nuffnang ads

December 31, 2012

Selamat Tahun Baru 2013


Kuala Lumpur di malam hari.

December 25, 2012

Merayau

Last weekend cousin aku datang umah. Dia sedih sebab tetiba boifren menjauhkan diri di atas sebab2 tertentu. Aku tak kisah la kau nak jauhkan diri tapi bagi la tau. Nasib baik mak si boifren bagitau kenapa, suh cousin aku ni sabar, bagi dia space. Hari2 cousin aku nangis bila duduk sorang2. Sampai semua orang sedih tengok dia. Akhirnya cousin aku OK dengan apa yang terjadi. Good girl. sampai dah takde hati lagi, kalau jodoh tak kemana.

Aku faham perasaan itu sebab aku dulu pun pernah alami. Tapi kejap je la sedihnya. Dalam seminggu kot. Sebab tu aku sekarang susah nak percaya orang. Tooooo secure sampai takde boifren. Memilih, yes semua orang memilih bukan aku sorang je. Tapi takde la nak cari anak dato, suami orang, kaya raya.. cukup la ada umah sewa 10 biji, kerja engineer, sebulan bagi aku RM6k, tiap2 tahun pergi obeses. Ohhhmaiiii gilaaa memilihhhh!

Apa je aktiviti aku ngan cousin aku? Aku citer je la pengalaman aku dan pengalaman orang2 sekitar aku. Lepas tu layan drama doktor cinta lakonan kamal adli ngan zarina. Mongok tul citer tu.. suka. Lepas tu akak dia datang amik, kitaorang g la OU. Makan, shopping kat daiso then balik rumah. Rehat2 jap, kul 11 lebih pergi big bad wolf. first time pergi dan mengambil masa hanya 5 jam. Tapi cousin aku lagi gila, 4 kali pergi. Dia memang gila buku. Siap cari buku tuk lengkapkan series.

Layan gambarrrrr..

 Suasana big bad wolf pada pukul 3 pagi Ahad

Memba aku suh tapau buku ni

 Breakfast pukul 5.30 pagi..

 carbonara kat pizza hut je.. so so je rasa

Makan kenduri malam jumaat.. 
lately aku selalu dapat makan sotong kering masak sambal kat kenduri kahwin

December 21, 2012

Layankan jer

Malam ni ada kenduri kahwin x-opismate. Kahwin dah budak ni. Dia ni takdela ensem nooo.. *adik2 jangan ikut perangai kakak yang suka kutuk2 orang ya, tak baik.. huhuhuhu tapiiii selalu dapat awek.. putus kejap pastu dapat pengganti. Ayat manis apakah yang dia guna. Jelessss.. Anyway Selamat Pengantin Baru la ya.

Gambar please,

Kuala Lumpur, Jumaat 15.57

 
Mee sup seri tanjung bertakhtakan tauhu goreng dan dihias dengan fresh selasih dari balkoni

December 17, 2012

Gulai Kawah

Weekend lepas aktiviti aku agak penuh. Dimulai dengan melayan movie Hobbit. Pada pendapat aku, jalan cerita sejam lebih yang pertama amatlah membosankan. Macam biasa la nak memperkenalkan sapa dia, sapa orang tu, apa benda tu.. and so on.. Lepas sejam lebih.. hahhhh kawww baruuuu sedap sikit nak layan sampai tak sabar nak tunggu part seterusnya tahun depan. Ya, tahun depan.. katanya ada lagi 2 part.. means 2 tahun.

Aku tengok kat GSC Alamanda, movie pukul 12.45 pagi tapi 1.05 pagi baru movie start. Gila hangin aku! sampai rumah pukul 4.30 pagi.. hajat dihati nak jogging pagi tu.. tapi non adoooo, mengantuk! Pastu dikejutkan msg dari jojet, 'dah bangun ke hobbit2 sekalian, jom la makan' hehehehe.

Tengahari tu makan kat puchong. Ajak Sheleq menambah lemak. Makan kat sana Alhamdulillah memang sedap lauk pun banyak.

Ahad adalah perjumpaan GGO. Aktiviti seperti biasa bowling dan makan.

Jom layan gambar..

  Kuala Lumpur selepas hujan

 Bunga di laman rumah

Jojet memilih lauk yang banyak pilihan.. sampai dah tak reti nak makan apa

Depan tu seperti biasa, aku punya.. ayammmm! ni la lauk pauk utk menambah lemak

Inilah gulai kawah daging

Nuffnang Ads