nuffnang ads

March 18, 2009

Bali Hari kedua - Part 1

Gambar 10: Inilah tarian barong, tapi yg aku tgk lagi besar dan tgh bergaduh dengan patung baik.

Perjalanan bermula pada pukul 8.30 pagi. Destinasi telahpun ditetapkan oleh ketua supir a.k.a pemandu pelancong. Sponsor terbesar telah menyewa mpv dengan bayaran sebanyak 350,000 rupi (RM100++) dan perjalanan perlu berakhir pada kul 6 sore. Tempat pertama yang patut kami pergi, tapi taknak pergi adalah melihat tarian barong. Tarian barong ni adalah tarian hindu, so semua malas nak tgk, bapak aku cakap tgk je kat tv.. huhuhu!! aku dah pernah tgk kat jakarta dulu, tarian tu tgh ditarikan di atas jalan raya, dan patung barongan itu sangat la besar.

Jomm tengok gambar..

Gambar 10.1: Tempat pertama kami berhenti, mahal la uoll baik beli kat tepi2 jalan je!!

Gambar 10.2: Aku tembak pintu pagar je ni.

Gambar 10.3: Keadaan di dalam kedai, kami telah disajikan dengan lagu agama hindu.. ooouummmmm..

Gambar 10.4: Cantikkan uolll, kalaulah i kurus, i dah up satu leh g kenduri kawin kengkawan, meletopss!!

Gambar 10.5: Tembak beg

Gambar 10.6: Tembak kain2 batik asli Bali

Gambar 10.7: Permandangan dari luar kedai

Takde apa yang menarik sangat pun kat sini, aku hanya membeli keychain dan akhirnya aku sakit hati sebab kat luar lagi murah 3x ganda. Selepas ini kami akan menuju ke Gunung dan Danau Batur - Kintamani.

March 16, 2009

Bali Hari Pertama - Part 3

Meh layan gambar sunset yang tak seberapa ini. Indah sungguh ciptaanNya.

March 15, 2009

Bali Hari Pertama - Part 2

Perjalanan dari hotel ke bandar Kuta mengambil masa selama 20 minit. Sempat juga la lalu tempat pengeboman di Bali dulu dan berhenti betul2 tempat van yang diletupkan. Maka bergelap la bandar kuta, mayat2 bergelimpangan, kaki, tangan semua terputus dan tercampak dimerata2. Ada juga yang mati berpelukan, tengah melarikan diri, tengah menari dan macam2 adegan lagi la. Setahun juga la ekonomi Bali lumpuh, takde orang datang, tahun berikutnya orang Asia mula datang dulu kemudian baru dari negara lain. Paling ramai yang datang orang Australia mungkin dekat kot.

Bandar Kuta takde la cantik sangat. Kecil, penuh dengan orang dan macet. Banyak kedai2 jual surviner, baju2 surfing, baju2 branded tapi tak tau la ori atau local. Bar/disco takyah cakap la mmg byk. So kat bandar Kuta nie susah nak cari kedai makanan halal. Tiap2 malam aku dan family hanya melantak maggi bersama telur rebus sahaja. Kesian!! tapi KFC dan McD halal. Maybe or maybe not itu aku tak tau!! Banyak was2nya. Area pantai masuk je pukul 7 malam, mereka tidak dibenarkan lagi bermandi manda sebab bahaya. Air naik. Berbeza dengan pantai Teluk Cempedak masih bermandikan spotlight kalau kat pantai Kuta kelam terus sebiji mentol pun takde.

Gambar 8.1: Pantai Kuta. Ramaikan?

Gambar 8.5: Di pantai dan masih ramai.

Tips, bagi sesapa yang nak pergi ke Bali, terutama ahli2 GGO, kalau malas nak buat passport ya la mungkin setahun sekali je pergi ke overseas, pergi pun Indon tak abis2, maka buatlah grouping passport. Minimum 5 - 20 orang. Harga RM200 sahaja. Maaf aku tak amik la gambar bandar Kuta sebab tak menarik hehehehe!! takdela tak terpikir nak amik. Ok sambung di lain episod, hari kedua pula.

**Kalaulah aku bisa berenang memakai bikini.. ahahaha nak mampus terkeluar semua bonjolan lemak yang menghodohkan itew. Tapikan minah saleh selamba je?? kenapa ya??

Bali Hari Pertama - Part 1

Seperti yang dijanjikan, lets story de mory keseronokan (seronok ke?) semasa aku berada di Bali selama 3 hari 2 malam. Seperti biasa, aku malas mahu mengarang, lets tengok2 je gambar yang aku letak. Aku dan family hanya naik AirAsia motto mereka 'semua boleh terbang'!! Murah je uoll cuma tang makanan je mahal. Nasi lemak Pak Nasser ke Nassen tak ingat, harganya pun dah 27,000 rupi bersamaan RM9. So bagi yang rasa tak berbaloi silalah melantak terlebih dahulu di luar. Jangan makan over sangat nanti cerry de berry, hazab uolll!! Pramugara kali ni hensem, sangat la tergoda orang Indon. Mereka peramah, dan paling aku salute pilotnya, naik turun tak terasa tau, bagi tepukan buat mereka. No flight QZ 9003, mengambil masa 3 jam dari KL-Bali.

Gambar 7: Permandangan ni, aku tembak lepas aku turun dari flight.

Gambar 7.1: Papan tanda ni aku rasa kat mana2 pun sama.

Untuk pengetahuan ahli2 GGO yang ingin ke Bali, sila take note ya. Bahawasanya, pekerja imigrasi di Bali sangat la sombong dimana mereka tidak suka senyum dan mereka garang. Tidak seperti pekerja2 Imigresen di Malaysia, suka senyum dan peramah. Siapa yang ambil kami? Pekerja hotel yang menunggu kami dengan menaiki mpv. Supir yang membawa kami namanya Wayan.

Gambar 7.2: Tempat pertama kami tuju, sudah tentu la kedai makan.

Gambar 7.3: Harap maaf, kerana terlalu lapar dan excited, aku hampir terlupa mahu tembak gambar makanan yang belum terusik.

Gambar 7.4: Jangan terkejut, di Bali juga ada teh tarik. Tapi takde la sesedap di Malaysia.

Gambar 7.5: Dan inilah harga yang patut dibayar oleh makbapak aku. Hampir RM100 (7 orang)

Gambar 7.6: Selepas makan, kami dihantar balik ke hotel. Harga semalam USD125 kalau member USD75.

Selepas selesai makbapak aku uruskan apa2 yang patut, aku pun masuk bilik, mandi+semayang+dan sewaktu dengannya, kemudian kami pun keluar ke kota Kuta dengan menaiki bas shuffle (free). Owh ya, di hotel ini, mereka kekurang sejadah dan bila kami tanya waktu solat, masing2 tanya sesama sendiri, oleh kerana mereka bukan muslim so mereka main agak2 je la. Semua waktu solat mesti xx.45. Arah kiblat juga tidak tahu, nasib baik kat dalam laci ada arah kiblat. :). Cukup la tuk bahagian pertama, nanti aku sambung lagi.

**Kalaulah aku bisa memilih, sudah pasti aku ke Pulau Redang :)


Nuffnang Ads