nuffnang ads

January 7, 2012

2 Hari Lagi

Aku nak tepek gambar makanan dari Tawau. Oleh kerana aku selalu skip makan tghari dan malam maka gambar makanan banyak takde. Busy sangat jaga stage, merasa turun 2 kilo. Ni baru part 1 ya, nanti aku upload lagi.

Nasi Kuning
Mengikut pengalaman deria rasa aku, nasi ni sedap. Disediakan pada waktu pagi, ala macam nasi lemak kat semenanjung. Cuma nasi ni berempah, ikan masak sambal tu yang paling meletop sebab fresh. Jenis ikan aku tak tau. Yang bertaburan kat atas tu, sambal kelapa.

Ayam Madu
Yang ni kat semenanjung pun ada. Sebelum lepak kat kedai apatah nama, aku dan kengkawan singgah kedai Mas AF sebab nak rasa ayam madu kat sana. Sekali habis okey!

Ayam Penyet
Ayam kat sini rangup sekali. Enak dimakan begitu saja tanpa nasi. Ni aku yang order.

Nasi Lalapan
Pelik? Ya, aku mula2 pelik la juga. Apa kejadah rupa makanan ni. Sekali nasi goreng, ayam, tempe, tauhu, telur, sup dan sambal. Tapi sangattttt banyak. Memba aku yang berjantina lelaki pun tak boleh habis. Rasa? entah biasa je.. sambal tu pedas gila.. lebih kurang macam ayam penyet je. Maaf gambar agak blur sebab bateri hp aku dah low, so flash takde. Ini pun memba aku volunteer suluh lampu hp dia kat makanan.

Ni lauk tengahari pada hari pertama, masa tu tak busy lagi. Lepak kat secretariat room je. Malam tu dapat beehoon goreng. Sedap ya sebab ada sambal belacan, agak pelik tapi enak.

Hari2 berikutnya, aku tak sempat langsung nak makan. Malam tu aku makan nasi, ada ayam masak halia, dengan sayur femes kat tawau, apatah nama sayur tu. Sepanjang aku lepak kat Tawau, makcik yang hantar makanan tu mesti bagi lauk ayam walaupun dah ada ikan goreng. Harga RM5 sahaja. Murah bukan?

No comments:

Nuffnang Ads