nuffnang ads

December 24, 2011

Ehem Ehem..

Last weekend, aku jumpa IniAnwarHadi dan MatLuthfi di PWTC. Alang2 aku jaga booth kat sana, aku amik la kesempatan berborak dengan budak2 ni. Dah budak2 ni depan mata, apa lagi, macam2 soalan la aku tanya. Kepochi sangatkan dah macam makcik2! Gambar kat bawah ni aku yang amik tapi bukan guna hp ya, aku guna dslr opisnya.


IniAnwarHadi

Oleh kerana aku diberi tugas untuk menjual dia ni, eh bukan dia, tapi tshirt IniAnwarHadi! Sambutan? not bad, ramai juga yang dok beli. Budaknya baik dan soft spoken. Muka si AnwarHadi ni lebih kurang macam bapak dia. Bapak dia ni, sangat la peramah. Kejap je berborak sebab dia dah nak gerak ke Melaka. Aku ada la tanya, napa video tak banyak? dia jawab, dia takde hardware/software yang ok tuk hasilkan video. Takpe, nanti dah berduit boleh la bikin video canggih2 ya. Amin!

MatLuthfi

Pertama kali bertentang mata, chewahhhh.. aku rasa budak ni kerek gila! rasa macam nak panggg je.. tapi lepas berborak panjang, aku rasa dia ni baik orangnya Hormat orang tua.. aku la tu, tua! sob sob.. Kelakar nak mati ya si Luthfi ni. Comel je orangnya, bibir pink.. opsss!! Lama juga aku berborak ngan Luthfi ni, pasal kerja, study dan gadget. Perkataan pertama yang keluar dari mulut aku bila jumpa Luthfi adalah.. 'OLEY!!' :)

Untuk anda berdua, study hard + study smart + segala macam tok nenek nasihat = semoga impian anda tercapai. Aminnnn!!

No comments:

Nuffnang Ads