nuffnang ads

June 15, 2011

Menyambut Menantu

Akhir bulan Mei adalah aktiviti beramah mesra dengan saudara mara. Kali ni aku balik kuantan dengan bas. Bukan sorang tapi 4 orang. Lama tak naik bas beramai2. Ada la aktiviti nak buat dan aktiviti terPENTING sekali adalah TIDO dan tidak lupa juga gossip.

Inilah akibatnya kalau bercinta.. bak kata orang ramai 'cinta itu buta'. Bergayut punya la lama sampai langsir bas jadi mangsa. Bayangkan kalau penumpang lain kesat hingus ke, tinggalkan bijih timah ke, kesat air liur ke.. Owwhhh Tidakkk!! Sampaikan aku n the geng turun beli pau pun dia tak perasan. Gila kentang bercinta.

Nah aku persembahkan gambar2 yang sempat aku tembak. Semua gambar aku guna hp 8mp aku. Ada yang aku edit, ada yang tidak. Enjoy!!










Pelamin dalam taman. Kenduri doa selamat je so takde la bersanding ke apa. Last2 kami yang menjahanamkan pelamin tu. Bertaburan dibuatnya. Aku ada amik video tapi nanti la aku letak. Kasi aku edit chenteekkk punya!

June 13, 2011

Random

Post khas buat auntie Linda, terima kasih kerana sudi belanja ayam dekat dave deli. Nyummm Nyummm kenyang.. nanti la upload gambar now tengok gambar lama dulu okeh!








June 10, 2011

Tumbuh-Tumbuhan

Seronok kalau ada rumah keliling tanah boleh berkebun 2..3 jenis pokok. Kalau jenis rajin nak menyiram dan say hello to pokok2 tiap2 pagi macam bapak aku kira bonus la. Kat umah aku tu penuh dengan macam2 ulam.. daun raja ada, daun itu ada ini ada (*tak tau nama :P) belum lagi pokok jambu yang 2..3 biji je berbuah sepanjang tahun, mempelam banyak gak berbuah. Pokok kari ada, serai ada dan lain2 lagi. Owh lalang pun ada.. Hehehe

Pokok2 kat bawah ni aku tembak dengan umah sedara aku di batu pahat.


Ni roselle namanya


Ni kalau tak tau juga nama pokok ni, sila la pulang ke korea. Motif korea!
Lee Seung Gi, Sarang hae!


Nama daun ni nanti aku update, aku lupa mak aku pun lupa.


Labu


Labu juga


Baby Labu


Jarum Mas - Jantan


Before maghrib berangkat ke minyak beku semula.

June 8, 2011

Harvey & Dayang

Marbeloskan aktiviti aku di hari kerja, pergi lunch sambil berhibur dengan dendangan lagu dari Harvey dan Dayang. Kelas ok! makan buffet lagi selalu tapau je kan. Siyes aku tak kenal siapa itu Harvey tapi makchu aku kenal. Katanya Harvey ni jazz berat di Indonesia. Berat tu means orang lama dalam jazz la. Berat tu salah satu perkataan cousin aku dari Indonesia.

Jom layan gambar. Tak banyak tapi boleh la..






Harvey Malaiholo - Dia
Kalau korang rajin, sila la google lagu gerimis mengundang si Harvey dengan Dayang nyanyi. Best juga! Enjoy..

Nuffnang Ads