nuffnang ads

July 3, 2009

Pentas Anak Wayang

Tajuk Drama: Jangan naik komuter di hari Jumaat.

Barisan pelakon:

1. Pelakon utama: sudah tentu la aku.
2. Pelakon suka marah-marah (i): Pak Abu, Auntie Lili, Uncle Vellu, Makcik Temah.
3. Pelakon suka marah-marah (ii): Azmi, Sam, Mahadi a.k.a Mimi, Shelly.
4. Pelakon dari luar negara: Chris Brown, Al-Tantunyang, Akon, Snoop Dog, Nawwar, Tejo dan pasangannya Surti.

Skrip untuk aku sangat mudah, hanya duduk, tidak perlu bersuara dan apa yang perlu aku buat adalah memasang telinga, buat memek muka terbau bauan yang kepam, melihat wajah penumpang yang berada disekililing manalah tau salah seorang itu jodoh aku, memberi senyuman kepada orang di depan aku sekiranya kacak dan bergaya tapi non ado, berpura-pura tidur setiap kali train mengambil penumpang motif skrip menunjukkan aku malas nak bagi orang lain duduk tidak prihatin konunnya, bila sampai di destinasi, skrip menyuruh aku membuat muka marah dan merempuh sesiapa sahaja yang menghalang laluan aku keluar dari train. Bayaran yang aku dapat tak ada tapi aku yang perlu bayar RM2.20 sehala.

Untuk pelakon-pelakon yang suka marah, memang tak perlu skrip ikut suka hati sendiri nak cakap apa, jika ada perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya digunakan, nanti produser akan potong atau 'tut' kan perkataan itu. Bayaran lain-lain harga tambah perlu berdiri dan perlu berhimpit.

Bagi pelakon-pelakon luar negara lagi senang, ikut skrip mereka sendiri dan menggunakan bahasa mereka sendiri. Mereka dibenarkan untuk mencarut, meng'rap', ketawa besar, nyanyi, dan segala macam gaya sebab mereka peduli apa dengan orang sekeliling.

Akhir cerita, kamera akan shot pada myPuteh yang bersinar dengan rim keemasan meluncur laju 140km untuk jarak perjalan 10 meter sahaja. Sekian.

Harga skrip untuk 1000 patah perkataan dan dicetak pada sehelai kertas A4 70g bernilai RM2million. Kawan-kawan nanti aku belanja burger tepi jalan seorang 100 biji.

No comments:

Nuffnang Ads