGO nieh.. hehehe

4 jam juga la kami kat market tu.. kalau aku kerja kat Sydney dan guna duit AUD harga barang memang murah tapi kalau convert ke RM.. kering gak laa sekelip mata. Tapi aku rasa souvenir kat sini lagi murah dari Malaysia. T-shirt beli 4 helai, AUD35.. keychain AUD10 ada 6 same goes with fridge magnet. Kesimpulan kena la pandai pilih sila la tawaf 100 kali.

Nanti aku upload gambar2 souvenir yang aku beli untuk diri aku sendiri. Penghujung cerita ala2 kesimpulan.

Tempat meletakkan beg.

Selain souvenir, market ni ada jual makanan, baju seluar tu standard la, spender bra pun ada. sexy nurse costumes pun ada sesuai di pakai oleh HSM dan Sunplawer, tuk kenanga sepender kulit ada buckle ala2 garang sambil membawa rotan.

Kenanga sila buat pilihan?

Selit satu gambar aku. 8 hari aku kat sana kulit aku semakin hitam.

Pulang time. Kat airport ni takde surau. So pekerja kat sana bersusah payah carikan bilik kosong , tapi hampa takde.. kesudahan mereka carikan satu kawasan agak tersorok sebagai tempat sembahyang. Bagus bukan?

Sesudah sampai di g.coast, kami menyewa kereta untuk dua hari. senang nak jalan2 lagi pun dah tak larat untuk menapak. Harga AUD350 termasuk minyak yang kami isi AUD58 (ada tinggal lagi suku minyak, kalau kat Malaysia tak dapat beb harga ni.. kat sana 1 liter kalau tak silap AUD1.3++)

March 20, 2010

Australia Part 4: Sydney

Baru part 4, tinggal 3 hari lagi.. Pagi tu aku bangun pukul 4++, memandangkan flight ke Sydney pukul 7++ pagi. Harga flight RM300++ . Kami tiba pada pukul 9++. Beza masa g.coast dengan sydney adalah sejam awal. Kami beli tiket sekali arung (bas, ferry dan train) yang berharga AUD18++. Turun di town hall dan kemudian naik train sampai ke mana tah tak ingat.. lepas tu jalan kaki sampai ke swiss lodge.. penat gilaaa dah la jauh menapak!!

Lepas rehat, makan dan solat baru gerak ke circular quay, dari wharf 3 kami naik ferry tgk opera, bridge dan tgk view depan perhentian manly.. sangattttttttttt best!! sapa2 yang nak honeymoon memang aku rekomenkan tempat ni, boleh feeling kissing dalam ferry takde orang pun nak kisahhh.. sesuai tuk nyah HSM dan nyah sunplawer. pergi balik ada lah dalam 1 jam.. kemudian lepak kat the rock, then makan kat mcd, then pusing2 di luna park, pastu naik ferry lepak kat darling harbour pula.

Malam memang cantik, memang cantik la takde perkataan lain boleh aku cerita.. ya laa bandar tepi laut kann dengan lampu2, bangunan, bar dan macam2 pun ada.. singgah makan kebab kat food court, lepas makan masa tuk pulang ke hotel. Kesimpulan time ni memang dah penat nak mati.. rasa nak balik malaysia tidoooooooooooooooooooooo..

so memang jalan abis la kat sydney memandangkan kami kat situ kejap je. Banyak sebenarnya tempat tak pergi lagi.. blue mountain, 3 sister blue mountain, taronga zoo, museum dan lain2 lagi. Takpe next percutiaan hanya di sydney.

Jom tgk gambar..

Flight ni ala2 Airasia.. 2 jam dari g.coast ke sdyney. ZZzzzZZZz

View dari atas

View dari bawah

Ada 2 jenis train, ada aircond dan takde aircond

Tempat penginapan kami semalam.. mee hoon goreng santapan sebelum keluar

Tempat2 yang menarik di Sydney

Luna Park, ala2 funfair

Sydney Harbour Bridge dari petang sampai malam

March 17, 2010

Australia Part 3: Movie World

Aktiviti hari ketiga lebih kurang sama seperti hari semalam. Menghabiskan masa dari pagi sampai ke petang di movie world. Malam tu rasanya tak kemana, sudah lupa.. sebab esoknya nak ke Sydney. Masih menggunakan tiket yang sama untuk ke movie world hanya bayar duit bas dalam AUD6++ atau kurang.

Apa yang aku buat di Movie World:

Tengok batman lawan2 dengan penjahat, tengok scooby doo be do kejar2 dengan hantu, tengok lawak bodoh adaptasi dari cerita wild wild west, tgk 4d shrek, tgk orang drift kat stunt driver, main rides such as Superman escape (ni lagi macam silaker boleh lak tetiba meluncur laju naik ke atas, pikirkan naik terkedek2 macam roller coster biasa) naik lethal weapon (pun macam haramjadah boleh lak main pusing2 360% sambil kaki terjuntai) naik spoky coaster (ingatkan train macam kat genting tiba2 jumpa hantu, sekali kawww tunggang terbalik train tu kerjakan ke atas ke bawah ke belakang gelap gulita lak tu) pastu beli french fries cicah tuna separa mayonis yang di bawa dari Malaysia.

Ada 2 rides aku tak naik, satu yang jatuh dalam air malas nak basah2 sebab kat sea world dah main, kedua acme (tgh betulkan kot)

Makan selepas main rides.. lapar tak ingatnya!!

Suasana di dalam movie world.

Ni la rides yang pusing2 tu.. lethal weapon

Perarakan semua kartun dan character dalam movie.

p/s: di sini juga ada disediakan tempat solat siap ada sejadah lagi, tempat wuduk pun ada, kat sea world pun sama. Lupa nak citer masa kat sea world aku ada tgk dokumentari mengenai ikan paus dan ikan2 yang lain.. boleh nangis kan dalam tu teresak2 lagi.. tgk dolphin terburai isi kat kepala pastu mereka rawat.. mana tak nangis!!

March 16, 2010

Australia Part 2: Sea World

Hanya akiviti melepak di Sea World dari pagi sampai petang. Lepas tu sambung jalan2 kat surfers paradise.. lepak kejap kat starbucks minum choc bertahtakan krim puteh pastu baru cari baju dan gelas kat hard rock cafe. Tukang jual tu nama dia susan ke shanon, tak ingat, tapi rock kapak abis la.. dia dok la kepohci citer pasal johnny depp dalam video ala2 alice and wonderland.. pong pang pong pang last2 aku dan cousin pun tak faham. Mendalam sangat dia citer pasal si johnny tu, cuba kalau citer pasal artis malehsia kawin cerai harus melopong mulut kami.. hehehehe!

Apa yang aku buat dalam theme park Sea World:

Tgk pirate main kejar2, tgk dolphin pusing2 dalam air, tgk sea lion jadi detektif, naik sea viper, naik jet rescue (takut cam silaker, boleh pulak main corner tajam.. dah la takde seat belt harapkan penahan kat peha, rasa nak terpelanting pun ada), naik train, naik Viking's Revenge jatuh dalam air, tgk shark, ikan, patrick, naik skyway dan apatah lagi tak ingat.

Yang tak naik bermuda triangle sahaja.. tutup upset!

Terpaksa la mentelaah map nak pergi tempat2 dalam theme park ni.

Ticket valid until june. Harga AUD99.95 hanya 2 theme park sahaja. Plus bus AUD7

Pari-pari, rasanya nak bakar pun dah tak sedap.. besar sangat! nak cari yang muda2 sedap..

Rasa aman sangat tengok ikan2 ni.

Makan Soft Pretzel.. nahhhhh kena tipu ni kalau buang dalam tong sampah semua orang tgk la.. kerasssss!!

Gambar lain akan menyusul kemudian.. kamera byk sangat satu kat keramat satu kat selayang.. jauh owhhh mau collect gambar

March 15, 2010

Australia Part 1: Brisbane

Hari aku berangkat ke Singpore dan transit ke Brisbane adalah sangat kelam kabut.. pada aku moment tu sangat gila.. hampir tidak ada mood untuk meneruskan perjalanan.. tapi berkat doa dan kesabaran akhirnya sampai juga, Aku touch down pada pukul 9.00++ pagi dan group lain terpaksa menunggu aku hampir 3 jam. untuk ke town brisbane kami naik cab, it cost AUD38++..

Perkarangan airport.
Sampai di stesyen keretapi, simpan beg (AUD7 satu locker) dan menapak ke town pastu makan nasi beriani (AUD10) dan menumpang solat di QUT..

Welcome dewman.


Locker.


Nasi sedap sebab mahal dan tengah kebulur.


Ada band kat tengah2 town Brisbane.

Aiskrim free Peters Heaven Choc Truffle.

Queer? sesuai tuk kenanga dan kak gee.

Posing depan notice board di QUT feeling student PHD.. amik kaw takmo kalah!

Menapau kebab ayam (AUD8.99).

Harga tiket train termasuk bas semua zone (AUD18).

Dalam train to Robina dan naik cab ke miami beach(AUD24).


Tempat tinggal selama 8 hari.

Lepas rehat terus ke Carrara Market yang hanya di buka pd hari Khamis - Ahad.

Market ni ala2 pasar tani kat Shah Alam setiap hari Ahad.

Sebelum balik apartment, singgah jap kat coles dan beli junkfood yang berasaskan cheese.

Selepas maghrib aku keluar balik jalan2 di surfers paradise, ini kawasan tourist.

March 14, 2010

Kembali Bersiaran

Adooiiii, malas betul nak kerja esok lepas cuti seminggu.. rasa nak hantar surat resign pun ada! Malas nak ngadap email2 GGO yang seminggu tu.. malas nak ngadap coding a.k.a nak tukar profession.. maybe surirumahtangga sepenuh masa.. yeah rite!!

Owh sebelum aku terlupa, i got a best present sempena umur 30 tahun.. and thanks to mama for everything and love you so much.. ehem ehemmm baik ada makna okehh!! tapi hutang masih ada..


Nanti aku cerita percutian aku ni.. episod pertama :)

March 2, 2010

Cantik ke kawwww??

Tiada aktiviti yang menarik last weekend. Hanya aktiviti yang sama.. jogging, shopping, lepaking, makaning, tiduring dan facialing.. Sabtu lepas aku keluar dengan kak gee dan laki barunya filo.. and aku suka tgk dia sebab dia tinggi kot!! bercikcuran di pelita dekat klcc.. kemudian amik gambar guna eos kak gee. Anak2 kak gee telah di babysit oleh hadeknya di rumah.. fitam hadek tu jaga anak2 kak gee yang nakal.. abis pelapik seluar dalam kak gee di
kerjakan mereka. Roti abg jijon juga dibuat mainan. Ibu borek anak rintik..

Apa yang aku shopping?? ya, aku shopping bra.. aku ada citerkan nak beli dari tahun lepas.. baru sekarang dapat direalisasikan.. harga, hukmaakkaiiihhhh RM139.. gilo apoooo!! tu yang susah kalau aset sebesar nasi lemak RM3.50 terlebih lemak.. kan senang RM1.50 boleh beli 6 helai harga RM20 sehelai.. nie sehelai jeee.. dok ulang la bra tu nanti sampai lusuh, tahun depan baru beli lain!

Hari ahad, hari mencantikkan muka di herbaline equine.. tempat baru dan ada promotion, RM28 tuk 90 minit. takde la best sangat sebab tukar tangan.. mula2 A cuci muka aku, pastu B letak mask.. overall not bad.. tapi aku lebih suka buat dengan ivy kat kuantan.. dia sangat telitiiii, teliti giler.. kalau boleh setiap inci mukadia nak tonyoh sampai bersih.. dari mak aku belum kahwin sampai anak empat pun masih buat facial ngan ivy..


Air teh apa tah.. mukadimah setiap kali nak buat facial


Aku amik yang promotion pastu tambah double mask harga RM86 kalau tak RM130++


Then cuci kaki guna berus.. air suam tambah garam.. katanya tuk menghaluskan kulit kaki yang berkerak.


Dah siap, sarungkan kaki dengan selipar nipis nieh.


Sebelum facial kena sedut wap air rebusan serai ke apa tah.. aromaterapi katanya kasi relax.


Sekali tengok macam rumah urut pun ada.. selepas berkemban pastu baring dan sesi mengurut2 muka pun bermula.

Nuffnang Ads