nuffnang ads

January 7, 2012

2 Hari Lagi

Aku nak tepek gambar makanan dari Tawau. Oleh kerana aku selalu skip makan tghari dan malam maka gambar makanan banyak takde. Busy sangat jaga stage, merasa turun 2 kilo. Ni baru part 1 ya, nanti aku upload lagi.

Nasi Kuning
Mengikut pengalaman deria rasa aku, nasi ni sedap. Disediakan pada waktu pagi, ala macam nasi lemak kat semenanjung. Cuma nasi ni berempah, ikan masak sambal tu yang paling meletop sebab fresh. Jenis ikan aku tak tau. Yang bertaburan kat atas tu, sambal kelapa.

Ayam Madu
Yang ni kat semenanjung pun ada. Sebelum lepak kat kedai apatah nama, aku dan kengkawan singgah kedai Mas AF sebab nak rasa ayam madu kat sana. Sekali habis okey!

Ayam Penyet
Ayam kat sini rangup sekali. Enak dimakan begitu saja tanpa nasi. Ni aku yang order.

Nasi Lalapan
Pelik? Ya, aku mula2 pelik la juga. Apa kejadah rupa makanan ni. Sekali nasi goreng, ayam, tempe, tauhu, telur, sup dan sambal. Tapi sangattttt banyak. Memba aku yang berjantina lelaki pun tak boleh habis. Rasa? entah biasa je.. sambal tu pedas gila.. lebih kurang macam ayam penyet je. Maaf gambar agak blur sebab bateri hp aku dah low, so flash takde. Ini pun memba aku volunteer suluh lampu hp dia kat makanan.

Ni lauk tengahari pada hari pertama, masa tu tak busy lagi. Lepak kat secretariat room je. Malam tu dapat beehoon goreng. Sedap ya sebab ada sambal belacan, agak pelik tapi enak.

Hari2 berikutnya, aku tak sempat langsung nak makan. Malam tu aku makan nasi, ada ayam masak halia, dengan sayur femes kat tawau, apatah nama sayur tu. Sepanjang aku lepak kat Tawau, makcik yang hantar makanan tu mesti bagi lauk ayam walaupun dah ada ikan goreng. Harga RM5 sahaja. Murah bukan?

January 6, 2012

3 Hari Lagi

Masa opis aku import pekerja dari korea a.k.a. vendor, aku dah tak tengok drama2 korea ni, sebab kat opis pun dah ada tapi takde subtitle. Walaupun tak faham tapi macam best! Kalau lama depa kat opis ni, mungkin opis aku akan tubuhkan satu group. Nama group 'Technical Generation AM/PM 24/7'.. video clip dalam bilik server je, props monitor, server, keyboard, ipad2, segala mak nenek gadget. Nama lagu ' 테스트를 시도 에코' - echo try test.

Masa depa kat sini, depa nak subscribe broadband. Aku bagi la pinjam berukband opis cap celcom memandangkan depa kejap je kat sini. Biasalah kalau Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa.. sebagai ganti aku dapat la 8 facemask, air kotak apple juice, coffee stabak dengan seaweed. Jadi segan lak, kalau sekali tu takpe la kan ni berkali2..

Bawah ni ada gambar, gambar takde kerja namanya..


Movie - Jangan Kau Curi Facemaskku

Tembak kau kalau kau bah.. hahahaha mengong!

January 5, 2012

4 Hari Lagi

Masa aku cuti kat kampung hari tu, aku tidur dalam bilik arwah atuk aku. Dah lama aku tak menjengah bilik tu, memandangkan kat dalam bilik tu ada a few barang antik dan membuatkan aku rasa takut suam2 kuku. Sebenarnya takde apa pun, biasa la kalau pikir benda2 karut ni.

Tapi bila dah tidur kat situ, terimbau lak masa arwah ada lagi.. terus rasa sayu.. sob sob.. semoga arwah atuk berada dikalangan orang2 yang beriman.. Al-Fatihah

Nak tengok rupa bilik arwah.. ni aku ada tembak beberapa gambar.








See, ni baru kpop sejati.. sampai baca sejarah baru korea! :P


Banyakkan buku arwah.. itu baru dalam bilik.. belum lagi luar bilik, siap ada satu almari khas tuk buku2 arwah. Ensiklopedia pun banyak, ko mampu nak baca.. Aku sambil lalu je la.. Adik aku layan buku tafsir mimpi.. tah apa nak ditafsirkan pun, aku tak tau.. kalau dah mimpi, mimpi je la.. banyak sangat berangan ni! dalam banyak2 buku tu, aku baca buku mona fendi, tanda2 hari kiamat, dan cerita pasal nabi2. Banyak2 buku tu je yang aku mampu baca dalam erti kata lain pemalas.

Nak baca buku arwah ni kena ada tertib, arwah tak kasi lipat2 ni, cam orang kampung katanya, tak berpendidikan.. hahaha ni ayat aku okey! Buku dia mostly berbalut, rajin kannnn!! aku balut buku time sekolah je..

Apa yang bonda aku cerita, arwah ni suka baca pemikiran orang. Karl Marx, siapa? aku tak tau.. nanti la google. Siap berplastik lagi. Maknanya tak pernah baca. Aku ada ceritakan post lepas2.. buku terakhir arwah baca sebelum meninggal ialah buku Menemui Tuhan. Lagi la sayu kalau teringat!

Arwah siap berpesan ngan aku dan adik beradik, dia suh baca kamus bahasa melayu - minang ke indonesia, aku tak ingat. Dulu masa menganggur rajin gak la cari makna, kata layan sinetron indonesia 200 episod.. mesti la ada perkataan2 yang aku tak faham.

Tapi bila arwah dah takde ni, aku tak nampak dikalangan keluarga aku yang baca buku2 yang ada kat situ. Padahal buku ni terbuka tuk sesiapa sahaja untuk pinjam baca dan pulang.. ya pulangkan balik dengan keadaan yang baik.

Dah tetiba aku rindu lak kat arwah.. sob sob

sekian..

January 4, 2012

5 Hari Lagi

Bukan senang ya nak amik gambar camni.. kena tengok bawah, gayat tapi aku kuatkan juga! First time amik gambar, ketar2 lutut, tangan, kaki semua la.. gila gayat! Now relax je.. tapi rasa takut tetap ada. Takut HP jatuh!! :)

Nuffnang Ads