nuffnang ads

February 13, 2011

Zend Framework VS cakePHP

Hari Ahad aku penuhi dengan aktiviti di gym, makan tengahari dan makan petang bersama ayahanda,bonda,adik2 dan cousinku yanti. Dah lama aku tak pergi gym, last sekali tahun lepas entah bulan berapa. Kali ni, aku gunakan mesin2 dalam tu sebaik mungkin. Pejalkan bontot, pejalkan peha, pejalkan lengan dan pejalkan dada.. fewwwittt!! meletop!! Lepas tu masuk sauna, stim dan akhir sekali jakuzi. Pergghhh sehari memanjakan diri di sana.

Adik aku dah selamat berbelanja di ampang park. Membeli seluar ala2 arab sebab dia ada dinner bertemakan arab. Nasib baik aku takde dinner mengikut tema di opis. Kalau ada sah2 aku pakai baju ala2 belly dancing, tunjuk pusat sambil gelek2 mengayunkan lemak2 yang ada, pengsannnn!!

Aku juga sempat membaca perbezaan antara zend framework dan cakePHP. Selepas mengamati aku prefer cakePHP. Apa yang aku faham, cakephp sesuai untuk beginner yang baru nak berjinak dengan MVC. CakePHP juga ada room kat irc #cakephp. Zend framework juga tidak ada cacat cela, siapa yang memerlukan kawalan yang lebih baik bagi design application dan built-in support boleh la guna zend framework.

Ada juga yang aku baca, documentation cakePHP tak berapa bagus berbanding dengan zend. Pada aku, dua2 pun ada kelebihan, tepuk dada tanya selera.. bagi aku yang baru nak bermula dengan MVC, aku pilih cakePHP. Ada juga user yang mix up antara zend framework dan cakePHP.

Yang penting, aku cuba dulu cakePHP, bila dah terror pastu bosan, aku try pula zend framework. Tak rugi pun belajar benda baru.

Ini aku letak top 10 php framework.

sumber - http://www.phpframeworks.com/top-10-php-frameworks/

1 Yii (106 votes) talk Yii at forum discuss Yii
2 CodeIgniter (91 votes) talk CodeIgniter at forum discuss CodeIgniter
3 CakePHP (73 votes) talk CakePHP at forum discuss CakePHP
4 Zend (62 votes) talk Zend at forum discuss Zend
5 Symfony (49 votes) talk Symfony at forum discuss Symfony
6 PHPDevShell (38 votes)
7 Prado (26 votes) talk Prado at forum discuss Prado
8 Akelos (24 votes) talk Akelos at forum discuss Akelos
9 QPHP (5 votes)
10 ZooP (5 votes)

sumber - http://www.mustap.com/phpzone_post_73_top-10-php-mvc-frameworks

10- Ambivalence: A Java-Maverick Port
9- WACT: Web Application Component Toolkit
8- Achievo: A good RAD framework
7- Phrame: A Java-Struts port
6- Studs: A Java-Struts port to PHP
5- Prado: The winner of Zend coding contest
4- PHPOnTrax: a Rails port - PHP5 Only
3- CakePHP: Inspired by Rails PHP4/5
2- Mojavi: The first MVC framework I fell in love with

and the winner is:

1- Symfony: Based on Mojavi and inspired by Rails

Perbezaan cakePHP dan zend framework

Sumber lain - http://www.brownphp.com/2008/12/zend-framework-vs-cakephp-framework/#idc-cover

February 12, 2011

Sentap

Aku teringin nak makan Macaron, apatah rasa sebab aku tengok ramai je orang makan, sedap ke?, alang2 ada diskaun di MilkADeal beli 12 biji dengan harga RM12 so dengan gembiranya aku menggunakan credit card untuk membuat pembelian. Harga sebelum diskaun RM24.

Aku pun beli, eh tak boleh beli lagi kena signup dulu. Dah signup tup tup terus redirect ke page payment. Okla aku pun masukkan detail. Pas masuk detail redirect pula ke CIMB secure page, masukkan lagi detail.. kendian jeng jeng jengggggg aku dapat page..


So, aku beranggapan tak success la payment aku. Aku relax jap baca2 dulu MilkADeal tu apa, pastu baca Macaron dari Piqa bakery dan tuan punya bakery Puan Noami.

Later on, aku try lagi. Kali ni berjalan dengan smooth.. redirect ke page MilkADeal semula. Ok la gembira la dah settle, so aku check la cart aku sekali kau, takde pun coupon yang aku beli tadi. Aku takde la gelabah sangat, dah biasa dengan benda ni.


Aku call la callcenter cimb.. depa kata credit card aku tuk beli benda alah ni dah success, bukan sekali tapi dua kali. SENTAP tau! Aku minta la approval code senang tuk berurusan dengan milkadeal. Sentap buat kali kedua, call hanya office hours je. Patutnya kalau dah bisnes online, perlu la 24x7.. senang apa2 berlaku macam kes aku ni. Aku tak suka nak email2 aku lebih suka call terus. So, aku try call Puan Noami, dia suruh aku email apa problem aku dan dia akan check dengan milkadeal pula. Oklah aku pasrah.. aku pun email dan sekarang hanya menunggu jawapan.

Sekali check email, purchased aku dah confirmed pukul 2.10 PM padahal aku beli bagai nak rak siap ada error pukul 12.30 PM. Hurmmm SENTAP buat kali ke 3.

Akhirnya aku hanya dapat satu coupon SAHAJA, yang satu lagi? Kita tunggu dan lihat sebab aku percaya pada kata 'The User Is Always Right'. Gap antara mobile88 dan milkadeal agak lama. Dalam masa 45 minit. Kalau la dapat user yang gelabah, risau dan pemarah, macam mana? Aku ni dah biasa realtime, beli hari ni waktu ni aku akan dapat feedback on the dot juga. Kalau gap pun ada la 1-5 minit. Tak lama. So, aku tak biasa slow2 ni.

Pada sesiapa nak beli sila la beli. Mungkin kebetulan aku yang kena.. sila la layari http://milkadeal.com/r/5240

February 9, 2011

Mari Belanja Kawan

Makan bersama Raff dan Eqa di Chicken Rice Shop sempena saja2 belanja Eqa kerana dia sorang je belajar lagi. Takkan nak suh dia bayarkann tak sampai hati. Aku ngan Raff kan baik hati. Makan untuk portion 4 orang padahal 3 orang je makan. Last sekali tak habis. Akhirnya tapau kepak goreng tu.
Makan isang konon2nya.. gila manis! akhirnya tak abis.. terrorkan aku pegang chopstick.. arwah nenek aku marah ya guna chopstick sebab dia kata bukan style melayu.

February 8, 2011

Pau Tepi Jalan

Sudah seminggu aku demam dan batuk. Hari ini aku MC, insyallah esok aku akan pergi kerja untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang kuli di opis. Walaupun kuli, aku tetap gembira dari buat sebarang kerja berbentuk MLM.

Seminggu cuti aku hanya duduk di rumah. Ada la 2 kali keluar itu pun pergi Maidin teman adik aku dan pergi makan bersama keluarga. Aku tak boleh kena angin luar, aku rasa seram sejuk pastu terus lemah semacam. Dari elok2 aku drive aku suruh adik aku drive lak. Si Linda pun aku tak jumpa. Dia nak exam so malas la nak jumpa risau dia berjangkit.

Ada sekali tu aku keluar semata2 nak cari pau yang aku suka makan sejak kecil lagi. Dia jual pau dalam kereta kancil je depan masjid kuantan. Ada pau kacang dan pau daging. Aku suka tapi mak aku kata dah tak sedap macam dulu. Jom tengok gambar






Selamat menjamu mata

Nuffnang Ads