nuffnang ads

August 26, 2010

Biar Ikhlas

Jumaat lepas, ada ceramah oleh Ustaz Md Chazali Bin Ibrahim. Dia ni adik kepada arwah Ustaz Asri. Ceramah mengenai "buat kerja biar ada keihlasan baru ada keberkatan". Ok, aku malas nak citer panjang.. yang pasti aku kejap ikhlas, pastu tak, kendian ikhlas balik.. layankan je laa!! insyallah ikhlas, kalau tak, aku dah main games dari pagi sampai ke petang.

Lepas tu apa lagi, berangkat ke tropicana la melantak. Dengan menumpang ammar ke sana sebab yang senior dibiarkan terkontang kanting yang bebaru sedap je ada transport ke sana. Tapi, takpe makan punya hal jangan amik port sangat.. kang tak berselera lak makan.

Hari Kesepuluh Berbuka


Apatah nama makanan ni, tapi steamboat la.. ada dimsum! Mak buyung punya.


Cempedak goreng, terbaik garing!


Siyes, apa kenama tah makanan ni, tapi ala2 siput boleh didapati di laut. benda tu panjang2. Bukan aku makan tapi orang lain.


Lastly, aiskrim.. gambar tak ikut urutan ya.


Nak selit gak, adam dan zainal abidin pun ada. Adam dok sebelah meja aku. Sempat la sedas 2 bergambar. Ala sok lusa jumpa lagi kata artis bawah naungan pejabat.


Kambeng panggang bersama hotdong dan sos lada hitam. Suami mak buyungnya.

Kuew teow goreng. Masin!

Sayur goreng campur. Suami mak buyungnya.

Satay ayam. Pastu tak abis, tiap2 tahun pun sama. Tukang amik rafi.. tiap2 tahun pun dia yang amik.

Hah ni baru aku punya. Nasi beriani suku, hotdog, ayam, ikan, tofu, tempe dan begedil.

Murtabak.. Sedap!

Kuih muih. Nomm Nomm Nomm.

Makanan pertama sekali yang aku amik. Pas solat baru melantak yang lelain.

August 25, 2010

Tips Menaiki Komuter

Situasi: Sudah tentu la time balik. Time pergi kerja tu takde la kisah sangat sebab semua orang masih fresh, perfume pun tak hilang lagi, apa lagi ketiak yang masih kering kerana pakai deodarant jenama seminggu sekali je tonyoh.

1. Bagi yang wanita, sila naik gerabak wanita ya. Sebab wanita ni menjaga kebersihan dan bau badan masing2. So, elakkan menaiki gerabak lain kerana anda akan berdepan dengan bau-bauan yang kurang mengenakkan. Sebagai contoh, seluar jeans yang di pakai oleh lelaki yang dah 1..2 atau mungkin lebih hazab 3 tahun tak basuh. Ketiak, bau peluh, bau kaki sebab tak pakai stoking huh toksah citer la kan baunya camna. Leh muntah hijau!

2. Jangan suka berdiri di depan pintu bagi mengelakkan anda dari terhimpit oleh manusia2 yang cuba masuk secara menolak. Sakit dan sentuhan juga akan berlaku di situ. Kalau gerabak wanita takde la kisah sangat.. kalau tersentuh memasing pun ada.. yang beza kecik besar je.. tapi kalau campur laki perempuan.. hati2 ya.. auuummmm!!

3. Kalau rasa diri tu penat atau malas nak bagi orang lain duduk, sila la berpura2 tidur.. tu je taktik yang berkesan..

4. Bagi yang single, lelaki atau perempuan.. bujang terlajak pun boleh juga ikut tips ni. Kalau anda wanita single dan rasa nak cuci mata.. sila jangan naik gerabak wanita.. naik la gerabak lain.. mana la tau kan jodoh anda di sana. Tapi bagi kaum lelaki pula.. sesuai untuk lelaki yang berkulit muka tebal 100 inci atau memang jenis tak tahu malu langsung, sila la ke gerabak wanita. Kemungkinan jodoh anda ada di sana atau paling tidak pun anda akan dimaki oleh makcik2 dalam gerabak.

Buat sementara waktu, ni je tips.. yang lain akan menyusul kemudian.

Berbuka Hari Kesembilan

Bubur Pak Hassan yang semalam punya. RM2.50

Omelette with cheese.

Ada cendawan, tomato dan juga cheese.

Hirisan2 cheese.

Dari sudut lain pula.

Nomm Nomm Nomm

August 22, 2010

Berbuka di Opis

Activity of the year "Berbuka puasa dengan budak2 opis di opis". Macam sedih je bunyinya. "overtime, tak sempat nak balik rumah terpaksa berbuka puasa di opis makan satu, atau dua biji kurma dengan air kosong atau maybe seketul dua kuih muih" Tapi hakikatnya tidak begitu ya.. memang tiap2 tahun kami merancang untuk berbuka di opis. Bukan 4..5 orang je yang join tapi 12 orang. Tak ke meriah tu. Seronok juga sekali sekala buat aktiviti macam ni.. boleh mengeratkan lagi silaturahim antara kami semua. chewahhh!!

Seawal pukul 2.30 petang, aku dah ikut amsyah ke bazar ramadan. Sebelum tu singgah sebentar di gerai bubur lambuk pak hassan depan unikl. Ramai yang beratur membeli. Aku pun terjebak beli nak rasa apa yang sedap sangat bubur nieh.

Kemudian kami pun menuju ke bazar ramadan di raja alang.. sempat la membeli sebarang lima jenis kuih.. dan juga ayam percik yang aku ceritakan sebelum ini. Oleh kerana pergi awal sangat, maka tak banyak gerai yang buka lagi.. Mak buyung di opis ada kirim putu piring.. kat raja alang takde, kami ke raja alang tambahan pula.. masih juga tak ada.. kami ke bazar kampung baru pula.. hampa tiada putu piring tuk baby mu itu. melelehlaaa air liur baby u tu nanti.. kempunan, hehehe! Harga juga berpatutan tapi kebanyakkan yang berniaga orang-orang dari seberang. Merasa la masakan jawa, minang, bugis ke apa ke! bedal, habis juga..

Hari Kelapan Berbuka

Burger Mini Malaysia.

Murtabak RM1.50 sekeping.

Tepung Pelita, satu kotak RM3

Popia Basah RM8, 12 gulung

Popia Goreng 3 gulung RM1

Cara Manis 3 biji RM1

Main dish, KFC

Makan, Makan dan Makan

Hari Ketujuh Berbuka

Aku berbuka puasa di rumah bersama makcik kesayangan aku. Tak masak pun memandangkan t.linda hantar beehoon goreng sehari sebelum tu. Takkan nak makan beehoon je kan, so, aku beli la murtabak ayam kat tempat kerja dan kirim ayam percik kat amsyah.


Terima kasih t.linda.. malam tadi pun t.linda bagi beehonn goreng lagi.. nasi goreng sedap bila lak? :P


Harga RM2, rasa.. ok laaaa!!


Recommeded sangat!! dah la murah RM2.50, besar lak tu.. kuah kacang pun sedap!!


Nomm Nomm Nomm, hari ke 9 pun aku beli lagi.. kat mana? nanti aku citer!!

Alhamdulillah rezeki hari ke tujuh.. pagi ni nak bersahur kat mcd.. weeehooo!!

Nuffnang Ads