nuffnang ads

September 7, 2010

Balik Kampung

Hari ni aku balik kampung. Niat di hati nak gerak pukul 7 pagi tapi laaa ni tak tido lagi. Semoga perjalanan aku, selamat sampai ke destinasi. Pagi yang indah ini aku nak upload gambar juadah berbuka puasa. Sebelum itu, aku nak ucapkan terima kasih untuk bos besar dan wifenya kerana baik hati memberi kami sebiji kek coklat yang sedap.


Budak opis kata sedap.

Berbuka Hari Keduapuluhempat


Makan di Sweet Chat, Midvalley. Aku makan nasi tomato. Not bad at all. Tapi spegeti masak lemak cili padi dengan smoke beef memang sedap. Penkek durian juga sedap. Overall ok la.


Harga untuk 15 orang makan.

Berbuka Hari Keduapuluhlima


Sup ikan air tangan t.linda, ayam masak lemak cili padi air tangan jojet, selebihnya air tangan makcik aku. air tangan aku.. basuh pinggan jek!


Pra ucapan untuk anda semua. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Sila berhati2 di jalan raya. Ketupat ni aku ambil tahun berapa aku tak ingat. Time ni arwah nenek aku ada lagi. Time cari2 gambar terjumpa gambar arwah. Terus rasa hiba. Semoga roh arwah nenek dan atuk dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang disayangiNya.. Amiinn. ...

September 5, 2010

My Puteh II

So selesai sudah major medical check up si puteh.

1. minyak hitam
2. auto oil
3. engine flush
4. air filter
5. polish (manjakan puteh dah 3 tahun kelam, berparut, noda hitam, pigmentation, black head semua ada) - tak buat pun takpe.. tapi niat lepas 3 tahun nak polish
6. alignment/balancing
7. brake pad yang perlu di tukar sebab dah tinggal 10 percent. 3 tahun tak pernah tukar, gila kental aku bawa keta ke sana ke sini.
8. spark plug
9. camber adjust belah kiri
10. air intake system cleaner
11. cf5 carbon fighter

Total: lepas raya makan biskut cecah air suam kat pantry. Camnilah jadinya kalau non ado suami semua buat sendiri. Takpe at least aku tau benda2 tu utk apa.

Aku suka tgk miami ink dan la ink. Art yang diorang buat tu sangat kreatif. Kekadang teringin juga nak mentatto kulit orang, tapi mustahil la kan. Tapi malam tadi aku diberi kesempatan untuk buat tatto. Susah gila ok. Mesti tersasar dari outline. Abis bersepah2. Belum lagi client aku dok jerit kesakitan. Terlebih tekan.

Gambar ehsan dari tokey kedai. Gambar ni ada darah2 sket. so kuatkan semangat tuk tgk ya!

September 4, 2010

My Puteh

Selesai sudah medical check up si puteh. Hanya tinggal alignment sahaja lagi. Esok je la sambung. Dah la lama kat bengkel, nak terkencing pun ada. Akhirnya si puteh telah di make over dari kelam ke bersinar2. Alololo comelnyaaaa!!

Esok aku berbuka di bangi bersama ahli2 GGO. Aku merangkap PM akan menempah tempat dan mungkin order lauk terus. Jangan aku lupa call sudah. Paling hazab bangun lambat, sebab tokey tu cakap call sebelum pukul 3.. kalau tak duduk la kat luar.

Jom layan gambar juadah lagi.

Berbuka Hari Keduapuluhdua


Beehoon goreng air tangan makcik aku.


Nomm Nomm Nomm


Sekali lagi, murtabak maggi air tangan t.linda


Add on daging burger yang dicincang.


Nomm Nomm Nomm

Berbuka Hari Keduapuluhtiga

Panaskan balik beehoon goreng, murtabak maggi dan juga daging dengdeng. Alhamdulillah rezeki di bulan puasa.

September 1, 2010

Nak Balikkkkkkkkkk!!

Sepanjang bulan puasa, aku belum balik kuantan lagi. Kerja gila, selalunya aku akan balik 2..3 hari untuk berpuasa dengan keluarga. Tapi, tidak mengapa sebab next week hari rabu, pepagi macam nak g kerja aku akan bergerak ke kuantan. Kebanyakkan manusia yang aku tanya semuanya balik hari rabu. Ini tak boleh jadi, aura2 akan jam tu senantiasa berlegar2 dikotak pikiran aku. Maka, rabu dan khamis, dapatlah aku berbuka puasa dengan keluarga yang terchenta. Chewaahhh!! list makanan dah ada dalam genggaman tunggu nak pass kat makayah aku je suh masak. Ehhh, boleh lak kannn suh depa masak!

Berbuka Hari Keempatbelas


Macaroni with white souce and cheese.


Diserikan lagi dengan black paper agar nampak chantek.


Nomm Nomm Nomm.

Berbuka Hari Kelimabelas


Sekali lagi, aku makan makaroni white souce air tangan t.linda dan juga sandwich sardin.

Berbuka Hari Keenambelas


Sayur campur dengan cendawan hitam.


Nomm Nomm Nomm

Berbuka Hari Ketujuhbelas


thai food. Nomm Nomm Nomm

Berbuka Hari Kelapanbelas

Gambar takde. Lupa nak tembak. Aku beli nasi ayam black paper kat ayamas. Ramai gila orang order ayam. Hari malas masak agaknya termasuk aku.

Berbuka Hari Kesembilanbelas

Align Center
Murtabak, yang hitam tu kuih kole kacang yang satu lagi tah aku tak ingat!


Ada sayur campur ala2 jawa.. suka!

Berbuka Hari Keduapuluh


Pizza maggi mee.. sempoiii siap ada cheese ngan hotdog cheese.

Berbuka Hari Keduapuluhsatu


Nasi goreng sedap yang aku tunggu2.. air tangan t.linda

p/s: Alhamdulillah rezeki di bulan puasa.

Nuffnang Ads