nuffnang ads

January 8, 2010

Menghitung hari terakhir


Tinggal sehari je lagi..
takde la sehari, tapi dah setengah hari.. lagi 9 jam je.

Semalam aku jumpa parents aku di Swiss Garden dah seminggu sebenarnya mereka di KL tapi baru semalam aku berkesempatan jumpa. Alang2 mereka pun celebrate la birthday in advance di hotel. Bapak aku tak tau nak g mana konsep malas nak jalan so dinner je la kat restoran hotel.


Tempat yang dituju.. kami pilih menu ala carte je, malas nak berbuffet2 memandangkan aku tengah diet ketat.. chewahhhh!! korang percaya laaa aku diet..


Nasi goreng kampung bertahtakan telur mata kerbau seketul, bersisikan satay ayam dan dihiaskan dengan sayur-sayuran mentah. Sedap okey!! ayam berketul2 harga pun berketul2 laaa.. aku suap 2 sudu je, kang bapak aku marah makan banyak2.


Fav food mak aku, beehoon kongfu.. memang marvelos, penuh dengan ayam dan udang 3 ketul.. jadi la kannn!! dan makan bersama cili padi jeruk.. fuhhhhh!! lazat juga dan tukang habiskan makanan.


Ya dan inilah dinner pilihan aku, grill chicken bersama puluhan jejari kentang dan beberapa ketul sayur-sayuran. not recommended sebab tak terasa sangat black papernya.. tapi boleh laaa sedap juga.. so diet tak makanan aku? hahahaha

Lepas makan sudah pastilah masa untuk menyampaikan ucapan dan pesanan utk bday girl.. bday girl tak sesuai ok, wanita bekerjaya comel cantik meletop dan diva equine. Jijon bagi i merasa jadi diva equine sekali je sempena umur i 30han.

mama: ni dah masuk 30, semayang tu jangan la tinggal.. kat opis tu semayang jgn lupa. Ouuuccchhhh bagaikan tertusuk paku, kayu dan segala macam benda yang tajam ke dada aku.
aku: baik ma. (ya, ini benda pertama yang aku nak ubah selama ini.. mencari keredhaan Allah)
mama: kaklong taknak sambung study ke?
aku: nak!
mama: kat mana?
aku: UITM je la.. senang dekat, mama nak sponsor ke?
mama: insyallah, taknak belajar kat luar negara?
aku: terkedu!! tgk la dulu.

nasib baik mereka tak tanya bila nak kahwin, kalau tanya, time tu juga aku akan menangis bercucuran air mata dan meratap macam orang kehilangan suami. hahaha!! amboi mentang2 la sponsor nak hantar jauh terus. aku memang teringin nak ke uk, jepun ke, australia ke.. nak start tu malas.. GGO jom sambung study!!

January 7, 2010

Menghitung hari 4


tinggal lagi 2 hari.. (sila jangan muntah dengan gaya penulisan aku)

Bagi memenuhi permintaan si wanita jelitew di equine park yang ada iras abg Fatine Ar Bukbukit Pelesu, iaitu menyenaraikan pengalaman pahit manis selama 9 tahun lepas.. mari kita mulakan.

2000

  • Belajar di IKIP kuantan yang kolejnya terletak di depan pantai feeling2 berada di alam baywatch melihat abg2 berdada besar dan berketul2 diperutnya dan yang paling penting aset yang cantik seperti ‘rain’ berlari2 mengejar aku.. eh silap mengejar mangsa yang pura2 kelemasan iaitu aku eh silap yang lemas di dalam laut. Kalau si jijon, dia kelemasan dirangkul abg baywatch.
2001

  • Masih lagi bergelumang dengan buku dan ilmu. Makin lama makin malas nak buat coding.. memang hancus CGPA aku time tu.
  • Semester kedua, aku duduk rumah parents. Ala dekat je pun. Kalau malas aku naik la bas kolej yang lalu depan umah. Selama belajar takde la pulak aku terima surat rahsia ke, surat dari admirer ke, surat ugut suh kawin ngan dia ke, surat suh jangan dekat ngan boifren dia ke hatta surat cakap aku lawa pun takde.
2002

  • Oleh kerana aku malas belajar n suka main2 je, aku pun extend la lagi satu tahun.. 4 tahun uolll dah macam amik jurusan kedoktoran..
  • memandangkan aku nie rajin chatting sejak tahun 1997 (time SPM pun nak chatting, amik kaw BM hancur) aku ada la mengedate dengan jejaka tempang, jejaka besar, jejaka ensem, jejaka berhidung belang dan sebagainya.
  • One fine day, aku ngan kawan ada blind date ngan sorang mamat nie. Mamat ni kata muka dia macam badrul muhayat.. time tu kira femes la si badrul nie. So utk memastikan muka dia cam badrul, memba aku pun g la usha naik speda. Pastu sampai umah dia gelak2, dia cakap takde pun cam badrul cam godzila ada la. Mamat tu tak puas hati napa kami tak jumpa dia. Amik ko kecik2 dah pandai pilih bulu.
2003

  • Lepas konvo aku dapat kerja kat Ampang sebagai IT Admin. Kerja ni pun budak chatting merangkap boifren aku yang ke-2 yang tolong carikan. Lepas interview, boifren aku nie bagitau yang bos aku tu mempunyai seorang wife yang sangat cemburu. Aku diterima pun sebab aku ada boifren. Haiyoooo dah tua la bos aku tu, harap kaya je. Aku satu tempat kerja ngan boifren aku. Dia jawatan 3D animator.
  • Time tu aku underground so suka la boifren suar pendek selekeh pastu rambut panjang n ada janggut. Tapi sekarang pun tetap suka orang2 camtu.
  • Last gig aku pergi pun kat teratak dangdut, yang perform sudah tentula disagree pastu mother of land.. n tah sapa2 lagi la aku tak ingat.
  • Aku sambung belajar sebab nak buktikan kepada dunia yang aku boleh berjaya dalam hidup. Dan bermula la titik permulaan aku sebagai seorang pelajar yang tercampak di shah alam. Kolej je uoll bukan uitm.
  • Orang pertama yang tegur aku sudah tentulah Fairuz yang agak tomboy orangnya dan friendship ini kekal sehingga sekarang.
  • Time ni aku kenal la si vince, jam, pastin, si mahadi a.k.a mimi, jijon, sanflower dan si mucab tu aku tak kenal sangat.. yang aku tau dia ada nyanyi2 kat pentas kolej. :P
2004

  • Hazab duduk kat asrama kolej.
  • Reka bentuk macam bangunan kedai.
  • Bilik air jauh.
  • Naik tangga.
  • Carpet bau busuk sebab pengaliran udara yang di support hanya satu tingkap sahaja.
  • Tempat nak sidai baju pun takde. Sidai baju kat corridor je.
  • Rajin masuk libaray, merasa la dekan 2 kali.
2005

  • Belajar dan terus belajar. Time ni kurus sket dari sekarang akibat berjalan kaki dari apartment perdana ke kelas. kekadang jer naik cab yang dikongsi beramai2.
  • dah pandai keluar malam balik pagi. budak umah sok sek sok sek dengan kawan aku mereka cakap aku nie selalu balik pagi. at last diaorang terkantoi dah la balik pagi pastu boleh la amik gambar dalam hotel.. opsss apakah?
  • tgh gile ulang tayang citer full house.. korean! i love rain
2006
  • Tengah sibuk dengan word processor. Sampai kami dah give up. Nak tukar tajuk tapi di ugut oleh supervisor nanti dia failed kan pastu kena extend. so terpaksa la tanpa rela utk siapkan.
  • Malas lepak kat kolej lepas kelas. terus ke rumah tidur.
  • gara2 jawi, dah tidur boleh bangun balik. tetiba dapat ilham dalam tido. giler!
2007

  • Presentation final project yang jahanam tu.
  • So pas final project.. aku, jijon dan sunflower diterima praktikal di pelssb klcc. Time ni no wonder la kalau tgk aku bermekap bagai, nak chantek kan nak usha pakwe2 petronas. Tapi non ado semua sudah dirampas sama nyah jijon. Kata jijon semuanya gayah. Habis yang straight kat mana, masjid jamid kah? Atau di chow kit?
  • Aku juga sudah berkereta nama beliau puteh.
  • Aku juga ada boifren tapi hansap bodoh bangang asyik nak pinjam duit je, pastu nak pinjam keta.. terus aku ceraikan sebab sangat menderita... hahahahaha!!
2008

  • Bermulalah kerjaya aku sebagai marketing coordinator. Hazab mula2 masuk kerja.. nak kena call up beribu2 orang utk clean up database. Tapi seronok, aku suka join event. Boleh jalan2, boleh jumpa orang baru dan yang paling seronok dapat hadiah dari setiap booth.
  • Budak opis yang aku baik sampai sekarang adalah si sheleq.. hehehe jom leq kurus sesama!
  • Pastu aku dapat kerja kat mimos, kontrak 3 bulan sebagai programmer
  • Pastu aku kerja kat bangi juga sebagai programmer.
  • GGO club ditubuhkan memandangkan masing2 suka bergossip time kerja bertambah la kawan aku si sazz dan si kantan.
2009

  • Lagi sekali aku tukar kerja, kali ni di puchong pula juga sebagai programmer. Dan akhir sekali tercampak la aku di tempat kerja sekarang dah setahun lebih aku kat sini. Mana taknya dah berhenti masuk balik siap ada farewell party hadiah bagai. Tapi setiaaaa lagi. Aku nak korek ilmu sedikit demi sedikit dari bos aku ngan budak depan meja aku si raf. Sila tunjuk ajar ya!!
Harapan tahun ini 2010
9.01.2010 genap la aku 30 tahun. Walaupun aku dah bekerja, dah boleh beli itu beli ini tanpa bantuan orang lain, tapi bila tgk orang lain dah ada suami dah ada anak, serba sedikit aku akan jadi down!! Aku belum puas dengan apa yang aku ada, ada duit ada kereta itu tidak cukup buat aku. Hah kaw tetiba emo kenapa? Period ke?
So harapan aku semoga aku akan dipertemukan jodoh, akan lebih Berjaya, nak bertaubat, nak tuntut ilmu dunia dan akhirat. Pendek kata aku nak berubah sedikit demi sedikit.

Banyak sebenarnya yang dah berlaku selama 9 tahun. tapi ni je yang aku ingat!!

January 6, 2010

Menghitung hari 3

Tinggal lagi 3 hari..

Senarai persediaan untuk melangkah ke alam dewasa yang lebih mencabar:
  1. Benda pertama aku nak buat, aku nak tegur cucian mata aku kat dalam train, hahahahaha!!
  2. Nak kurus juga walaupun dah cuba bertahun2.. pls dont give up!! ggo pasni kalau nak buat makan2 sila pastikan ada salad bertahtakan ayam popcorn kfc tuk aku ya.. kenduri kahwin miss HSM, sila sediakan aku nasi kurang kanji dan lauk pauk kurang lemak. :P
  3. Nak betulkan kereta, nak tinggikan balik, nak tukar tayar.. i need more money kechinggg!!
  4. Berbudi dan berbakti kepada bonda dan ayahanda. Jasa mereka tidak terbayar, kasih mereka kekal hingga ke syurga.
  5. Nak berkawan seramai yang boleh, tapi kawan yang menyenangkan dan bukan yang menyusahkan dan menyusutkan duit aku.
  6. Bekerja dan bekerja dengan bersungguh2 sehingga ke titisan darah terakhir.. chewahh muntah aku dengar!! jap lagi nak facebuking pastu nak masak2 pastu nak lawan2 ngan mafia nama raficyber
  7. start balik mengumpul uang, utk beli rumah dan pergi haji.. kalau ada suami aku tetap nak kumpul sebab nak beli baju, emas, iphone 10gssexge10.10, hahahahaha!!
  8. Akan dipikirkan kemudian.. byk lagi nak disenaraikan tapi tak mampu nak berfikir.
  9. Eh jap, ada tertinggal lagi satu.. mencari calon suami.. aminnn!!

January 5, 2010

Menghitung hari 2


Lagi 4 hari..
bak kata orang-orang kebiasaan
'ala nombor je, kenapa ko nak kisah sangat yang penting happy.. ko pun bukannya nampak tua.. muda comel baik hati lawa ayu meletop marvelos'
ya ya itu aku.. hahahaha

Nuffnang Ads