nuffnang ads

August 7, 2010

Tiada Kata Seindah Bahasa

Last Thursday aku ada kat pwtc. Planning pun last minit. Si amsyah punya kerja la ni.. bagi kad last minit nasib baik aku pakai sopan.. ala, macam la aku boleh pakai seksi2.. lemak merata2 tak seswai tuk ngorat artis nanti.

Pengakuan ikhlas dari aku ya, ni adalah first time aku pergi event camni boleh jumpa artis veteran dan yang baru. Nak kata jakunnnnn tuuuu ada la sket. Aku ni jarang tengok tv.. kesimpulannya aku hanya kenal muka tapi tak tau nama artis. Tapi, aku sanggup google kalau artis tu handsome bukan sebab dia pandai berlakon pun. Maka aku sanggup google tgk butiran peribadi dan gambar. wahhh gila horror! tapi kejap je la pastu aku suka tengok artis lain lak. Aku takde idola dari kalangan artis, yang ada pun makbapak aku je.. ni pujian ikhlas.. mak pinjam serat!! gitewww ahahah!!

Event ni sempena pelancaran buku "tiada kata seindah bahasa" oleh Datuk Jamil Sulung. Beliau adalah pengarah filem batu belah batu bertangkup. Aku baru tau, ish ish ish teruk betul aku ni! Ramai artis yang ada malam tu.. Azlina aziz dan kakaknya memang terbaik la.. suara mereka memang sedap dan yang lain2 pun sedap juga.

Tetiba.. jeng jeng jenggggg muncul seorang jejaka dengan suaranya yang macho.. sungguh kelakian ya suara dia.. muka si fatien dah berubah, suka katanya.. "mak sokerrr artis ni nyahhh!" ya laa, dan dan aku nyah kannn.. hehehe ayat rekaan semata2 ya. Aku tak kenalllll.. nama dia razali hussin.. aku suh fatien google time tu juga.. owhhhhhhhhhhh dia nihhh kenal laaa.. dia berlakon dalam citer kayangan sebagai abg b. Dalam tv aku tengok biasa je.. kat luarrr gila macho bebbbb.. cakap macho, amik gambar macho, berdiri macho, termenung macho.. semua la macho.. butiran peribadi.. masih single katanya.. tetiba nak tukar dari abg polis ke abg artis.. how?

Aku sempat amik gambar, ok siyes sexcited sangat time ni.. ally ada, a. galak ada, arash ada, zed zaidi yang rambut sepesen tu pun ada, kak ogy very the kelakar one pun ada, shanie the cute pun ada, zulhuzaimi perokok tegar je aku tgk pun ada. Owh zed zaidi terkejut ok bila aku tegur dia.. secara spontan dia hulur tangan.. wahh apa lagi salam je la kannn! Ok jom tengok gambar.. tak banyak yang lain ada kat fatien.


Aku sedih time Datuk Jamil buat ucapan, kejap je dia cakap sebab takde suara sangat.. he's 84 years old. So, wife dia Rosnani yang bacakan. So touching ok!


Nomm Nomm Nomm.. hahaha sorry gambar artis takde.. makanan ada, wajib!

August 4, 2010

Orang Berhenti, Kita Makan Free

Jadual Bulan puasa: *aiyooo macam bz career women sangat siap ada jadual padahal baru dua..

20 Ogos: Tropicana Golf Resort.. tiap2 tahun pun tempat yang sama.. Rasa je berbeza! Seperti biasa no rice more lauk, kek, kuih, abc, aiskrim, agar2, mee kari, mee sup, ketam, rojak.. fengsan!!
28/29 Ogos: Berbuka di Melaka dan bersahur di Melaka bersama ahli2 GGO. Tapiiii cam nak balik Kuantan je time ni.. 31 tu kan cuti? 30hb amik cuti.. so cuti 4 hari.. howwwwwwwwwww??

Hari2 lain bersama abg polis.. abg perantauan di UK jauh sangat.. tetap tu nak berangan! Tapi kali ni nak makan kat pullman laa.. cousin aku kata sedap!! Awek Hot Keramat letsss, bawak akak kesayangan u tu sekali.

Gambar makanan kat bawah ni di ambil sempena majlis perpisahan 2 orang wanita di opis aku. Lauk sama, rasa je lain.


Nasi tomato ke nasi minyak aku pun tak tau.

Ni namanya mencekikedarah.


Ayam ada, kentang ada, timun ada.


Cream puffffffffffffffffffff.. i loikeee!!


Dan akhirnya pisang ammar. Kat rumah tak laku, dia bawak g opis. dah nak buruk2 sket baru ingat budak2 opis, hahaha!! tapi sedappp.. besar gileeeeee pisang ammar niehhh!!

August 3, 2010

Panggggg.. Kena Lempangggg


Aku lempang pipi aku yang gebu ni laju2, 10 kali sebab lalai menjalankan tugas dengan baik. Aiyoooo camna la leh reply to all cengginiiii, selalu aku peka.. tapi hari ni TIDAKKK!! camni la perbualan aku ngan boss dalam email, ganas tapi manja bos aku nieh!! boss ampun boss, wa talak berlosa lalam ini hal.. hahaha!! ini tandanya drugs dalam badan aku masih bersisa lagi. So esok perlu lebih berhati2. Ampunnnnnnnnnnnnnn!! nanti dewmandew hadiahkan sesuatu yang misteri.. jeng jeng jengggg..

August 2, 2010

Sakit



Sebelum aku hanyut dengan kesan ubat dalam badan, aku nak upload gambar dari fb enchek deng. Gelak bagai nak rak tapi takde rasa pun.. sebab badan aku dah kebas. Yang keluar air mata itupun sebab tahan sakit.

Owh lupa nak citer, aku demam panas 39.5.. nasib baik bukan demam denggi. kalau tak lagi parah! Parents ngan adik aku ada call tapi aku tak pasti aku jawab apa sebab badan aku dah penuh dengan ubat.. percakapan dan perbuatan semuanya dah dikawal oleh drugs. harap2 tidak la aku merepek meraban.

Dah dua hari aku makan biskut.. itu je yang mampu aku telan buat sementara waktu.. lidah aku rasa tawar.. Oklahh aku dah nampak kabus puteh ada pelangi.. eh wait seminit ada abg polis laaa panggil aku.. Bye semua!

Nuffnang Ads