nuffnang ads

January 9, 2011

Happy Birthday Lagi

Selamat Harijadi buat diri sendiri, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, disihatkan tubuh badan, dipertemukan jodoh dan tidak berat dari berat sekarang.

Bila mencecah umur 31 ni, aku dah tak kisah sangat dengan peningkatan umur. Sebab aku dah ada pengalaman dengan umur pangkal 3. Dulu ya la, dari pangkal 2 ke pangkal 3, buat aku rasa gugup. Alhamdulillah, aku dipanjangkan umur dan aku akan gunakan peluang ini untuk berubah menjadi lebih baik, bertaubat kepadaNya dan mengelokkan ibadatku kehadratNya.

Semoga aku lebih rasa bertanggungjawab, tidak busuk hati, mengubah mood aku yang tak konsisten kepada lebih gembira dan extra extra..

Bila dah berusia ni, aku semakin malas fikir pasal jodoh, serius itu perasaan aku sekarang. Bukan kerana berputus asa, tapi makin lama aku semakin selesa dengan diri aku sendiri. Tapi kalau jodoh depan mata of coz la aku tak tolak. Sebab dah terbiasa hidup seorang, berdikari menjadikan aku rimas dengan orang yang memberi arahan itu dan ini kecuali lead aku la.. dia kes lain. Dia tak suruh aku masak dan iron baju tapi dia suruh aku buat coding je. Tapi apa2 pun aku tetap berusaha untuk mencari jodoh dan kali ini aku mencari orang yang lebih realistik dan basic.

Sekarang yang menjadi kepentingan dalam hidup aku, mencari rezeki yang lebih baik dan beli rumah. Itu pencapaian yang perlu aku titik beratkan bermula dari hari ini.

Yayyyyyyy, aku dah 31 tahun.. happy birthday

p/s: tiada sebiji kek atau sepotong kek sempena harijadi aku, sebab aku rasa bersalah kalau makan benda2 manis. Diet punya pasal.

January 7, 2011

Masalah Besar Punya

Dengan ini, saya berjanji tidak akan mengulangi kesilapan terlampau yang banyak menyusahkan semua pihak dan tidak akan membuat sebarang kerja yang berkaitan menolak duit orang. Selain itu juga, saya tidak akan membuat sebarang update dan insert ke dalam database. Saya hanya akan buat select sahaja.

yang benar,
dewman

Tengok la gambar permandangan kl.. aku penat mengira duit orang, sampai berpinar mata. Kesimpulannya aku dah pandai sifir 13




Esok bowling, hadiah RM200.. fuhhh boleh ke?

January 4, 2011

Hadiah Besar

Lokasi: Dalam kereta
Bersama: Bonda, Ayahanda, adikanda dan aku

Aku teman mereka beli baju kemeja putih dan tie tuk adik aku. Alang2 kat mall, aku suruh ayahanda aku beli seluar dan kemeja sempena hadiah belated birthday. Dalam perjalanan nak balik rumah...

Bonda: Setiap tahun dapat hadiah dari anak2.. birthday kaklong nanti, papa kena beli hadiah besar la
Aku: iphone, ipad (dalam hati)
Ayahanda: A ahkan.. ya la nanti papa belikan kaklong basikal
Lelain: Gelak2
Aku: Ok gak tu tapi taknak basikal boleh gerak bagi je basikal senaman tu.. beli yang boleh baca nadi terus. Takashima pun boleh!!

So, kesimpulan.. bapak aku masih belum berputus asa untuk melihat anaknya untuk mengecilkan badannya.

Azam tahun 2011, aku taknak kurus dah, aku cuma taknak gemuk dari saiz sekarang. Kan sheleqkannn!!

Malamnya kami pergi makan di Horizon, Kuantan. Aku tempah meja siap2 sekali dengan menu apa nak makan, sampai je terus makan. Senang bukan? Tak perlu nak tunggu depa masak


Ayam masak Horizon, terbaik

Siew pak choy masak oyster sos

Tomyam putih seafood

Siakap masak stem halia

Claypot beancurd

Ikan patin buah masak tempoyak, singgah makan kat rnr temerloh harga RM12 sekeping.

January 1, 2011

2011

Selamat Tahun Baru.

Aku suka bertanya, kenapa perlu count down di Dataran Merdeka? Solat hajat je tak boleh ke? Baguskan ajak ramai2 ke masjid dari ramai2 berhimpit lelaki perempuan hanya utk count down dan berhibur. Nak meraikan apa? Pelancong? Merasai bagaimana suasana count down di Malaysia. Budaya mana count down ni? Atau semata2 nak tengok bunga api? Orang tua2 kata bakar duit? Bazirkan? Ish makin tua makin keliru.. :P

Semoga tahun 2011 adalah permulaan baru untuk kita semua berjaya. Azam tahun ni? Aku ada post sempena tahun baru Awal Muharram.

Nuffnang Ads