nuffnang ads

November 15, 2010

Padang Merdeka - Last Day

Hooorrreeyyy, last day event!! Kami berpakat tuk bangun lewat sedikit dari semalam. 8.15 pagi dah ada kat padang. Tiada aktiviti yang serius cuma menyambut kedatangan anak yatim dari Sarawak seramai 20 orang. Aku just check tempat makan dalam vvip room, letak air mineral dan revive yang telah disponsor oleh orang air.. siyes aku tak ingat nama booth. Petang tu aku ajak budak faci teman pergi beli kuih lapis dan surat khabar. GGO sorry la, kuih lapis dah tak berlapis tinggal sekeping jek!!

Suasana di pagi hari, ramai exhibitor dah masuk

Aku macam biasa, mengular sebentar.. amik gambar belon

Tempat aku berteduh, buat kerja dan makan

Boleh tengok abang polis dari sini. Diaorang memang ada kat padang menjaga keselamatan. Abang rela ada, abang first aid ada, abang bomba ada.. apa lagi cuci mata la :P

Sesi post mortem antara shlq dengan faci a.k.a cikgu sementara. Mereka mengajar cara2 mengunakan broadband. Tapi depa kata yang datang semua dah pandai, check fb sendiri, upload lagu then save dalam hp. Ada seorang pakcik ni tanya, korang letak laptop kat sini buat apa? diaorang guna free, dapat untung ke! Eh, over pakcik nie.

Agak ramai yang datang dari hari semalam

Pukul 11 lebih dah makan, lapar okehhh!! 2 bungkus sekali aku melantak

Pukul 12 tghari hujan turun, aku risau sebab pukul 2 petang ada performance dari nad dan daus budak2 af8. Tapi alhamdulillah, hujan turun kejap je.. walaupun padang lecak, ramai juga yang datang tengok

Camni la perangai orang tua 30 tahun bila takde kerja. Tu shlq berangan nak jadi maskot!

Si nad dan daus beraksi dengan maskot

Performance dari Pentarama, suara depa mmg best la.

Tu penghibur dan penari sambilan... walaupun tak berapa nak betul pandai juga dia menari ikut rentak lagu!

Conclusion dari event yang aku buat ni, sangatlah mencabar, penat, panas, sunburn, jari kaki melecet tapi aku tak kisah semua itu sebab aku memang suka buat event. Aku suka bergaul dengan orang ramai. Walaupun penat tapi aku fun, puas dan segala2nya. Event outdoor ni bergantung pada cuaca, kalau hujan maka faham2 je la.. sales takde, orang tak ramai tapi event tetap diteruskan. Setiap kali event pasti aku akan kenal sorang dua dan berkawan sehingga sekarang. Bertambah lagi kawan, jodohnya tak bertambah lagi. Thank you shlq sebab percaya dan yakin dengan aku. Happy working with you, nanti ada event lagi habaq mai ya, tapi kali ni duit elaun kasi tambah!! :P

November 12, 2010

Padang Merdeka - Opening Ceremony

Pukul 7.30 pagi dah ada kat padang, check booth, vvip room, guest & vvip f&b, pentas, deco, banting, welcoming arch and so on. Lepas check vvip room, aku kena sambut budak2 cerdik pandai dari sekolah sains beserta cikgu. Biasalah untuk memeriahkan sausana event. Kenapa sekolah sains? cikgu kata diaorang ni senang sikit nak jaga dan dengar kata. Sepatutnya yang datang 450 orang tapi last minit dikurangkan kepada 180 orang. Tapi takpe, ramai2 pun susah nak jaga, nak kumpulkan budak2 ni pun dah makan masa.

Pukul 12.30 tghari, aku minta facilitator a.k.a. event manager hantar makanan pada bob dan farina. Then at 2pm, aku jaga pentas sampai pukul 5. Suara bob memang sedap n orangnya pun friendly. Artis dari pentarama pun best2 juga.

Suasana padang di pagi hari

Bilik vvip, check dah cantik

Meriah ya.. budak2 ni senang di kawal.. 'adik jangan letup2kan belon' terus sepi tak berani. Takde la ok je depa ni!!

Our mascot BB

Sarapan pagi, tgh hari nasi goreng bungkus dengan ayam goreng

Alhamdulillah, opening ceremony berjalan dengan baik. So petang dah boleh relax sket

fuhhhh berakhir juga hari pertama. Penat dan gelap. Malam tu kami g makan seafood!! yay

November 11, 2010

@Padang Merdeka - 2

Pukul 7.30 pagi, semua dah kat padang.. tapi aku turun lewat sket 7.45 pagi biasa la janji melayu. Tapi lewat2 pun kerja selesai ya walaupun tidak bersarapan. Hari kedua adalah hari yang agak penat juga sebab exhibitor akan masuk tuk mencantikkan booth2 mereka. Maka dengan itu kena la pantau setiap booth terutamanya booth sponsor ya.. kena jaga n pastikan booth mereka cantik meletup kebabowwww!! bilik vvip juga perlu diambil kira.. susunan meja kerusi, bunga dan lain2 lagi.

BB1, BB1 masuk!!

Pentas tidak center ya, maka aku dengan technical dari pentarama cuba mencari kedudukkan yang sesuai.

Ok cun, boleh la korang nak head banging

Nasi bungkus selama 4 hari.. everyday ayam, bosan!

Orang2 protokol dah sampai untuk rehearsal

Menaikkan belon besar

Bumbung booth

Panas!

Deco untuk event highlight

Apa lagi main games la kita

Belon yang berwarna warni for deco

Suasana cantikkan booth dan padang

Audio by pentarama

Our sponsor, Telekom ada Maxis ada, Celcom ada all big telco n so on.

B4 naik hotel, check dulu semua booth ok atau tak, then apa lagi tido la.. esok opening ceremony, sangat berdebar2!

November 8, 2010

Gossip Pasal Rumah

Petang Ahad nan permai, aku diganggu makhluk halus nan sekeping ditiup angin melayang entah ke mana.. nyanyi sket 'angin bayu membawa diriku, sepintas lalu.. la lalala'. Rajinkan kenanga chat di petang ahad. Abg2 dan hadek2 mana? merasa sepi di rumahkannn!! Aku yang tengah sedap makan nasi terpaksa melayan kenanga..

Topik: Nak beli rumah


Next entry, aku akan sambung pasal padang merdeka okehhh!!

Nuffnang Ads