nuffnang ads

August 22, 2010

Berbuka di Opis

Activity of the year "Berbuka puasa dengan budak2 opis di opis". Macam sedih je bunyinya. "overtime, tak sempat nak balik rumah terpaksa berbuka puasa di opis makan satu, atau dua biji kurma dengan air kosong atau maybe seketul dua kuih muih" Tapi hakikatnya tidak begitu ya.. memang tiap2 tahun kami merancang untuk berbuka di opis. Bukan 4..5 orang je yang join tapi 12 orang. Tak ke meriah tu. Seronok juga sekali sekala buat aktiviti macam ni.. boleh mengeratkan lagi silaturahim antara kami semua. chewahhh!!

Seawal pukul 2.30 petang, aku dah ikut amsyah ke bazar ramadan. Sebelum tu singgah sebentar di gerai bubur lambuk pak hassan depan unikl. Ramai yang beratur membeli. Aku pun terjebak beli nak rasa apa yang sedap sangat bubur nieh.

Kemudian kami pun menuju ke bazar ramadan di raja alang.. sempat la membeli sebarang lima jenis kuih.. dan juga ayam percik yang aku ceritakan sebelum ini. Oleh kerana pergi awal sangat, maka tak banyak gerai yang buka lagi.. Mak buyung di opis ada kirim putu piring.. kat raja alang takde, kami ke raja alang tambahan pula.. masih juga tak ada.. kami ke bazar kampung baru pula.. hampa tiada putu piring tuk baby mu itu. melelehlaaa air liur baby u tu nanti.. kempunan, hehehe! Harga juga berpatutan tapi kebanyakkan yang berniaga orang-orang dari seberang. Merasa la masakan jawa, minang, bugis ke apa ke! bedal, habis juga..

Hari Kelapan Berbuka

Burger Mini Malaysia.

Murtabak RM1.50 sekeping.

Tepung Pelita, satu kotak RM3

Popia Basah RM8, 12 gulung

Popia Goreng 3 gulung RM1

Cara Manis 3 biji RM1

Main dish, KFC

Makan, Makan dan Makan

Hari Ketujuh Berbuka

Aku berbuka puasa di rumah bersama makcik kesayangan aku. Tak masak pun memandangkan t.linda hantar beehoon goreng sehari sebelum tu. Takkan nak makan beehoon je kan, so, aku beli la murtabak ayam kat tempat kerja dan kirim ayam percik kat amsyah.


Terima kasih t.linda.. malam tadi pun t.linda bagi beehonn goreng lagi.. nasi goreng sedap bila lak? :P


Harga RM2, rasa.. ok laaaa!!


Recommeded sangat!! dah la murah RM2.50, besar lak tu.. kuah kacang pun sedap!!


Nomm Nomm Nomm, hari ke 9 pun aku beli lagi.. kat mana? nanti aku citer!!

Alhamdulillah rezeki hari ke tujuh.. pagi ni nak bersahur kat mcd.. weeehooo!!

August 19, 2010

Bila Garang Baru Ingat

Huraikan tajuk di atas tidak melebihi 100 patah perkataan.

Sekian..

Ok, ok, aku huraikan.. aku nak cerita pasal zaman sekolah. Mengenai apa? Ya, mengenai cikgu sekolah yang paling aku ingat sampai sekarang. Cikgu-cikgu yang baik ni, aku tak berapa nak ingat. Tapi, kalau tahap panggil kat depan pun boleh tercirit dalam seluar, memang aku ingat.

1. Cikgu Ayam
Aku tak tahu kenapa dipanggil cikgu ayam. Mr. Wong namanya. Cikgu Wong ni ngajar math, memang tidak dinafikan cara dia ngajar tu bagus, tapi garang sangat! Dulu aku kelas ngan budak2 cina, diaorangkan memang terror math so aku takde la takut sangat!! hah, berangan la depa semua, semua pun takut ngan cikgu Wong.. yang nangis pun ada ok! Cikgu Wong ni suka suh budak2 jawab soalan kat depan. kalau salahhhhhhh dia baling kapur.. perkataan bodoh, lembab tu dah biasa bagi dia. Pernah sekali dia baling duster kat kepala budak.. mau tak nangis!

2. Ustaz Hashim
Bekas seorang askar. Suka buat nota kecik dan distribute pada kami semua. Ala-ala buku zine underground scene, tapi zine ni berbentuk ilmiah penuh dengan doa, cara solat, zikir dan sebagainya. Rotan dah jadi salah satu alatan wajib di bawa ke mana2. Kena rotan tu perkara biasa, bukan rotan manja, ni sekali rotan berbalar tapak tangan. Takde lak aku nak ngadu kat mak, takut nanti di tambah dengan batang penyapu lak kat punggung. So senyapkan je, kalau citer pun, aku rasa mak aku mesti kasi hadiah kat ustaz tanda terima kasih kerana mengajar aku. Tapi aku suka kalau kena denda, duduk tepi longkang pastu kaki dalam longkang sambil menulis.

3. Cikgu Gaban
Nama aku tak ingat sangat. Kenapa gaban? sebab dia suka pakai tudung labuh warna hitam. Memang takde color lain selain hitam dengan spec matanya yang besar. Cikgu Gaban ajar geografi, dia takde la garang sangat.. sket tu ada la.. denda2 biasa je.. Mungkin sebab di gelar Gaban menyebabkan aku ingat cikgu ni.

Nie je yang aku ingat. Tapi segarang2 meraka.. banyak ilmu yang aku dapat. Contohnya, ustaz hashim.. at least aku tahu zikir lepas solat! aku masih ada lagi zine doa2 tu kat umah. Para pendidik di luar sana, terima kasih tak terhingga aku ucapkan kerna penat lelah mengajar aku sehingga menjadi orang yang berguna. Tidak lupa juga buat enchek deng dan rafi yang juga byk memberi tunjuk ajar dalam programming sampai aku dah jadi tepu dan malas. Ops termengaku pula. Tidak lupa juga, terima kasih buat abg polis.. eh nak jugaaakkk!! fengsannn..

Nextttt.. gambar makanan pula!

Hari Keenam Berbuka
Hari memanaskan lauk pauk lebihan dalam peti ais sedunia. Beehoon sup, spegeti bolonise, nasi tomato dan satu juadah terbaru, jemput2 ikan bilis air tangan t.linda. Dengar macam banyakkan aku melantak, tapi percaya la semuanya dalam kuantiti sedikit. Dapat la 5..6 suap kecuali spegeti banyak suap.


Lauk pauk yang dah dipanaskan.


Spegeti bolonise.. Nomm Nomm Nomm.. sorry la mangkuk tu kotor sebab 2nd amik.


Jemput2 ikan bilis.


Nomm Nomm Nomm

August 16, 2010

Juadah Berbuka Lagi

Bulan puasa ni, aku tetap nak upload gambar makanan, hehehehe! :)

Hari Keempat Berbuka
Berbuka di Restoran Nasi Beriani Gam Johor di area Seri Kembangan. Not bad at all walaupun aku kena tunggu agak lama. Nasib baik aku ni penyabar orangnya. Nasi sikit je, maybe dia tau aku tgh diet. kononnnnnnnn!!

Nasi Beriani Kambeng (RM9.00++)

Seperti biasa, menu aku tetap ayam bahagian dada ya.. (RM8.00++)

Hari Kelima Berbuka
Berbuka di rumah sahaja. Makcik aku masak sayur dan juga resepi terbaru yang aku sendiri tak tau nak bagi nama apa. Makan bersama nasi tomato, air tangan t.linda yang dah terperap dalam peti ais sehari.

Sayur goreng. Di hias dengan lada benggala pemberian ammar. Sebulan dah lada tu dalam peti ais, akhirnya habis juga.

Resepi terbaru. Aku berikan nama 'Acar Tomato Makcik'.. sedap, rasa masam2 sket.. kalau pekena dengan ikan bakar.. perrgghh meleleh.

Dua lauk baru.. alhamdulillah rezeki

Nuffnang Ads