nuffnang ads

February 22, 2010

Istilah 18sx

Sila baca email berantai dari ahli2 GGO.. aku tak join sangat laa kebetulan bz.. chewahhh!! kononkannn.. aku budak baik!! malam tu aku rasa sunplawer telah mempraktikkan merenung bulan terang di pantai.. pantai mana? biarlah rahsia..


Makan tengahari yang di sponsor oleh aku sebelum aku nak berhenti, alih2 tak jadikan.. besar pahala menjamu orang.. nasi ambang masakan kawan aku.. sedapp tapi kalau ada pedas2 sket lagi sedappp!!


p/s: Aujinz jgn baca!! eh mesti dah terbacakan sebab amaran kat bawah sekali :P

February 21, 2010

Satu Budak Hitam

Aktiviti hari Sabtu adalah seperti biasa; jogging! aku ni dok la jogging every weekend tapi berat badan sama jek.. upset sangat tauuu, tapi takpe usaha tangga kejayaan! Tengahari aku ke ikano bersama t.linda dan jojet nak survey kasut.. tapi hampa size takde.. susah la uoll badan besar ni kaki pun besar haruslah kasut saiz 10 kann.. tapi asyik non adooo.. ramai sangat ke kaki besar niehhh?

So beralih la ke OU.. YES!! akhirnya ada saiz 11.. ya ampunnn dari 10 ke 11 lak kannn!! takpe, yang penting ada kasut tuk berjalan2.. then beralih ke doli kuew teow tapiiii tak buka, terus balik ke tempat asal.. makan la kat chara kampung.. not bad at all.. nyah kenanga letttss, ada tempat baru selain teh 70 sen tuhhhh!! ada abang2 sedap di pandang di kala bulan mengambang..

Petang tu aku jumpa will.. tah apa nama aku tak ingat.. hint; gelap2 dan sangat ditakuti penduduk malaysia!! black2 money tuuu..

Aku kenal si will tahun 2007, dia belajar kat sunway.. walhal bapak kaya ada bisnes export import plastik, abg lak embesador kat mana tah!! bapak antar belajar suruh jadi anak yang berguna bukan buat duit hitam ataupun jual tepung puteh kat penduduk malaysia.

Hampir setahun lebih tak jumpa lepas dia habis belajar.. terusss nun tercampak di UK menguruskan bisnes keluarga memandangkan dia anak last.. kebetulan dia ada conference kat kl, dia ajak la jumpa.. semakin tegap dengan rambut berjaling, hitam lak aku nengokkannya.. muka dia ada iras2 si usher.

Kalau berjalan ngan budak will nie, orang malaysia dok la jakun tgk aku dengan dia.. dalam pikiran diaorang 'dah takde lelaki melayu ke budak perempuan melayu islam ni nak jumpa?' kekadang si will nie pun perasan orang pandang dia semacam.. kesian juga tapi tu la mentaliti orang kita!

Sepatutnya si will minta kawan dia hantarkan, tapi kawan dia ni rasict dengan orang malaysia.. dia cakap 'kita nie hanya mengambil kesempatan dengan kekayaan mereka' so atas sebab itu dia bercakaran dan akhirnya si will datang la sendiri.. tak terpikir lak aku nak amik kesempatan memandangkan aku pun mampu tuk beli sendiri..

Both side problem sebenarnya, si will kata kita camni, kita kata depa nie jahat.. tapi tak semua la kan. Oleh kerana aku dah lama tak jumpa, si will cakap aku dan slim sket dan masih beautiful tapi dah tak pretty seperti dulu.. hampeh!! si will ni cerita la yang dia tak suka kerja ngan bapak dia.. STRESS katanya.. asyik kena travel, passport pun asyik bertukar. pastu bising bapak dia bayar ciput.. 4000 pound!!

Aku kalau dapat duit sebanyak ni harus la aku belanja ahli2 ggo di pavi.. Sekian, berjumpa lagi di hari ini, Ahad..

February 19, 2010

Adakah Anda Jakun

Lukisan tangan yang dilukis pada permukaan cd dan dihiasi dengan buah oren pemberian orang..

Topik yang selalu aku baca kat blog orang tapi kali ni version aku pula. Apa yang tidak patut anda lakukan semasa menonton wayang.
  1. Tendang kerusi depan.. pls laa nak kejang pun jangan la di dalam wayang.. tak senang orang yang duduk kat depan.. sekali orang depan tgh picit2 pastu anda tertendang habis terpicit kuat.. how?
  2. Sila jangan berborak benda yang tiada motif.. contoh awek tanya pakwe 'awak sejuk ke?' 5 minit kemudian, pakwe lak tanya awek 'awak sejuk tak?' berulang la sehingga tamat cerita dok tanya sejuk ke tak, romen je la aku tak marah.. tapi romen secara senyap jgn ada bunyi-bunyian.
  3. Pergerakkan yang terlalu aktif.. contoh tunduk, pastu bangun, pastu ke kiri, pastu ke kanan, pastu tunduk balik.. aiyoooo ni mesti meraba2kan!!
  4. tiba2 nak ketawa lebih dari orang lain walhal takde la lucu sangat pun.. citer cinta je!! ermm emosi lebih sangat ni..
  5. bunyi-bunyian dari handphone tu takyah nak ceritala.. tak tau la diaorang ni letak otak kat mana?
  6. membuat rumusan movie yang bakal aku tengok dalam 3 minit lagi, dan akhirnya aku dah tau kesudahan cerita..
pls enjoy yourself, if not sila tgk dvd di rumah sambil makan nasi berlaukkan tempoyak ikan patin bersama sayur kailan ikan masin dan di tambah pula sambal belacan.. sungguh tidak IN.. kemungkinan gara2 menonton wayang bersama kak gee dan ditemani suaminya yang silih berganti menyebabkan semuanya berbau sexplanation!! opssss wayang dah mula..

February 18, 2010

Kisah Seribu Satu Malam

Selepas penat bercuti.. penat ke? aku lagi suka kalau cuti lelama boleh mengangkang depan t.v sambil makan makanan ringan.. nak ringan2 dengan suami tak boleh sebab masih single, di ulang single!! apatah lagi ringan2 sendiri.. eh ada ek ringan2 sendiri.. kena tanya kak gee?

Apa aku buat selama beberapa hari tidak mengupdate blog?
  • Aku balik kuantan ditemani cousin aku bernama najwa, awek keramat yang sangat howt dan digilai semua penduduk lembah keramat, ampang serta shah alam dan yang penting masih single!!
  • Belanja ayahanda dan bonda travel beg sorang satu.. taknak yang murah2 nak samsonite terus.. haruslah aku pitamkan!! tapi takpe sekali sekala..
  • Belanja satu keluarga dinner di tanjung lumpur makan seafood.. ada ikan aji2, ketam, udang, sotong, lala, sayur kailan ikan masin.. total RM220.. alhamdulillah sedap!!
  • jogging di waktu pagi di taman gelora.. tapi memandangkan makan lebih dari jogging aku rasa cam maintain je laa.
  • menonton movie Percy Jackson And The Lightning Thief dan Valentine's Day.
  • Happy hour bersama Linda, satu2nya kawan baik aku di kuantan. Miss her already.. i miss my old time with friends.. semua dah ada keluarga masing2 kecuali aku dan linda.. takpe linda insyallah, ada la tu jodoh kita di luar sana.. yang lupakan kawan pun ada juga, sibuk dengan dunia baru.. Linda, thx for your cute cupcakes. gembira!!



  • Bersiar-siar di teluk cempedak eventho ramai orang kat sana..


  • Dinner ikan apatah, air tangan bonda dan najwa..
  • Melawat kedai keropok ayahanda aku.. banyak barang dah ada kecuali penimbang dan pemotong keropok.. Aku melantik diri aku sebagai supervisor kebersihan.. hahahaha!!
  • Membeli bagpack untuk diri sendiri..

February 11, 2010

Melucah secara baik

Kali ni, aku nak tepek satu cerita yang mungkin membuatkan anda di luar sana, akan muntah darah. Buat si Aujinz sila jangan baca.. kerna boleh membutakan hati anda!! hahahaha..

Perbincangan sulit antara dot dot dot dan dot dot dot, sila click untuk enlarge..

February 8, 2010

Berhijrah dari darat ke laut ke udara ke dalam tanah

Terharu rasanya.. walaupun aku rasa takde la bagus sangat aku buat kerja!!

Malas nak cerita pasal gambar di atas, apa2 pun one fine day aku tetap akan berhijrah.. biarlah masa yang tentukan.. masa tak boleh tentukan.. biarlah aku yang tentukan!! :) Neway thxs to my lead sebab memberi kepercayaan dan peluang ke atas pekerja yang comel seperti aku. Cuma sekarang tah la kan semakin malas!! opss tercerita puiler :P


Last weekend, aku melawat kawan baik yang aku kenali sejak form 5.. perkenalan secara tidak sengaja, bertukar2 poster bsb dan boyzone menjadikan aku dan dia rapat sehingga sekarang. Apa yang kita lalui selama ini, such a wonderful memory eventho ada juga nakal2nya tapi ia tetap berakhir dengan baik. Anak dia pun dah masuk 3 orang.. sejak dia kahwin aku jarang jumpa lagipun masing2 duduk jauh. Hanya telefon dan sms serta blog dapat mengeratkan lagi silaturahim. Comel anak2 si farah.. owhh secara tidak sengaja aku juga telah melihat si anak menetek ibunya.. opsss, bukan nak skodeng tapi aku rasa itu normal.. hahahaha!!

Last night, aku dapat panggilan dari Linda juga kawan baik aku selepas form 5. Seorang yang baik hati, rendah diri membuatkan persahabatan kami kekal sehingga sekarang. Dia juga senasib dengan aku single mingle. Takpe linda biar lambat asalkan selamat.. jodoh pertemuan sudah ditetapkan yang penting kita berdua berusaha. Jangan lupa bulan 4 kita bercuti di pulau perhentian melihat abang2 yang 'bukan berstatus suami orang' di sana berscuba.. :P rindu kat ko.. tis weekend kita lepak sampai lebam!!

Aku ada sorang lagi kawan baik.. tapi rasanya dah terkubur kot!! dia dah create her new world with her new friends. Apa perasaan kita sebagai kawan, bila call, dia tak ingat siapa kita.. Tanya siapa? Bila bagi nama, boleh tanya yang mana? nampak sangatkan dia nak singkirkan kami dari hidupnya. Bukan baru kenal.. dah 13 tahun.. dah tau perangai masing2.. maybe bila bersama kami, dia teringat kisah hidup dia yang lampau. Cerita yang dia sampaikan pun, ada juga yang di reka. Orang lain mungkin tidak tahu.. tapi aku dan kawan2 yang kenal sejak azali tahu apa yang berlaku. sedih memang sedih!! tapi apa boleh buat.. kacang juga boleh lupakan kulit apatah lagi kawan lupakan kawan..

Yang pasti, hidup harus diteruskan.. we can meet new friends everyday kalau kita nak.. dan aku masih belum tegur cucian mata aku. Sigghhh!!

February 5, 2010

Mantapnya wanita berumur 30han

Ada iklan kat fesbuk nak bagi barang free sempena umur 30han nie.. Kenapa? sebab dah suku abad ke? Atau wanita berumur 30han ni howt!! tapi bila click non ado yang di malaysia.. semua kat luar negara. upset! kalau tak, boleh feeling ada iPad.. iPad takde, pad kotex pun jadi lah kann!!

Ish ish ishhh.. apalah nak jadi dengan orang dewasa zaman sekarang nie!! opss mati la mak keji kawan sendiri.. hahahaha!! okehhh pergi duluuu ferrari flat black dah tunggu.

Inilah perbincangan aku bersama ahli2 GGO.. ada je topik nak di bincangkan!! Tapi seronok sebab ada pakar, tukang ngajar pun ada.. so takde la kejung di depan monitor mengadap koding hari2.. kejung disebabkan benda lain itu aku tak leh tolong!! at least ada hiburan.. ala2 badut!! opsss terkeji lagi.. ampunn uolll let makan2 lagi b4 hsm kawinnnn!!

Happy weekend, home alone lagi hari ini..

p/s: maxis suck lagi.. cam lahanat!! dah la boleh rebate tuk 4 hari je.. walhal complaint since december 09.. tapi ikut rekod 4 hari!! 10 Jan until 14 Jan 10.. tapi non ado perubahan.. kencing je lebih!! dah la baik aku tukar streamyx next month..

February 3, 2010

Hitamnya Uoollll

Sila la click untuk membesarkan gambar ini. Walaupun brand gen2 tapi bila dah color camni tetap marbeles..

Akhirnya ketemu juga kereta ala2 batman ni.. my fav color ever!!
'GAGAH' kannn kalau kereta berwarna flat black ni.. segagah orang yang membawanya walaupun hazab.. opss kurang hajarnya mulut iiii!!

Seronok ke bercuti tanpa duit?

a. Seronok sebab mak ko support.
b. Seronok sebab tak perlu keluarkan saving.
c. Tak seronok langsung.
d. Belum pergi lagi dah pening nak cari duit, balik pun pening nak mengganti duit.
e. Lain-lain


February 2, 2010

Apa itu Palat?

Adegan cerita melayu yang tak boleh aku lupakan seumur hidup..
  • Jangan lupa bila berdoa minta kita mati ok.. 'kalau dia bukan jodohku silalah jangan segan cabut nyawaku.
  • Belum habis cakap lagi dah jauhkan phone dari telinga.. pastu emo, pastu nangis, pastu benci, pastu terus laa cakap 'dia bukan jodohku'.
  • Dah elok2 luahkan perasaan cinta boleh lak tetiba accident.. macam sundelz laa citer melayu!! tetiba emo pesall, gilo agaknya!!
p/s: semalam aku jogging pagi, aku jumpa memba aku nak pergi kerja.. petang aku jogging lagi dan masih berjumpa kawan aku yang baru balik kerja.. 'demwan ko jogging dari pagi ke?'

a. Adakah itu perli
b. Adakah aku boleh turun 10kg jogging dari pagi ke petang
c. Adakah aku sudah nampak mengecil.. mengecil sedikit ya tuan2 dan puan2
d. Kesemua di atas

hahahahaha aku sedikit gila hari ini.. screwww me!!

Nuffnang Ads