nuffnang ads

August 7, 2015

Abang Sado The Cat

Meh nak citer, minggu lepas ada la stray cat yang datang umah aku. Adik aku nampak muka kucing tu bengkak. Aku sapu la minyak habatus sauda. Takde lak mengerang sakit ke apa. Lepas 2 hari rasanya, nampak kucing tu terbongkang belakang rumah. Kesian, aku bagi la susu dan wet food.. sekali kauuuuu Ya Allah, teruk rupanya bengkak tu. Time tu juga air mata dah menitik2. Sedih sangat2. Mak aku suruh hantar vet.

Time tu dah pukul 7 ptg, of coz la gomen tutup kan. Nak tunggu sehari macam kesian so pergi la klinik Jawhari Medical Center. Doktor kata pipi abang sado ni kena potong untuk mempercepatkan proses heal. Total habis tuk boarding, operation potong dan ubat RM775.

Oleh kerana aku belum kuat mental dan fizikal utk jaga abang sado maka aku tinggalkan dia kat sana. Tinggal kat sana sehari RM40 termasuk boarding dan cuci. Aku bukan orang berada, niaga food kecil2lan je so aku minta tolong dengan kawan2 untuk meringankan kesakitan abg sado. Petang semalam aku dah bayar tuk boarding boleh la bertahan sampai 14hb.

Alhamdulillah, ada juga kawan2 aku yang baik hati. Semoga Allah murahkan rezeki korang semua. Tak terbalas rasanya pengorbanan korang untuk menolong aku.

Abang sado ni perlu jahitan kat pipi tapi sekarang belum fit lagi. Kena tunggu pulih dulu baru boleh proceed. Operation ni aku tak fikir lagi sebab kos cecah RM1k++.

InsyAllah next week aku akan amik dah jaga pula.Ya la RM40 sehari bukan sket, banyak. Jaga abang sado ni komitmen tinggi. Aku ada 2 ekor kucing lagi yang kena jaga. Semoga dipermudahkan.

Terima kasih Ya Allah.

Meh tengok gambar.

 31 Julai 2015
Aku panggil bapak bubu, penyebab ruby bunting. ruby mak pada sasa dan bubu yang aku jaga sekarang. ruby hilang masa hantar g boarding awal tahun ni. tu lagi sedih. malas citer kang nangis. 'Abang sado' gelaran staff Jawhari yang bagi.

 4 Ogos selepas buang kulit mati. Aku datang melawat abang sado nak tengok progress sebelum aku bersedia untuk jaga. tapi tiap kali tengok isi abang sado aku jadi lemah. boleh ke aku jaga dan cuci. sebab tu aku tinggalkan dulu sampai kulit abang sado pulih sket. Aku tengok pun ngeri bergerak2 kulit abg sado.

Sehari selepas buang kulit. Tak bermaya sangat sebab bius.

 Ini poskad yang aku print guna duit niaga ya bukan duit donation. Lukisan aku sendiri. aku buat sebab aku perlu bagi something untuk mereka yang sudi menolong. So now aku jual 4 keping RM5. Duit sales aku jadikan fund untuk abang sado.






Terima kasih ya kawan2 yang sudi membantu. Siapa nak beli dialu2kan.

1 comment:

Lienicious said...

Semoga cepat sihat. Sending love to abg sado. nanti tuan blog updatela pasal abg sado.

Nuffnang Ads