nuffnang ads

February 23, 2016

Middle East - 20 Days


Dubai - Jordan - Iran - Abu Dhabi

December 18, 2015

Doodle Kucing Lagi

Sejak aku terjebak berniaga makanan ni, aku dah jarang sangat melukis. Pagi masak, time lunch delivery balik dah penat, malam prepare lagi tuk esoknya. Jarang2 melukis tapi siap juga satu doodle untuk katniss cafe. Owner nak buat galeri dalam cafe tu. Ada la 3..4 keping lagi lukisan doodle diaorang beli. Alhamdulillah rezeki.

 Ok ke Idok?

Tengok si abang ni, pantang aku kat meja nak melukis, abang sibuk duduk atas lukisan. haihhhhh!!

December 3, 2015

Abang Sado The Stray Cat

Assalamualaikum

Ramai juga yang bertanya keadaan abang sado sekarang. Alhamdulillah dah pulih sepenuhnya.

Kronologi Abang Sado

1. Selepas abang sado dirawat di Jawhari, aku bawa balik dengan keadaan luka yang masih terbuka memandangkan doktor kata luka abang sado akan pulih sepenuhnya, Berapa lama? berbulan2 lamanya. Gambar baris 2 sebelah kiri, aku bawa balik dari Jawhari.

2. Aku tak puas hati sebab sampai bila aku nak jaga abang sado dengan luka yang terbuka tu. So, aku minta pendapat dari Dr. Bhajan pula. Doktor Bhajan cakap luka besar ni tak akan tertutup walaupun dah jaga dan sapu ubat bertahun2.. sebabnya kulit tepi dah bercantum dengan isi.

3. Apa lagi aku tinggalkan abang sado untuk dijahit. Gambar baris 2 belah kanan. Selepas abang kena jahit. Masih mamai, Nampak tak luka kecil sebesar duit sepuluh sen. dr bhajan tak jahit supaya bila abang sado menguap jahitan tak tetas.

4. Bermulalah kehidupan abang dijaga dan dirawat di klinik. Lama la juga tak silap aku dalam 22 hari sehingga jahitan dah elok. Lepas tu aku bawa abang balik rumah dan sapu ubat pada luka yang kecil tu.

5. Lepas tu aku nak ke kl pula ada hal. Nak taknak aku kena hantar abang untuk dijaga. Nak hantar ke bhajan boarding mahal juga. Al maklum duit tak berapa nak cukup selepas rawatan abang dan operation. Aku hantar la ke boarding murah. RM8 sehari dah aku pergi dekat seminggu juga. Aku ada bagi ubat sapu tapi owner boarding kata takpe dia ada ubat lagi bagus iaitu ubat kuning. Aku ok je la.. kononnya nak abang sado cepat baik.

6. Lepas aku amik balik abang sado.. huhuhuhu luka semakin teruk bulu abis kuning. bau luka pun agak busuk juga. Aku hantar la abang ke bhajan. petang tu  juga kena jahit dan bermula la lagi sekali kehidupan abang di klinik.

7. Aku jenguk la juga abang kat klinik, jahitan dah cantik.. 2 hari aku datang haihhhh luka pula sebab abang garu. Sabo je la. Dah kering sket luka tu aku bawa balik jaga.

8. Seminggu juga la aku kurung abang sampai luka tu kering. sekali sekala je aku lepaskan tapi dalam rumah je la. kesian pulak dok terkurung. sehingga la abg melarikan diri dan tak balik rumah. nasib baik la sehari je. dah lapo mesti la balik. lepas tu terus lepak kat rumah tak keluar2 sampai aku paksa abang keluar. kalau buka pintu abang lepak depan pintu je. sebab tu la berat abang semakin menjadi2. makan, tido berjam2, berak, minum, tido, makan camtu la hari2. 

9. tu je la cerita abang.


 Luka dah tumbuh bulu.

pantang aku melukis abang datang baring atas lukisan. huhuhuhu

* last month tangan aku kena minyak panas. parah la juga. kebetulan aku ke klinik bhajan, si louis tanya aku tak jumpa doktor ke? aku cakap takpe selagi aku boleh sapu krim dan minyak tak perlu la ke klinik. louis cakap "kucing you hantar klinik, tapi you takde pergi klinik" aku gelak je la.. duit yang ada nak bayar kucing2 ni la.

August 7, 2015

Abang Sado The Cat

Meh nak citer, minggu lepas ada la stray cat yang datang umah aku. Adik aku nampak muka kucing tu bengkak. Aku sapu la minyak habatus sauda. Takde lak mengerang sakit ke apa. Lepas 2 hari rasanya, nampak kucing tu terbongkang belakang rumah. Kesian, aku bagi la susu dan wet food.. sekali kauuuuu Ya Allah, teruk rupanya bengkak tu. Time tu juga air mata dah menitik2. Sedih sangat2. Mak aku suruh hantar vet.

Time tu dah pukul 7 ptg, of coz la gomen tutup kan. Nak tunggu sehari macam kesian so pergi la klinik Jawhari Medical Center. Doktor kata pipi abang sado ni kena potong untuk mempercepatkan proses heal. Total habis tuk boarding, operation potong dan ubat RM775.

Oleh kerana aku belum kuat mental dan fizikal utk jaga abang sado maka aku tinggalkan dia kat sana. Tinggal kat sana sehari RM40 termasuk boarding dan cuci. Aku bukan orang berada, niaga food kecil2lan je so aku minta tolong dengan kawan2 untuk meringankan kesakitan abg sado. Petang semalam aku dah bayar tuk boarding boleh la bertahan sampai 14hb.

Alhamdulillah, ada juga kawan2 aku yang baik hati. Semoga Allah murahkan rezeki korang semua. Tak terbalas rasanya pengorbanan korang untuk menolong aku.

Abang sado ni perlu jahitan kat pipi tapi sekarang belum fit lagi. Kena tunggu pulih dulu baru boleh proceed. Operation ni aku tak fikir lagi sebab kos cecah RM1k++.

InsyAllah next week aku akan amik dah jaga pula.Ya la RM40 sehari bukan sket, banyak. Jaga abang sado ni komitmen tinggi. Aku ada 2 ekor kucing lagi yang kena jaga. Semoga dipermudahkan.

Terima kasih Ya Allah.

Meh tengok gambar.

 31 Julai 2015
Aku panggil bapak bubu, penyebab ruby bunting. ruby mak pada sasa dan bubu yang aku jaga sekarang. ruby hilang masa hantar g boarding awal tahun ni. tu lagi sedih. malas citer kang nangis. 'Abang sado' gelaran staff Jawhari yang bagi.

 4 Ogos selepas buang kulit mati. Aku datang melawat abang sado nak tengok progress sebelum aku bersedia untuk jaga. tapi tiap kali tengok isi abang sado aku jadi lemah. boleh ke aku jaga dan cuci. sebab tu aku tinggalkan dulu sampai kulit abang sado pulih sket. Aku tengok pun ngeri bergerak2 kulit abg sado.

Sehari selepas buang kulit. Tak bermaya sangat sebab bius.

 Ini poskad yang aku print guna duit niaga ya bukan duit donation. Lukisan aku sendiri. aku buat sebab aku perlu bagi something untuk mereka yang sudi menolong. So now aku jual 4 keping RM5. Duit sales aku jadikan fund untuk abang sado.






Terima kasih ya kawan2 yang sudi membantu. Siapa nak beli dialu2kan.

February 18, 2015

Wak Doyok


Ruby hilang.. sob sob

Sebelum hilang aku kongsi daging berger, sebelum hilang aku marah sebab asyik nak makan je, sebelum hilang aku tidur ngan ia, sebelum hilang aku peluk ia, sebelum hilang ia tinggalkan 2 ekor anak kucing kat aku.

Betapa sedihnya aku bila kehilangan kucing tersayang. Dah la anak2 kucing tu baru 3 minggu. Penat sangat jaga anak2 kucing ni. Ada sekali tu aku nangis sebab penat sangat. kencing berak bukannya pandai lagi apa lagi cuci berak kencing. Tapi disebabkan sayangkan anak2 ruby aku layankan dengan sabar.

Alhamdulillah kucing2 membesar dengan jayanya. Happy tiap kali tengok anak2 ruby melompat sana, terkejar sana, rasa penat pun hilang.

Sejak ruby hilang, aku rajin juga round kawasan tempat hilang tu. hilang pun sebab nak hantar kat hotel kucing. tapi disebabkan kucing aku ni takut dengan orang, tak biasa keluar dari kawasan rumah yang menyebabkan ruby lari lintang pukang sampai aku terjatuh2 la masa nak tangkap.

Semoga ada orang jumpa ruby, jaga dan sayang ruby macam aku, kalau berkeliaran pun semoga senang ruby cari makan, ada tempat perlindungan dari hujan dan panas, arrrghhhh sedihnyaaaaaaaaaaaa.. menitik2 air mata.

ok la.. love u ruby

January 14, 2015

Happy Birthday


 Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana memberi aku peluang untuk berubah menjadi lebih baik lagi.

Dan terima kasih bonda kerana melahirkan ku dan membesarkan ku bagaikan juara selama 35 tahun ni. Ucapan ini telah aku sampaikan kepada bonda ya.

Doodle ni aku buat sempena birthday sesiapa sahaja yang lahir pada tahun 80han.

Semoga sihat, murah rezeki dan dipanjangkan umur untuk sama2 kita berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya. Mungkin solat awal, peringatan untuk aku juga ni.

November 17, 2014

Tote Bag

Teringinnya nak conteng2 atas bag tote, tapi aku tak berapa nak pandai pakai color acrylic. Kena praktis dari sekarang. Ni salah satu design yang aku buat, nanti aku upload yang lain2 untuk tatapan korang.

Aku guna pen ink, color pensel dan watercolor sket. Design ni atas bawah. Atas boleh bawah pun boleh.

November 16, 2014

Mee Calong Beserah


Hujan2 ni sedap pekena mee bersup yang dimakan panas2. Mee calong ni memang terbaik la, kat beserah ada kalau malas ke sana kat utc pun ada. sama branch. Dalam gambar ni aku order mee calong special telur goyang pastu makan dengan sambal cili.. pergghhh terangkatt laaaaa..

selamat menjamu mata

October 10, 2014

Look Who's Here


My Version of Nyan Cat

September 8, 2014

Lukisan dan Khat

Assalamualaikum

Kali ni aku nak jual lukisan lak, kebanyakkan lukisan aku warna dengan watercolor. Kalau aku nak touch up aku guna color pensel atau magic color. Aku lukis ni pun suka2 je meluangkan masa lapang. Banyak keping juga la aku dah jual.

Ni baru dua lukisan khat aku buat.

 Size drawing block bahagi dua ;)
RM30 - SOLD
 Size 7.3x8.3 setiap satu
RM30 utk dua keping - SOLD

On the way

Aku tak reti khat so aku just trace je guna gel pen.

yang ni dah bertuan

September 4, 2014

Tudung Empat Segi


Assalamualaikum,
Kali ni aku nak tukar selera pula. Aku nak jual tudung empat segi tapi material chiffon. Chiffon yang sedikit berat maka bila uolls pusing sana sini akan ada efek flow yang cantik.

Tudung empat segi bidang 45"
Ada manik dan sulam
Stok terhad, satu color setiap design. Sapa cepat dia dapat.
Happy shopping ya kawan2

Uolls boleh intai2 di

ig misstheywe
dan fb Tudung Chiffon

Uolls suka, boleh la sms/Whatsapp 017 932 9798
atau email je dewibtgani@gmail.com

UPDATE : 4/9/2014

SEMUA TUDUNG DI BAWAH AKU NAK BUAT SALES

SEKARANG RM45 TERMASUK POSLAJU
SABAH/SARAWAK RM49

ADA YANG DAH SOLD OUT ANYTHING EMAIL YA



Tudung online, bawal, shawl, shawl cantik, shawl chiffon, chiffon, jilbab, hijab, hijabista

June 12, 2014

Painting Bookmark

Assalamualaikum..

lamanya sangat aku tak post apa2.. tudung baru pun takde dan aku akan buat sales tudung tuk habiskan stok2 lama.

Kali ni aku  nak jual penanda buku yang aku lukis sendiri. Projek ni sebenarnya saja untuk suka2 tapi ehh macam best juga kalau jual ni. Kalau taknak dijadikan penanda korang boleh beli dan susun dalam frame. tapi frame kecik je la jangan yang besar melangit.

Size lukisan watercolor

Panjang 13.5cm
Lebar 5 cm

Lukisan ni aku protect dengan varnish spray so tahan lama sket. Kalau nak liminate makan kos. Lukisan ini juga aku akan tampal pada kertas hitam yang keras so takde la nanti terpenyek ke apa.

Harga, ya harga.. lupa lak

Lukisan biasa aku jugal RM2 sekeping tapi kalau ada manik aku jual RM3 sekeping.

Moh la kita tengok




Tadaaaaa.. ok kucing hidup tu bukan tuk dijual tu kucing aku namanya ruby.

Kalau anda berminat boleh la email ke aku dewman80@gmail.com atau lepak je kat ig aku misstheywe kat situ pun aku ada post gak.

Terima kasih dan selamat mencuci mata


February 13, 2014

Tudung Empat Segi

Assalamualaikum,

Jom layan gambar tudung.
Kalau suka email ke dewibtgani@gmail.com atau
Whatsapp/SMS 017.932.9798
IG : misstheywe

Material chiffon

Terima kasih jemput la membeli dan akhir kata

Tudung, sayajual, hijab, hijabista, tudung online, shawl, cantik, selendang

:)










November 30, 2013

Tudung Shawl Selendang Baru

Material kali ni jenis chiffon yang gorges. Lembut dan beralun. Sampai tailor aku cakap chentek la kain ko beli kali ni. Offff cozzz la chantek tengok sapa pilih. So, apa lagi moh la beli.. dont worry tudung aku tak mahal pun.. semua pun below RM50 kecuali tetiba aku nak letak manik 6D baru aku jual mahal.

Berminat sila email ke dewman80@gmail.com

Buat masa ni aku post tudung kat facebook sendiri maka kawan2 dan kawan2 kepada kawan2 aku je yang beli. Nanti aku dah ada nama yang sesuai aku akan create new fb.


Polkodot chiffon shawl
Panjang 84 inch panjanggggg yaa
Lebar 20 inch
RM36
ada 3 helai sahaja
Color sejibik macam gambar belah kanan bawah


Merak chiffon shawl
Big size
Panjang 70 inch
Lebar 30 inch
ada SEHELAI jeee satu lagi aku dah beli
RM49


Biru pink corak 3 chiffon shawl
Panjang 64 inch
Lebar 22 inch
RM36 tidak termasuk pos
Sehelai je pattern ni


Biru pink corak 2 chiffon shawl
Panjang 60 inch
Lebar 25 inch
RM36 tidak termasuk pos
Sehelai je pattern ni

*chantekkan jahitan tailor aku ni, aku dah cuba 3 tempat tapi yang ni paling kemas


Biru pink corak chiffon shawl
Panjang 58 inch
Lebar 27 inch
RM32 tidak termasuk pos
Sehelai je pattern ni

November 28, 2013

Eh, macam sama la

Okey, aku baru perasan, Heliza AF pakai tudung sama corak dengan tudung aku jual.

Minta izin ya Heliza.. gambar ni di copy paste kat fb anda. 
Berminat sila email ke dewman80@gmail.com
Color lain boleh check kat post bawah2 ni.
Happy Shopping!

November 24, 2013

Update Selendang

Berminat sila email ke dewman80@gmail.com

 Selendang corak pepel
Panjang 70 inch Lebar 25 inch
Bonus aku tambah manik hujung tudung depan belakang sebagai pemberat
RM39

Selendang saree
Panjang 78 inch Lebar 21 inch
RM30

November 19, 2013

Ribbon shawl

Corak ribbon / riben ni aku buat 3 helai je.
2 helai shawl, satu dah jual kat yuana RM30
1 lagi aku buat double half moon RM39.. cantik bila pakai.

Corak ni sesuai untuk orang yg cute atau anak2 perempuan yang cute.




Warna bukan pink ya.. purple sket macam cousin aku pakai.

November 17, 2013

Shawl bercorak

Kalau berminat drop email to dewman80@gmail.com
Harga RM30
Panjang lebih kurang 1.8meter
Lebar lebih kurang 30inch

Shawl ni aku buat sehelai je setiap corak.


Happy shopping..

Selendang jilbab hijab tudung bawal cotton chiffon... hemek semua keywords aku bubuh :)

No. 3 SOLD

November 15, 2013

Selendang batch baru

Uollss silalah cuci mata selendang2 baru ni ya..
Berminat boleh email kepada dewman80@gmail.com
Harga tidak termasuk postage.

Happy shopping tudung / shawl / selendang / hijab


Zigzag design chiffon shawl
RM39
2 helai je


Polkodot hijo chiffon shawl
RM25 
4 helai je


Polkodot oren coklat double layer
RM45
2 helai je


Colorful color chiffon shawl
RM39
Sehelai je


Purple chiffon shawl
RM39
Sehelai je


Black grey design chiffon shawl
RM30
Tinggal sehelai shaja


Blue chiffon shawl
RM39 
Sehelai je


Flower design chiffon shawl
RM30
Habis dah Sold to Yuana and maklong


Polkodot grey
RM25 
4 helai je


Nuffnang Ads