nuffnang ads

March 9, 2011

OAT

Sila la cuba resepi oat ni, aku letak je kat sini, bila aku rajin aku cuba la masak. Bila? jangan di tanya bila aku akan masak!


March 5, 2011

Der, Otak Letak kat Mana, der?

Aku baru je lepas jumpa dengan budak yang langgar manja kereta aku tu. Sebelum jumpa aku dah pergi bengkel ketuk tanya harga. Perbualan aku dengan apek....

Oklah RM180, haiya apek, murah sikit la RM150. Talak bolehh owhh ini susah mau ketuk lagi mau cat sama body lagi. Ala apek, ini budak yang langgar student juga. Kasi murah la apek. Okla okla RM160 cincai.

Serta merta aku pun sms la budak yang langgar manja kereta aku tu. Dia kata nak jumpa kat mcd. Aku kata OK sebab dalam sms tadi aku dah kata, kalau ada tempat yang murah bagitau atau kita g tengok bengkel apek tu.

Aku pergi sorang, budak yang langgar manja kereta aku tu ngan boifren kot. Kira berani juga la aku pergi sorang, sebab kalau memba aku hari tu, dia berdua n yang langgar kasar tu berenam. Semua laki yang langgar kasar tu je perempuan. Alhamdulillah la, nego tadi berjalan dengan baik.

Yang tak baiknya adalah... tetiba datang kawan kepada si boifren tu. Budak kelantan. Ya, aku tetap nak state juga budak negeri mana. Dia tengok, dia raba puteh aku. Dia cakap dalam Rm100 juga ni. Aku ok lagi la. Sekali...

"Ala kereta local je kot, kalau sandar pun kemek apatah lagi tolak pakai lutut pun boleh kemek juga. Kereta local camtu la. Ni tolak pakai tangan pun boleh ni, tak pun sedut. Ni takyah cat pun takpe, kiwi je bukan scratch teruk sampai nampak body." der, ko nak cakap keta aku murah la kan!!

Aku nak je menjawab, tapi memikirkan aku datang secara baik dan budak yang langgar manja kereta aku tu pun ok je lemah lembut lagi. So, aku buat keputusan taknak naik angin. Kecoh der, macam der je! Der, ko sekolah ke tak? ilmu yang ada sila guna. Bercakap sila guna otak kat dalam kepala tu der, bukan otak kat celah bontot. Cakap ikut sedap mulut!

Der, aku beli kereta pakai duit kot der, kalau aku beli keta harga RM2 yang boleh dibeli di kedai Dua Ringgit, aku tak kisah der. Ni aku beli dengan duit der yang aku bayar tiap2 bulan. Nasib baik budak langgar manja kereta aku tu langgar kereta local, kalau langgar lamborghini walaupun tak kemek macam kereta local, tercalar je mau beriban nak bayar balik. Bodoh la lu der, ko pakai mustang ke? ke kancil? hp pun jenis cap ayam, nasib baik aku tak tengok ko pakai kereta apa.

Takde maknanya aku nak pau budak yang masih belajar. Duit pun makbapak bagi tak pun duit pinjaman. Aku kalau boleh nak cari tempat ketuk harga RM2 juga macam harga kereta aku. Tolak pakai tangan pun takpe, aku tak kisah.. cuba la sedaya upaya. Tapi, cakap je berapi2, try tolak tak buat lak. Apa la der, bercakap takpe aksi tidak dilayan ya. Tetiba ko muncul menghangatkan suasana pula yang sebelumnya ceria. Apa ni der, cakap elok2 la.

Kalau sesiapa tahu tempat ketuk atau ada yang boleh tolak pakai tangan sila bgtau aku. Aku kalau bab ketuk mengetuk body ni tak berapa nak pandai sangat tapi bab enjin memang confirm aku tahu. Hahaha, i wish.. nak letak air tuk wiper pun aku tak tahu memula dulu. Sekarang tahu dah.



Kesan cat kereta budak yang langgar manja kereta aku tu.

March 2, 2011

GAGAL

Tiga hari lepas aku pergi kerja dengan adik aku. Dia takdela pergi keja tapi gi kelas. Hari pertama, kaunter tiket panjang so aku beli la kat mesin sekali dengan adik aku tapi mesin lain2. lepas aku beli aku tengok adik aku masih lagi depan mesin. Firasat aku mengatakan dia dah reti la beli tiket. Aku masuk la dulu. Pastu aku tunggu lama sangat.. then train pun sampai. Apa lagi aku naik la dulu. Call adik aku, tanya dia sempat naik tak. Tak sempat dia cakap mesin asyik muntahkan balik duit syiling.

Hari berikutnya, aku ajar dia beli tiket dari mesin dan masuk tunggu train. Sekali adik aku tanya tiket ada pada aku tak. Aku cakap la takde. Ya, ampunnnn dia tak amik tiket kat mesin tadi. Aku budget dia amik la kan. Aku tolong je. Dia pun kuar balik beli tiket balik tapi mesin lak buat hal. Akhirnya, adik aku tak sempat naik juga.

Kesimpulan, Gagal dua kali. :)

Sabtu lepas aku memasak. Tahap kerajinan agak tinggi. Susah gak la makanan aku nak masak ni. Berpeluh2 ikut resipi. Aku masak Mee Bandung style Muar.



Sedapkan, resepinya adalah..... Mee Bandung Muar SEGERA aku beli masa karnival jualan barangan Malaysia. Kat KL takde jual ya, kalau nak beli kena pergi Muar. Owner takde kedai kat sini. Kesimpulan.. perrrgghh sedap juga bumbu segera ni cuma aku terlebih air. Agak cair.

March 1, 2011

Pitam Lagi

Pagi tadi seperti biasa aku naik komuter memandangkan bas Rapid KL tak muncul2. Nasib baik bas Rapid ni jarang lambat kalau tak aku dah samakan komuter dengan bas. Seperti biasa juga, aku berdiri sepanjang perjalanan. Kira aku bayar untuk berdiri.. berdiri pun boleh bakar kalori apa. Kalau rasa nak bakar kalori lebih sket, ko berdiri sambil tido pastu badan ko bergoyang2 mengikut rentak komuter.

Next stop, ada sorang awek berbadan sedap masuk. Dia berdiri sebelah aku. Tangan aku pegang tiang sama paras dengan muka budak tu. Pastu kejap2 aku dapat rasa pipi budak tu menyentuh tanganku yang lembut ini. Eh, budak ni pesal, main laga2! Takkan aku nak marah, kalau rasa tak boleh kena sentuh sila naik teksi sorang2. Kemain lagi mengada.

Tetiba.. jeng jeng jeng.. budak tu bersuara "akak, tolong pegang saya, saya nak pitam." Aku relak je sebab aku dah biasa rasa nak pitam. Aku tengok muka budak tu dah pucat. Aku pun pegang la lengan budak tu. Barisan belakang aku.. semua dok pakat tidur, tadi ada sorang celik tapi tetiba tidur pulak. So, plan lain.. tengok baris depan, yes ada sorang awek ni tgh dok layan lagu aku pandang dia aku cakap.. "boleh bagi dia duduk tak, dia nak pitam" awek layan lagu tu pun bangun.. pastu dia tanya "kenapa dia?" laaa tak dengar ke aku kata apa tadi.. so aku cakap la "dia nak pitam"

Awek layan lagu tadi sibuk tanya aku ada minyak cap kapak tak? sudah tentulah tak ada.. lain la kalau si raf, semua pun ada. Awek layan lagu tanya orang depan dia pulak.. akhirnya awek minyak cap kapak menyerahkan minyak cap kapak kepada awek layan lagu dan minyak cap kapak beralih tangan ke budak pitam tu. Settle sapu sana sapu sini, dia pass balik kat awek layan lagu, dan pass semula ke tuannya. Selesai cerita..

Ehhhh.. belum habis lagi, kesimpulannya takde. Kesimpulan awek pitam tadi takde pun ucapkan terima kasih kepada aku, awek layan lagu dan awek minyak cap kapak. Aku takde la hadap sangat ucapan terima kasih tapi mana pergi kesopanan budak pitam tu. Masa aku pitam dulu, ada la sorang akak offer aku tempat duduk, korang imagine tengah dok tahan sakit aku relak je cakap terima kasih. Ada juga yang tak kasi tempat duduk, tengok aku macam nak telan.. mungkin dia cakap "ala dia boleh tahan lagi tu" tak pun "lagi satu stop je nanti aku kasi la dia duduk" pinggan la kan.. ingat aku sakit jari ke boleh tahan2.. takpe nanti aku nampak korang nak pitam aku tgk pastu aku gelak. buruk dowh perangai.

Oklah tu je nak citer. Bab makan pula. Aku n the geng makan kat alamak tak ingat nama restoran. Tapi restoran ni kalau nak makan sekali sekali boleh la. Tapi yang sentapnya memba aku ni bawak g makan time akhir bulan. Gaji lagi 4 hari. Adoyaiii pokai kejap duit dalam purse. Pelanggan yang datang pun stok2 pakai kot, lipstik merah, rambut karat, makcik2 yang berumur speking english. What that? owh that is nut bottle.. kacang botol, blehh!! :p artis pun ada, aku jumpa wife m.nasir dan kawan2nya.

Lauk pauk memang masakan kampung habis la.

Kerabu pun ada.

Beehoon sup, RM9.. Raf kata sedap

Nasi suku, ayam goreng, kuah daging salai masak lemak dan sayur ubi masak lemak. RM11.30 Dewmandew punya.. sedap, ya pada aku sedap

Koew teow goreng kepunyaan pakcik din. RM9.90

Jemput2 atau cucur badak kata orang, 2 ketul RM1. Sedap garing

Pengat pisang RM5

Nyummmm

Ubi sira anggap je la RM5.. sedap, lama aku tak makan.. susah nak jumpa

nomm nomm nomm

Sebenarnya, ubi sira tu lupa nak bayar.. so anggap je la RM5 tapi aku dah pass duit tu kat memba aku suh g bayar.

Nuffnang Ads