nuffnang ads

January 31, 2012

Krikk Krikk

Sepikan? maka hari ni aku pecahkan kesunyian blog aku dengan gambar makanan. Sebelum tu meh la aku update aktiviti aku selama aku menyepi.

1. Tak ke mana punnnnn.. kerja balik umah kerja balik umah
2. Marathon wayang dengan adik, The Journey 2 (siyes best! sila la tengok yang 3D ya, aku tak tengok 3D sebab aku tak suka, pening!) then Bujang Terlajak (hurrmmm, ok laaa takde la nak kata best sangat)
3. Membeli belah di pasar borong untuk orang kuantan, bonda kata lada merah sekilo kat kuantan harga RM20 hinggit, kat KL baru RM12 hinggit.. segar bugar lagi!
4. Perjumpaan ahli2 sengal, main bowling, makan dan diakhiri dengan karaoke which aku tak berapa nak suka!
5. Interview, kurang membaca teknologi baru.. padan muka tak dapat!

Tu je la yang aku ingat! So, apa lagi enjoy the pictures.

Kuih bom ikan, satar, pulut panggang.. Marbelos!

Sambal belacan dengan nenas, ayahanda buatkan, meletop!

Asam pedas ikan semilang johor style, seperti biasa ayahanda yang masak tuk anak kesayangannya, terangkat la bila makan!

Sebelum aku berangkat ke kayhell, bonda tapaukan aku nasi lemak dengan sambal sotong kering dan telur dadar. Terbaik! Sayang bonda banyak sangat.

Lepak kat kedai Planet Curry, for me the best eva la..

Penjaga setia di rumah. Kucing yang selalu datang, sangat besar dan berbulu lebat. Aku rasa kucing ni dah tua. Tapi masih ensem!

Sekian..

January 21, 2012

Penat OK

yuhuuuu.. mak dah selamat sampai kampung pukul 12tengahari tadi. Gigih mak bangun awal, kul 7 pagi dah gerak.. tapiii hasilnya 5 jam atas jalan. Jam lepas tol gombak n before tol bentung. Henjut sket lagi mak dah boleh sampai tganu pose tepi pantai makan kopok lekor. Upset! ribut takde, xcident takde, pak polisi pun takde, alih2 jam. tak ke hangin! jangan nak maki sangat.. yang penting aku dah selamat sampai. Alhamdulillah.

Bukti.. hari ni jpj berehat je since semua bawa 30-50km sejam. Owh lupa nak citer, aku tercicir kad tol kat rnr maran. akibatnya aku kena denda RM31.. sampai umah aku try cari tapi tak jumpa2 juga. kalau ada, aaku boleh dapat balik RM10. Sob Sob

Minum dulu kasi lega perasaan yang marah n badan penat ni. Sluurrpppp!

Lastly, wishing all my chinese friends,
龙年吉祥!(Lóng nián jíxiáng!) Good Luck in the Year of the Dragon!

January 17, 2012

Nyummy

Entry terbaru untuk uoll dari i yang sekarang sudah berumur 32 tahun. Wahhh gitew, nak juga mention umurkan! Next week cuti panjang.. aku seperti biasa balik kampung, tak balik macam derhaka. Bila lagi nak balik, since cuti bulan dua pun ada kenduri cousin kat kl, maka tentulah tak balik sana.

Nah amik la tengok..



Sekian..

January 9, 2012

Selamat Hari Lahir


I'm 32 years old yoooooo! Pada 15 Safar 1433H bersamaan 9 Januari 2012. Semakin pendek umur dah, sedar2 la diri tu sikit. Aku perlu perbaiki cara hidup aku ni sebaik yang mungkin. Dah terkeluar sket dari track dan aku perlu kembali ke track yang betul. Semoga diberikan kekuatan, disihatkan tubuh badan, dimurahkan rezeki, ditunjukkan jalan yang lurus dan semoga hidup aku diberkati dan diredhai oleh Allah s.w.t.

Aku habiskan sisa baki umur aku 31 tahun tu dengan berlibur secara mengejut ke Muar semalam. Sangat best dan happening. Later la aku story de morry ya.

Once again Happy Birthday to me.

*kali ni siapa yang tanya aku bila nak kahwin, aku tak teragak2 untuk smack down. Takde soalan lain agaknya nak tanya selain soalan bongok tu. Daripada ko tanya aku soalan yang bodoh tu, baik ko carikan aku seorang jejaka atau duda ada atau takde anak yang kematian isteri tidak melebihi 40 tahun. Demand siyal! Mana tau jodohkan.

Ko ingat akuntaknak kahwin ke, offff coozz la nak. Tapi pikir la dowh benda tu basic je, tak susah mana pun. Ada la jodoh aku kat luar tu, bukan aku tak berusaha, berusaha gigh tanpa kenal penat lelah, tapi Allah lebih mengetahui, mungkin ada yang terbaik untuk aku tu. Insyallah.

Mentang2 urutan kehidupan ko baik, kahwin dan anak dah.. ko senang2 nak ngajar aku lak. Asal tak kahwin? asal tak cari?

BOSAN!

Sekian.


January 8, 2012

1 Hari Lagi

Ketika aku sedang menulis ini aku masih lagi berada di karaoke bersama kawan2 yang sengal. Karaoke ni bukan kegemaran aku, setakat lepak dan dengar mereka nyanyi aku boleh la layan. Tapi kalau boleh memang aku akan elak ke sini. Tapi disebabkan aku ikut orang maka terpaksa merelakan hati juga untuk ke sana.

Takpe la bukan selalu, setahun ada la sekali dua aku menjejakkan kaki ke sini. Tapi kalau dah nama karaoke takde maknanya sejam.. Paling cikai pun tiga jam. Aiyooo boleh muntah aku duduk dalam ni nasib baik suara not bad. Cuma satu part penting je aku tak boleh blah iaitu hisap rokok dalam bilik karaoke. Dah la aircond naik semput aku dibuatnya. Dah la aku ada oenyakit semput nasib baik aku bawa inhealer tuk kecmasan.

Dah lama aku tak keluar sampai pagi macam ni. Gila lama bukan sebab takde kawan ke apa, tapi aku kurang nak bersosial. Sekali sekala takpe selalu tak la kot. Bagus dapat awek macam akau nie kurang keluar malam. Senang nak jaga, yeah right!

Okla sehingga bertemu kembali, chewahhh aku takde gambar sebab tenet dalam ni macam yeah you know how to mencarut.

Sekian


January 7, 2012

2 Hari Lagi

Aku nak tepek gambar makanan dari Tawau. Oleh kerana aku selalu skip makan tghari dan malam maka gambar makanan banyak takde. Busy sangat jaga stage, merasa turun 2 kilo. Ni baru part 1 ya, nanti aku upload lagi.

Nasi Kuning
Mengikut pengalaman deria rasa aku, nasi ni sedap. Disediakan pada waktu pagi, ala macam nasi lemak kat semenanjung. Cuma nasi ni berempah, ikan masak sambal tu yang paling meletop sebab fresh. Jenis ikan aku tak tau. Yang bertaburan kat atas tu, sambal kelapa.

Ayam Madu
Yang ni kat semenanjung pun ada. Sebelum lepak kat kedai apatah nama, aku dan kengkawan singgah kedai Mas AF sebab nak rasa ayam madu kat sana. Sekali habis okey!

Ayam Penyet
Ayam kat sini rangup sekali. Enak dimakan begitu saja tanpa nasi. Ni aku yang order.

Nasi Lalapan
Pelik? Ya, aku mula2 pelik la juga. Apa kejadah rupa makanan ni. Sekali nasi goreng, ayam, tempe, tauhu, telur, sup dan sambal. Tapi sangattttt banyak. Memba aku yang berjantina lelaki pun tak boleh habis. Rasa? entah biasa je.. sambal tu pedas gila.. lebih kurang macam ayam penyet je. Maaf gambar agak blur sebab bateri hp aku dah low, so flash takde. Ini pun memba aku volunteer suluh lampu hp dia kat makanan.

Ni lauk tengahari pada hari pertama, masa tu tak busy lagi. Lepak kat secretariat room je. Malam tu dapat beehoon goreng. Sedap ya sebab ada sambal belacan, agak pelik tapi enak.

Hari2 berikutnya, aku tak sempat langsung nak makan. Malam tu aku makan nasi, ada ayam masak halia, dengan sayur femes kat tawau, apatah nama sayur tu. Sepanjang aku lepak kat Tawau, makcik yang hantar makanan tu mesti bagi lauk ayam walaupun dah ada ikan goreng. Harga RM5 sahaja. Murah bukan?

January 6, 2012

3 Hari Lagi

Masa opis aku import pekerja dari korea a.k.a. vendor, aku dah tak tengok drama2 korea ni, sebab kat opis pun dah ada tapi takde subtitle. Walaupun tak faham tapi macam best! Kalau lama depa kat opis ni, mungkin opis aku akan tubuhkan satu group. Nama group 'Technical Generation AM/PM 24/7'.. video clip dalam bilik server je, props monitor, server, keyboard, ipad2, segala mak nenek gadget. Nama lagu ' 테스트를 시도 에코' - echo try test.

Masa depa kat sini, depa nak subscribe broadband. Aku bagi la pinjam berukband opis cap celcom memandangkan depa kejap je kat sini. Biasalah kalau Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa.. sebagai ganti aku dapat la 8 facemask, air kotak apple juice, coffee stabak dengan seaweed. Jadi segan lak, kalau sekali tu takpe la kan ni berkali2..

Bawah ni ada gambar, gambar takde kerja namanya..


Movie - Jangan Kau Curi Facemaskku

Tembak kau kalau kau bah.. hahahaha mengong!

January 5, 2012

4 Hari Lagi

Masa aku cuti kat kampung hari tu, aku tidur dalam bilik arwah atuk aku. Dah lama aku tak menjengah bilik tu, memandangkan kat dalam bilik tu ada a few barang antik dan membuatkan aku rasa takut suam2 kuku. Sebenarnya takde apa pun, biasa la kalau pikir benda2 karut ni.

Tapi bila dah tidur kat situ, terimbau lak masa arwah ada lagi.. terus rasa sayu.. sob sob.. semoga arwah atuk berada dikalangan orang2 yang beriman.. Al-Fatihah

Nak tengok rupa bilik arwah.. ni aku ada tembak beberapa gambar.








See, ni baru kpop sejati.. sampai baca sejarah baru korea! :P


Banyakkan buku arwah.. itu baru dalam bilik.. belum lagi luar bilik, siap ada satu almari khas tuk buku2 arwah. Ensiklopedia pun banyak, ko mampu nak baca.. Aku sambil lalu je la.. Adik aku layan buku tafsir mimpi.. tah apa nak ditafsirkan pun, aku tak tau.. kalau dah mimpi, mimpi je la.. banyak sangat berangan ni! dalam banyak2 buku tu, aku baca buku mona fendi, tanda2 hari kiamat, dan cerita pasal nabi2. Banyak2 buku tu je yang aku mampu baca dalam erti kata lain pemalas.

Nak baca buku arwah ni kena ada tertib, arwah tak kasi lipat2 ni, cam orang kampung katanya, tak berpendidikan.. hahaha ni ayat aku okey! Buku dia mostly berbalut, rajin kannnn!! aku balut buku time sekolah je..

Apa yang bonda aku cerita, arwah ni suka baca pemikiran orang. Karl Marx, siapa? aku tak tau.. nanti la google. Siap berplastik lagi. Maknanya tak pernah baca. Aku ada ceritakan post lepas2.. buku terakhir arwah baca sebelum meninggal ialah buku Menemui Tuhan. Lagi la sayu kalau teringat!

Arwah siap berpesan ngan aku dan adik beradik, dia suh baca kamus bahasa melayu - minang ke indonesia, aku tak ingat. Dulu masa menganggur rajin gak la cari makna, kata layan sinetron indonesia 200 episod.. mesti la ada perkataan2 yang aku tak faham.

Tapi bila arwah dah takde ni, aku tak nampak dikalangan keluarga aku yang baca buku2 yang ada kat situ. Padahal buku ni terbuka tuk sesiapa sahaja untuk pinjam baca dan pulang.. ya pulangkan balik dengan keadaan yang baik.

Dah tetiba aku rindu lak kat arwah.. sob sob

sekian..

January 4, 2012

5 Hari Lagi

Bukan senang ya nak amik gambar camni.. kena tengok bawah, gayat tapi aku kuatkan juga! First time amik gambar, ketar2 lutut, tangan, kaki semua la.. gila gayat! Now relax je.. tapi rasa takut tetap ada. Takut HP jatuh!! :)

January 3, 2012

Awan & Langit

Holla,

Apa aktiviti anda tahun baru hari tu? Aku? duduk rumah main game Asphalt6 dengan gigih, jitu dan bersemangat sekali. Sampai pukul 4 pagi aku main. Kemudian, tatap la gambar yang aku tembak di Tawau.

See, takyah tunggu malam nak tengok orbs.. siang pun ada :P





Aku memang suka dengan permandangan klcc dan menara kl di malam hari. Paling mencabar bila nak amik gambar menara kl ada lampu pada bangunan. Memandangkan aku pakai hp je, so aku kena budget timing nak tembak. Akhirnya dapat la seketul lampu. Puas! Tentulah tidak.. sebab kat batang bangunan tu ada 3 lampu berkelip.

January 1, 2012

Menara KL and KLCC 2011

Wish uolls Happy New Year 2012.

Tataplah gambar Menara KL dan KLCC sepanjang tahun 2011. Semua gambar aku tembak guna hp 8mp..






Happy Always.. :)

Nuffnang Ads