nuffnang ads

December 9, 2010

Kerabu Kacang Botol

Mari belajar memasak bersama dewman. Eh, bukan aku yang buat tapi makchu aku. Dia memang terror masak ya. Ko nak makan apa cakap je. Dia buat! Siapa2 yang rasa nak buat jamuan ke, party ke, boleh la tempah ngan makchu aku ni.







Dah siap, apa lagi makan ngan nasi panas la.. Nomm Nomm Nomm

December 6, 2010

Salam Maal Hijrah

Sejak dua menjak ni aku agak down. Fikiran, jiwa, perasaan dan seangkatan dengannya sangat kacau bilau. Pandai setan buat kerjakan! Sempena tahun baru ini, aku berazam untuk memajukan diri, yakin, cekal, kuat, bersemangat, tidak mudah putus asa, comel, senantiasa tampak muda, kurus, PENAT! tiap2 tahun pun azam yang sama, menjadi anak yang solehah, berusaha lebih untuk mendapatkan jodoh.. NON ADO.. baca balik NON ADO.. i single and available.. usaha apa? memperluaskan jajahan pencarian jodoh, mungkin tukar kerja, mungkin juga merajinkan diri turun makan tengahari, dan mandi bunga. Insyallah, aku akan berusaha ke arah kebaikkan.

Aku juga bekerja pada hari orang lain seronok bercuti dan merehatkan diri. Aku di opis melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pekerja yang berdedikasi, MUNTAH! tapi memang aku rajin.. chewahh!! tapi malas tu tetap ada.. Agak moody sedikit hari ini. Entah mengapa? Hari testing application di server baru. Laju weiiii berdezzzuupppp!!

Ok, selamat malam

Permandangan batu yang ditemani burung2 yang berterbang selepas hujan lebat semalam.

Akhirnya Keluar Juga

Akhirnya aku keluar juga dari rumah ke maidin bersama t.linda dan jojet. Gembira walaupun hanya ke maidin. Boleh cuci mata, exercise tangan, kaki dan nafsu membeli. Masing2 sibuk berbelanja macam tiada lagi hari esok. Seawal 9.40 pagi, aku gerak ke maidin, ramainya orang di sana bersama anak2. Sampai je maidin, tempat pertama yang dituju sudah tentu la tempat makan. Sebelum belanja, kita belanja perut dulu.

Kedai yati ayam percik.

Lauk pauk di pagi hari

Pilihan aku, nasi kerabu bersama ayam percik

Boleh tahan la sedapnya.. ini bukan breakfast lite2, tapi ini mencekikkedarah

Selingan, memanjakan kaki dan tangan. Ini adalah kali pertama aku cuba. Kesimpulannya abis kulit aku kering. RM70 pedicure dan manicure

December 1, 2010

Permandangan Batu Bata

Bila aku tengok awan kat luar cantik dengan gembiranya aku akan tembak. Aku guna handphone dan semenjak aku pegang kamera compact bapak aku, maka aku gunakan dengan sebaik mungkin. Banyak2 gambar, aku belum berkesempatan tembak pelangi atau belon warna warni sesat kat atas. Maybe one day, takpun aku sendiri lepaskan belon. :)











Gambar waktu malam akan diusahakan memandangkan gambar yang menggunakan hp 3.2mp tidak memuaskan. Gambar pecah..

Nuffnang Ads