nuffnang ads

February 1, 2011

Keputusan yang Betul

Semalam aku mc, doktor kata aku ada demam+selsema+batuk. Sepatutnya aku balik kuantan hari selasa, tapi aku amik keputusan untuk balik semalam. Aku risau kalau sakit aku makin melarat. So, aku gunakan kudrat selagi ada untuk drive sendirian berhad. Dalam perjalanan aku batuk sampai sakit tekak. Dalam kereta tak payah cakap la penuh dengan tisu.. abis satu kotak.

Sampai rumah, aku dah rasa tak sedap bernafas aku sempat bertahan sampai pukul 1.15 pagi je, lepas tu aku surrender sebab asma semakin kritikal. Macam2 bunyi ada. Aku susah nak nafas, nafas jadi pendek so aku minta mak dan ayah aku hantarkan pagi tu juga tuk sedut oksigen. Lepas sedut oksigen dan 2 jenis ubat lelah dan ubat paru-paru yang berharga RM65 baru rasa lega sket. Boleh tidur dengan nyenyak tapi pukul 7 pagi aku bangun tidur duduk sebab dada aku sesak balik sampai sekarang. Tak selesa la kalau jadi macam ni.. Hope aku cepat sihat!

Malam sebelum aku sesak nafas, makchu aku masak fish and chips. Perrgghh western sedap okeh!











Ikan dori, salad with thousand island dressing dan chips. Thank you makchu

January 29, 2011

Tolong Jangan Demam

Aku tak sihat sejak semalam. Selsema berat. Sebelum tidur dah makan ubat selsema, tahan sakit dan demam. Nak tak nak kena telan juga ubat sebab pagi tadi aku kena hantar si puteh service kat perodua. Aku tak boleh nak tidur, hidung tersumbat. Kalau sebelah je takpe.. kalau rasa nak bernafas lubang hidung kiri, aku tidur mengiring belah kanan dan via versa. Oleh kerana dua lubang hidung aku tersumbat dengan tekak peritnya lagi so solutionnya aku tidur duduk. Tapi tak dapat la jet tidur duduk lama2.. penat!

Tadi aku kena RM481.. full service air wiper pun kena charge RM1.80.. sebab ada sabun je. Aiyoooo pengsannn!! kalau g kedai biasa takde la semahal perodua paling busuk pun RM200-300.. sebab kalau spark plug elok lagi diaorang tak tukar sama juga dengan air filter. Kalau kat perodua aku tak boleh nak tengok dan tanya, ni tuk apa, ni buat apa, tayar ok ke apa ke. Tapi takpe sekali sekala memanjakan puteh di tempat asal. So aku nak kena cancel g krabi.. duit dah menyusut!! Bolehkannnnn GGO??

Beehoon goreng free kat perodua. Terima kasih enchek deng kerana membenarkan saya mengguna pakai psp untuk mengubat kebosanan ketika menunggu kereta siap. Dont worry takde sehelai beehoon atau tauge jatuh di atas permukaan screen psp. Saya jaga bagaikan minyak yang penuh!

Settle je service, aku g makan tengahari dengan makcik aku di Mines. Tetiba rasa nak makan ayam Kenny Rogers. Terharunya makan ayam sedap sangat. Kalau makan kat the mall takde la sesedap ini.

Aku punya, ayam black pepper bahagian dada. Rugi amik peha since harga RM15. Puas hati.

Makcik aku punya, original.

Tu je la aktiviti aku di hari sabtu. Aku mengantuk nak tidur mungkin kesan ubat tadi. So, happy weekend.

Camni la aku tidur duduk :P

January 26, 2011

Makan Mee

Masih gambar lama, makan bersama t.linda dan makcik aku. Nama kedai lupa, tapi kat Alamanda. Kedai ni hanya jual makanan yang berasaskan mee. Enak juga!! Noodle station kalau tak silap aku.





Ini kegemaran aku yang penting ada ayam


Lada belah kanan tu memang meletup!

January 25, 2011

Klappertaart

Tiba-tiba aku teringin nak makan klappertaart air tangan feda, cousin aku dari jakarta. Teringat lagi masa aku sampai airport, benda pertama yang aku dapat adalah klappertaart. Thank you Feda.

Bahan-bahan Klappertaart seperti cheese, almond, custard dan coconut. Untuk hiasan taburkan sedikit cinnamon di atas. Wallaahhh 'a piece of heaven that melts in your mouth' kata feda. Pastu makan time2 panas, sebab klappertaart ni kena simpan dalam peti ais baru terangkat bila makan. Enjoy la gambar2 ni





So, siapa yang nak order, boleh order ngan Feda.. tapi rakyat jelata di Malaysia tak dapat la nak tempah.. sampai kat Malaysia dah tumbuh cendawan.

Nuffnang Ads