nuffnang ads

September 18, 2012

Selamat Habis Raya

Bestnya cuti 3 hari. Pastu sambung kerja kat rumah lak. Lagi.. lagi.. lagi la BEST!

Pagi Sabtu macam biasa aku jogging kat kawasan rumah. Ajak la jojet sekali. Pagi tu aku msg jojet aku lambat 5 minit sebab nak memerut. Jojet kata dia baru bangun so ok la.. Lepas settle memerut aku pun turun la tunggu si jojet. 5 minit, 10 minit, 15 minit, masih lagi menunggu. Dah la tak bawa hp. Maka, aku gerak la dulu.. jogging sorang2 5 round. Ingat nak stop la lepas 5 round, sekali jojet turun daaa. Jojet bagi alasan 'aku tunggu orang main word search, tido lambat, aku mandi sebab nak hilang ngantuk'. huhuhu pasrah. Nak taknak aku sambung 3 round lagi. Penattttt gilaaaa!

Ahad, aku berjimba dengan budak2 opis. Naik cruise kat Mines. Ok laaa takde la best mana pun. View tak chantek pun. Mines kena decorate lagi kat area tasik tu. Kitaorang cruise sambil makan popeye. Gedik sangat! Nanti aku letak gambar.

Isnin takde aktiviti tapi jojet ada buat open house. Makan nasi arab, mee kari, kek, cream puff dan macam2 lagi. Alhamdulillah kenyang. Balik umah terus minum teh berak. :)

So, pagi tadi sakit perut je memanjang. Dah la pergi renew passport. 5 jam aku tunggu. Sampai2 je sistem OFFLINE.. fuhhhh geram!

Jelly panjang

 Mee kari t.linda masak

cupcake velvet toping butter cream, katanya cheese dah habis di kebanyakkan negeri.. katanya la

No comments:

Nuffnang Ads