
Last stop melantak time, konon nak pergi restoran mamak tapi end up di kedai nasi kukus ayam dara dekat dengan lrt melati, ada seorang peniaga tu sombong tak friendly langsung nasib baik sedap.

Tempat penginapan kami bertujuh, nasihat untuk yang berbadan besar seperti aku, sila kuruskan badan kerana hazabnya naik tangga sebegini.
Penembak gambar yang rajin dan tidak jemu dengan kerenah kami, baru aku tahu setiap kali tekan adalah berharga. So next time kalau ada kawan yang malas layan tembak gambar uoll jangan la terasa. Sekali tekan adalah duit ok!! :P tapi buat puan sunflower, sekali tekan, keluar duit dan keluar budak kecik, opsss abang kenanga mari lari sambil buat logo bentuk love.
Selaku ajk makanan, sehari sebelum ke Janda Baik (JB) aku di ajak secara paksa oleh kenanga untuk membeli barang mentah dan jajan. Motif, takut aku lupa nak membeli agaknya, pesan sampai ke facebook atau kenanga memang boring di rumah seorang diri tanpa abang di sisi.



Untuk ke sini aku perlu memanjat bukit, gigih memanjat sampai lelah aku dibuatnya. Kurus kaki aku, pecah lemak aku, kurus ehem ehem aku. hahaha!
Banyak gambar terpaksa di edit, biasa la hanya memakai kamera handphone 3.2 megapixel.
sekian.