nuffnang ads

August 26, 2009

Iphone

Begini ceritanya mimpi aku semalam,

1. Aku memenangi percutian, ke mana? aku dah lupa tapi negara tu bermula dengan huruf V dan yang pasti bukan Venezuela tempat kelahiran Diva Jijonorotiwa Mahonarasalebam.

2. Dalam perut kapal terbang, ramai rupanya yang berpeluang melancong seperti aku, ada Cina, ada India kira mengikut tema SATU merdeka tahun ini.

3. Setelah berada di atas awangan selama 15 minit, aku ternampak pokok di kiri dan kanan tingkap, aku pelik. Bukan sahaja pokok, orang menjual dan bertukang pun ada. Seperti berada di Indon, ada je yang ketuk tingkap meminta sedekah, menjual qoran dan snek.

4. Kemudian aku rasa seperti terjatuh ke bawah dan gedebusshhh masuk ke dalam laut. Bahagian ini aku tak pasti samada kami basah atau tidak. Maka kapal itu tidak terbang lagi tetapi hanya ikut arus laut.

5. Akhirnya aku sampai ke sebuah kampung yang majoritinya orang melayu. Kedatangan aku di alu2kan oleh penduduk kampung dan dibawa ke sebuah rumah ala2 rumah panjang. Aku lepak bersama2 penumpang lain, dan datanglah penghulu utk mengucapkan tahniah kerana menang melancong ke negara beliau.

6. Aku dan lain2 rasa tertipu dan teraniaya. Aku budget dapat pergi negara omputih yang berpakaian seksi dan vogel di tepi pantai, ternyata anganku meleset sama sekali. Ramai pemenang tidak berpuas hati, maka mereka pun ingin pulang ke Malaysia dengan kadar segera.

7. Penghulu kata ok, tapi kapal terbang perlu diperbaiki kerana ada kerosakkan. Maka berkampung la kami di dalam rumah itu. Aku pelik sebab dalam kampung mereka pakai ferrari.

8. Aku tak puas hati, aku pun keluarkan Iphone dari poket seluarku, perrgghhh jgn main2 mimpi aku ada Iphone.. aku tembak muka penghulu dan aku post kat facebook, meminta bantuan rakan2ku yang giler berfesbuk agar mereka dapat membantu mencari identiti penghulu tersebut. Owhh time ni aku dah harvest semua tanaman di farmVille dan Barn Buddy.

9. Tetiba.... aku pun bgn sahur... tergantung la mimpi aku tadi.

Kesimpulan, adakah aku akan dapat Iphone? atau jgn percaya dengan orang melayu yang suka kelentong! atau perlukah aku kurangkan aktiviti berfesbuk? hahahahaha

2 comments:

Yun said...

cettt
motip dia..nk kate iphone lah ni..
aku mimpi iphone 3.5g tercanggih tu b4 dia kuor lg..kekekekee

... said...

ade kah anda telah terkencing atas katil saat jatuh ke laut tu?

Nuffnang Ads