nuffnang ads

October 5, 2012

Jogja - Day 3

Oleh kerana hari ketiga adalah hari terakhir dan aktiviti shopping masih belum termeterai maka kami bersepakat untuk ubah plan. Tempat yang tak pergi macam kerajinan2 dan yang ralatnya tak dapat tengok sunset kat pantai. Orang Jogja kata cantik. Hurmm takpe la next trip pergi pantai je and shoppingggg sebab siyes tak cukup masa langsung.

So, mak2 nak pergi kerajinan kulit. Biasa la tu shopping kasut, handbag. Aku beli ole2 kat sini, beli penanda buku dari kulit lembu. Makcik aku beli kasut boot dari kulit lembu harga lebih kurang RM30. Murahkannnn! Mak aku lak beli beg dari kulit pari, cantik! dan bapak aku beli sling beg dari kulit lembu. Both barang tak sampai pun RM200. Aku tak shopping sebab takde yang berkenan.

Makcik aku beli rojak buah, sedap! orang lain sibuk tengok perak, makcik aku sibuk beli buah. Harga dalam RM2.50 satu. Gambar yang ramai2 tu, ada pemusik jalanan then ada awek gelek2 kat depan. Meriah la dapat menjamu mata.

Again, nasi padang. Tu je yang boleh masuk tekak. Gambar yang ada cili padi tu, lebih kurang macam popia tapi tak pedas, that why ada cili tu.

Lepas tu singgah beli bakpia. Sejenis kuih ermm try la sedap. Ada coklat, cheese, nenas dan kacang hijau. Kulit bakpia ni kalau sekali rasa macam roti canai keras. Kat sana dapat la makan yang panas2. Satu kotak lebih kurang RM8/25 biji je. Agak mahal tapi takpela sedap punya pasal dan dibuat dengan penuh rasa kasih sayang.

Lepas tuuuu terusss ke hotel. Lepas solat, zappp shopping time. Dari 3 petang sampai 10 malam itu pun tak puas sebab kat beringharjo kedai tutup pukul 4.30. Gila la kannn dah la besar. Nak pilih lagi, nak tawar harga lagi. Tapi sempat la rembat baju harga RM15. Then ke Marito apatah nama, beli batik jogja dan sejadah batik. Creative la orang2 sana ada je benda yang boleh dijadikan barang atau makanan.

Malam tu kami makan kat Maliboro Mall, cari bakso padahal tepi2 jalan berlambak kedai bakso. Ni semua salah budak yang bawa kami tu kata ada bakso sedap bila cari tak jumpa yang ada kat food court. Bila call dia pun lupa, hangin dah la penat.. dah la tempat shopping Maliboro sepanjang 4.5km tercabut kaki dibuatnya. So, makan je la kat food court.

Lepas tu BALIK hotel, kemas2 dan tidoooooo! zzzZZZzzzzz

No comments:

Nuffnang Ads