nuffnang ads

July 29, 2011

Makan Petang Yukkk

Selamat makan petang.. Jemput2 ikan bilis keluaran cold storage. Enak di makan ketika masih panas pastu cicah sket dengan cili sos.. fuhhh alhamdulillah


July 26, 2011

Insaf

Lama aku tak post gambar. Bukan malas tapi malas sangat. Apakah?

Dua minggu lepas aku dan adikku yang terchenta pergi membeli belah di Jalan Tar. Misi kami adalah mencari kain untuk baju raya satu keluarga. Sebelum tu aku dah cari kain tuk lelaki kat Tewah di Mines. Next day ke Gulati's n apatah lagi kedai aku masuk.

Mahal nak mati ya kain2 kat Gulati's tapi semua aku tak suka since byk jenis chiffon dan berbatu2. Aku jenis tak reti pakai kain dua lapis, rimas! Susahnya mencari kain untuk kaum perempuan. Silap la beli kain tuk lelaki dulu sebab susah nak matching. Last2 dapat kain utk mak dan makcik aku je. Eh lupa, tuk kami pun ada thai silk kat gulati.

Last kedai aku masuk nagoya dan kamdar. Byk kain cantik tapi kualiti kurang. Aku kalau beli kain suka test kekebalan kain. Ada satu kain tu punya la cantik, wangi lak tu.. tapi bila aku tarik kain tu pecah2 kat tepi. Akhirnya kain tuk aku dan adik aku takde. Sabtu lepas baru dapat beli dekat Jakel Shah Alam. Banyak gila kain kat sana. Rambang mata! So, shopping kain dah settle.. weehoooo!!

Meh tengok gambar makanan, aku belanja adik aku kat Restoran Insaf. Restoran yang selalu orang buat joke 'Insaf aku lepas makan kat kedai Insaf'. Aku makan nasi briyani ayam goreng, 2 air manggo, satu milo ais. Total RM36.50. Insaf takkkkk? Ya, sedikit insaf.. pastu buat lagi :)




Mak kawan opis aku masak.. baguskan bila mak rajin masak kat rumah. Boleh tapau. Ni nasi daging style arab.

July 22, 2011

Rindu Lagi

Tengahari tadi aku ke pwtc, jumpa makcik aku kat booth. Alang2 ke sana, aku pergi renew lesen kereta yang dah due pada 8.7.2011. Itupun aku baru perasan semalam. Sebab dalam paper ada tajuk 'Perbaharui lesen kereta sebelum...' lupa tajuk betul apa. Aku pun check la lesen.. perrgghhh dah dekat 2 minggu lesen aku mati. Selamba je tak renew. Aku kalau tak tahu takde la gelabah sangat tapi bila dah tau memang berdebar2 la kan bawa keta.

Hari ni birthday makcik aku, aku beli kek cheese apa tah kat kedai resepi rahsia. Bila tengok event, aku jadi rindu nak buat ops. Lama gak la aku lepak kat booth tu.. tolong bungkus perfume. Ramai yang membeli. Aku memang suka berinteraksi dengan orang ramai. Satu lagi kaedah memperluaskan jajahan pencarian jodoh aku. Event kali ni sempena tilawah al-quran. Sooooo.. aku cari ustaz la pulak. Hehehehe! gelenya deh..

Makcik aku sorang je tadi, kesian tak menang tangan. Nasib baik anak sedaramu ini ada menghulurkan bantuan. Sambil2 tu dapat la aku membeli sebotol perfume. Murah je RM40. Bau pun sedap. Aku biasa beli yang ori, tapi kali ni aku nak try yang tak ori lak. Tapi bau memang perfect. Macam2 brand ada. Pilih je! tapi aku dah tak larat nak pilih banyak sangat jenama. Pening! Ada customer tadi pun pening, makcik aku bagi hidu kopi tuk naturalkan balik bau.

Esok kalau rajin, aku pergi tolong makcik aku, itu pun kalau aku tak sayang tidur la.

*tak sabar nak join event dengan sheleq akhir tahun ni

Victoria Secret - Secret Charm, paling laris. Tak dapat bra ngan sepender pun dapat perfume pun jadi la. Nak beli takde size kannn!! fitam

July 20, 2011

Geli Ok


Ada pak guard parking, try usha aku. Siyes geli geleman. Orang chantek tak sesuai ya untuk pak guard tua. Opsss, terover riak!

Ayat selalu aku dengar "macam ni la cantik pergi kerja, pakai baju kurung. senang hati saya"

owhhh plsssssssssssssss.. fitammmmmm!!

So, sejak dari hari tu.. aku start pakai seluar dan aku akan pastikan setiap hari aku selekeh.

Sekian

July 16, 2011

Nyummmyyy

Last week aku n the geng diarah untuk bersama2 memeriahkan majlis pelancaran berdekatan dengan tempat kerja aku. Aku suka je, setakat hipokrit kejap duduk dalam majlis tu apa la nak dikesahkan sangat yang PENTING bab makan tu. Fuhhh alhamdulillah sedap..

Ini salah satunya, cokelat celup2..



Gambar adalah super kabur sebab nak cepat.. tetiba ramai orang sudah tentu la ada perasaan segan. Maka kena la tunjuk betapa tak jakunnya orang Malaysia ni. Harharhar!!

July 15, 2011

Bid dan Makan

Hari ini kerja aku asyik bid necklace vintage dekat ebay bukan dari pagi tapi baru je tadi. Aku berjaya bid 3 benda dan totalnya sangat memberangsangkan tidak mahal dan tidak la terlalu murah, sedang2 je harganya. Nanti la aku post gambar bila dapat barang2 itu.

Ada juga barang yang aku bid kalah. Tension, takkan nak up lagi.. kalau aku up sekali pun barang tu tetap murah dari Malaysia. Biar je la.. nanti bid benda lain pula.

Hari ni ada majlis bacaan yassin di opis sempena menyambut kedatangan ramadhan. Wa makan nasi beriani ayam rempah bahagian dada. Sedap, nasi banyak.. pastu si ayu buat sagu makan dengan susu cair dan air gula melaka. Pergghh 1st time makan sedap.. alhamdulillah. Meh la tengok gambar.

Budak2 tahfiz dari au3, keramat. Macam tau2 je aku nak amik gambar. Pantas uol ni!

Makan2 time. Tapi depa tapau je.

Sesi bagi makanan.


Fuuhhhhh, tangan wa masih lagi berbau nasi beriani n kuah dal.. Sedapppp, alhamdulillah.

July 14, 2011

Topik Kahwin

Minggu lepas sheleq mengadu domba pasal kahwin. Topik yang paling aku suka di abad ini. Dan dan je mak sheleq suruh cari bakal suami cepat2. Si sheleq start la gelabah. Relaksssss sudahhhh!! Jodoh tak kemana. Engkau bukannya tak carikan, cari tapi tak jumpa lagi.

Setakat ni parents aku relaks lagi. Takde bising2 suruh aku kahwin. Tapi takkan la aku masih ingin bersenang lenangkan.. apa2 pun aku masih perlu untuk mencari jodoh. Tapi bila dah lama single ni, aku dah kurang pikir untuk kahwin *kadang2 rasa juga nak kahwin tapi jarang la. Lantak la orang luar nak cakap apa, aku dah lali dengan kata2 'engkau bila nak kahwin', 'sampai bila nak single', 'taknak merasa alam perkahwinan ke', 'taknak kahwin ke' dan extra2.

Kadang2 aku rasa menyampah dengan orang sekitar aku *orang yang suka komen je. Pada aku mereka ni tak memahami situasi orang lain. Mentang2la ko dah kahwin dan beranak pinak, suka hati je nak bagi komen tak tentu pasal. Sila jaga hati orang lain juga.

Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Aku percaya sebab ia juga ada kaitan dengan qada' dan qadar.. Aku bukannya duduk diam atau menunggu jodoh aku tiba. Owh tidak tidak. Aku juga berusaha ke arah itu. Aku juga mencari peluang untuk memperluaskan jajahan jodoh aku. Sampai ke stadium aku cari. Aku ada tiket tengok liverpool walhal aku bukannya minat punnnnnnnnnn bola. Saja memperluaskan jajahan jodoh mana la tau kan kan tetiba 'hai, saya song seung hoen (*matikla contoh nak orang korea je) kagum la tengok awak minat bola!' Alamak, kena hafal pemain dan position pasukan liverpool. Harharharharh haram!!

So, orang2 di luar sana.. sila jangan komen yang bukan2. Sila komen yang baik2. Contoh 'Insyallah ada jodoh tak kemana', 'Ada la tu.. Dia lebih mengetahui apa yang lebih terbaik untuk diri kita'. Kannn sedap sikit mendengarnya.

See, aku muda lagi laaa.. muntahhhh darahhhhhh!! Muka aku telah di tonyoh oleh tukang makeup, mala namanya.

July 12, 2011

Keropok Ikan, Lai Lai

Last weekend aku balik kuantan. Aku sempat juga lepak kat kedai keropok ayahanda aku. Bosan la duduk rumah tak buat apa. Baik aku ke sana bungkus keropok. Penghasilan keropok telah ditangguhkan sementara waktu kerana ayahanda aku sedang mencari pekerja baru. Insyallah kalau ada rezeki akan sambung balik. For now hanya menghabiskan keropok2 kering yang ada. Itu pun dah tak banyak ada beberapa tong je.

Sorry gambar agak entah apa2. Since kedai tu agak malap guna flash pun k.o. Anyway enjoy!

Keropok versi cekedes. Keropok ni bukan semua orang pandai goreng. Ada yang hangit ada tak masak kat dalam. Aku je terror goreng. Well aku kan pandai.

Ini adalah keropok reject. Jual pun murah, sekilo RM12 sahaja. Kalau yang elok sekilo RM20. Rasa adalah sama cuma masa mengering tu tak berapa nak ok.

Mari membungkus.

Plastik pembungkus yang direka oleh pakcu aku. Warna coklat, tapi bila tengok bawah lampu bertukar warna purple. Sesuai dengan nama Delima.


Ini pun yang reject. Hancur sebab pemotong hari tu ada prob. Harga pun sama macam yang tadi. Ni raficyber dah order. Dia nak belanja budak2 opis makan keropok b4 puasa. :)

Aku tak pandai guna benda alah ni. Test la berapa kali, resultnya tetap sama. Berlubang2. Mayba terlalu lama. Akhirnya ayahanda aku juga yang buat.

Tart Nenas

Hollaaaa..

Aku hanya menyampaikan pesanan.. makchu aku ada jual tart nenas versi 'nampak mahal'. Sesuai untuk gift atau nak bagi kat mak mentua ke, mak girlfren/boifren ke, mak skandal ke, ibu angkat ke, sugar mummy ke dan ke ke lain2nya.

Tart ni bukan senang nak buat ya.. memerlukan kreativiti, ketajaman mata, kekuatan fizikal dan mental sebab kalau salah gunting terus jadi tart bulat versi 'nampak murah'. Harga RM30 untuk 50 biji. Enak dimakan begitu sahaja.

As usual gambar dari hp aku. Kabur entah mengapa. Tapi cenggitu la rupa tart nenas versi 'nampak mahal'



Selamat mencuba.

July 6, 2011

Komitmen

Aku susah hati sekarang sebab selepas ini komitmen aku lagi besar. No more holiday, no more gadget, pendek kata banyak la no more. Selepas ni takde dah perkataan 'Aku rasa nak berhenti kerja la'. Demmit!

Pendek kata lepas ni kena la berusaha lebih untuk kumpul duit. Tapi aku ni dah la memang jenis malas nak buat freelance develop sistem selain join event dengan sheleq. Akhir tahun ni ada 4 event. Hope cuti aku cukup untuk join 2 negeri. Fuhh tak sabar nak bersosial dan memperluaskan jajahan jodoh aku.

Seronok semalam lepak dengan ahli2 GGO's. Paling happy sudah tentu la abg duo core. Senyum sampai ke telinga. Tapi non ado data plan lagi. Cepat sket ya.. boleh kita ber'whatapps'. Moh la kita tengok gambar makanan. Memperkenalkan ABC apatah nama tempat tu. ABC ni aku makan sejak dari sekolah rendah sampai laaaa ni.. Dari stall kecik sampai besar tempat tu.



Nasi berlauk yang aku makan di pagi hari. Fuhh sedap, alhamdulillah!

July 5, 2011

Maggie Curry

Selamat melihat. Fuhhh Alhamdulillah kenyang!

Hari ini ada perjumpaan Geng Gossip Opis.. WeehhHhhhoOoooo nak g tengok handphone abg android duo core..

July 2, 2011

Daza Lagi

Ni post yang ke-4 kot aku cerita pasal si Daza anak sepupu aku dari Tanjung Pinang. Geram betul aku dengan budak2 yang tembam dan comel. Macam aku dulu2.. sekarang pun ya juga!! upset!!

Sombong, garang, ngada, tak duduk diam memang dah sebati dengan si daza ni. Nak2 kalau baru kenal. Tapi aku belasah je. Lagi ngada lagi la aku kuat sakat. Haharharharh gelak jahat! Jom layan gambar si daza ni. Seperti biasa gambar adalah sedikit kabur dan kelam.. biasa la kan tak duduk diam.




Macam mana tak tembamkan. Makan je kerjanya. Ketar lengan aku kalau dukung si daza ni. Gila berat tapi dek sebabkan aku suka sakat si daza ni.. aku layankan je!







harharharharHAahtahthatr.. gelak bangga sebab dapat amik gambar dengan si daza. Itu pun aku umpan dengan bunga kat kenduri kahwin. Budak2 suka la kan benda2 camtu. Kita kena pandai saiko budak2 ni.. bagi ipad ke, bagi main games ke.. lama2 dia ok la ngan kita.

Nuffnang Ads