nuffnang ads

September 15, 2010

Posing Time

Gambar ni di ambil selepas beraya di rumah saudara mara, cam ramai je kan padahal satu umah je yang satu lagi tu takde g beraya. So, posing la kejap kat depan umah sebelum tukar baju kelawar sambil makan tart nenas depan t.v.

Dari kiri tu makcik aku, pastu adik laki aku, yang besar, comel tu aku dan yang posing senget tu mak aku..

Comelkan akuuuu.. hahahaha!! berangan..

Laksa tokteh.. terbaikkk!!

motif apakah ini? gara2 tgk citer lagenda budak setan. Ala time si kahshah amik gambar si lisa tu.. kan ada tutup2 muka. Maka inilah hasilnya.. cousin aku, si nina dan awek hot keramat.

Posing di hari raya ke-tiga.. lepas ziarah kubur arwah atuk dan moyang.

Lepas tu apa lagiiii.. melantak roti canai laa!!

Yang ni takde kena mengena ngan raya, tapi nak citer gak. lampu tomyam ni aku beli time kahwin sharna 2008.. baru sekarang nak pakai..

September 14, 2010

Melantak Time

Alhamdulillah, aku selamat sampai di kl semula. Jalan tak jem pun sebab pepagi lagi aku dah pecut. Aku lebih suka pergi kerja dari balik kuantan ikut lebuhraya. Kalau kat lebuhraya automatik aku pecut ngam2 110km sejam kalau naik pun sket je 120km sejam.. tapi kalau g kerja paling laju pun 150km sejam. haihhhh!! penat tul bawa keta kat lebuhraya pantai timur ni.. main turap je.. berbonjol2.. tak rata langsung.

Kita mulakan dengan menjamu mata lauk pauk di hari raya. Hanya tinggal pulut palas dan rendang sahaja di rumah. Itu pun dah tak banyak. Kira tak membazir sangat la tahun ni.

Ketupat, bapak aku rebus. Aku tolong letak garam je.

Sotong sambal yang sangat merbelos

Rendang daging ala minang.

Lodeh

Ayam masak kuzi.. bukan daging kuzi dalam gila2 remaja tu.

Ya, apa lagi time mencekikkedarah la.

Semua biskut adalah buatan orang kampung aku di batu pahat. Sedap!

September 10, 2010

Mercun Time

Bukan mercun aku, tapi kawan adik aku yang bagi. Dia juga yang bakarkan. Semuanya 16 das, abaikan suara aku di belakang.. tetiba aku takut mata terkena api! Enjoyyyy

September 9, 2010

Hari Terakhir Ramadhan

Sedih.. itu je yang mampu aku luahkan. Semoga dipertemukan lagi bulan ramadhan di tahun hadapan. Esok dah nak raya. Persiapan raya dah buat. Hanya tinggal masak2 je. Lauk raya sangat meriah seperti tahun2 lepas. Seperti biasa makayah aku yang masak. Aku hanya tolong kacau, tolong blend, tolong kupas bawang, kemas2 dapur dan banyak lagi la yang aku buat cuma aku tak masak je.

Lauk Raya..

1. Rendang daging ala minang (mak aku masak)
2. Ayam masak kuzi (mak aku juga masak, aku goreng ayam je)
3. Sotong masak sambal (Kekadang mak aku kekadang bapak aku)
4. Ketupat daun ya bukan segera (tahun ni bapak aku beli je sarung.. kat kuantan mahal ya sebiji RM0.50, kat kl RM0.40)
5. Pulut palas.. beli je kat pasar sebiji RM0.45
6. Kuah kacang (mak aku lagi yang masak)
7. Lodeh (mak aku jugaaaaaaa, aku tukang potong2 sayur je)

Sebelum menutup tirai ramadhan, seperti biasa aku nak upload juadah berbuka puasa.

Berbuka Hari Keduapuluhenam

Berbuka puasa di warung dusun, bangi bersama ahli2 GGO. First time makan sup gearbox si nyah kenanga yang order. Tapi tak habis.. Tengok kiri kanan semua licin.. yang kami punya banyak lagi lemak. Biasa la tak pandai nak makan.

Berbuka Hari Keduapuluhtujuh

Alamak aku lupa tanya t.linda nama juadah ni yang berintikan daging.

Nomm Nomm Nomm

Nasi goreng ikan masin.

Berbuka Hari Keduapuluhlapan

Aku goreng ayam popcorn.

Nasi goreng sedap air tangan t.linda.

Mee kari air tangan t.linda. Terima kasih t.linda sebab rajin memberi makanan tuk berbuka. T.linda memang baik hati, pandai masak. Ok, ni memang ayat bodek sebab aku dah lama teringin nak makan ayam rose mary.. sampai laaa ni masih belum lagi.

Berbuka Hari Keduapuluhsembilan

Mak aku masak bawal tiga rasa dan labu masak lemak kuning. Yang lelain bapak aku beli sotong masak kunyit dan udang goreng. Adik aku lak beli murtabak, seri muka, puding telur dan a.b.c/cendol mustapa.

Berbuka Hari Ketigapuluh

Tak tau nak makan apa. Mak aku malas masak, aku lagi la malaskan. Nak masuk dapur pun dah malas. hahaha!! Kebetulan adik aku yang nombor tiga kat luar beli barang. So, dia je la decide nak makan apa. Kalau boleh aku nak makan nasi beriani je.

Akhir kata, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin. Aku nak minta maaf sekiranya ada terkasar bahasa, terkutuk, terguris hati kamu semua dan ter2 semua la. Semoga happy di hari esok. Take care n jom melantakkkkkkkkk!!

Nuffnang Ads