nuffnang ads
April 6, 2009
Sesak
Dalam komuter, aku terasa dua bonjolan sedang bergesel dibelakang badanku. Resah gelisah aku di buatnya, keluarkan aku dari sini dengan kadar segera. Cepattttttt tak tahannnn!!! :P
Meningkatkan kemahiran membaca dalam bahasa Melayu
Gambar 19.1: Menguatkan lagi penguasaan bahasa melayu aku :)Setelah beberapa belas minit mencari bersama dua orang jurujual, akhirnya aku telah berjaya membeli buku ini. Rupanya ia terletak di sudut bacaan umum dah berada di rak yang terakhir. Dan setiap kali aku bertanya "saya mencari buku dua lauk." jurujual "adake? dua lauk? buku apa? masakan ke?" sambil tersenyum kambing. Mereka ingat aku main2 agaknya!! Pada mulanya aku hanya ingin membeli dua lauk sahaja, tapi terbeli juga kasut biru rubina. Bahasa yang agak pelik dan aku perlu memahami dengan lebih mendalam kerna aku tahu, aku tidak berapa bagus dalam mengarang. Ada juga perkataan2 yang belum pernah aku dengar, dan aku perlu menggoogle maksud setiap perkataan itu. Aku suka yang ini..
Campur
Taf Teh
Aku campur kau.
Bertemu.
Dalam sirah fiksyenku.
Atas kanvas abstrak mu.
Taburkan beras kunyit atas pelamin.
Supaya malam ini.
Aku campur kau.
Hanya satu
*Kalaulah aku pandai menggabungkan setiap perkataan, sudah tentu ia menjadi satu puisi yang indah. tapi ia cuma kalaulah bukan betul2 pun. huhuhu

April 4, 2009
Lepak di pantai
April 2, 2009
Tamat Cerita di Bali
Gambar 17.1: Tamatnya kisah percutian seorang wanita di Bali.Setelah beberapa entry di negara orang, maka berakhirlah kisah suka duka, pahit maung dan tawa ria di Bali. Kesimpulannya, kira best la juga ke sana. Walaupun aku mempunyai memori hitam dikejar anjing di Malaysia akan tetapi anjing2 di Bali sangat berpelajaran. Tiada kedengaran suara anjing menyalak dan adegan kejar mengejar dengan manusia. Tidak sekali pun. Kalau di Malaysia, lalu sahaja sudah menyalak, sudah marah, seakan2 ada perasaan benci bila lalu di depan ia. Merasakan diri ia, tidak selamat dan berpikiran manusia akan berbaik dengan tuannya dan menghasut tuannya utk membuang anjing peliharaanya. Ya aku tau, aku sudah mengarut.
Tempat yang aku gagal total untuk melawat ialah Tanah Lot dan kuil di tepi pantai, Uluwatu. Selain itu, pastikan bila di sana, naik la taksi Blue Bird kerana ia menggunakan meter. Ini kerana, aku dan 3 lagi adikku ditipu sama supir taksi. Adikku tanya 'berapa?' Supir diam. Aku dah keluarkan note 50,000 rupi tapi aku kaku, suasana menjadi sunyi. Adikku pun membayar. Setelah keluar, rupanya adikku telah memberi 160,000 rupi bersamaan RM50++ duit Malaysia. Padahal mengikut kata Wanan, supir yang membawa kami jalan2, bayaran hanya sekitar bawah 20,000 rupi. So lain kali perlulah berhati2. Mandrem supir tersebut sudah menular ke atas kami semua.
So, aku akan ke sana lagi utk ke Tanah Lot dan Uluwatu dan shopping sahaja dan selepas ini aku akan diiringi tourist guide.
Sekian.

Subscribe to:
Comments (Atom)