nuffnang ads

January 3, 2012

Awan & Langit

Holla,

Apa aktiviti anda tahun baru hari tu? Aku? duduk rumah main game Asphalt6 dengan gigih, jitu dan bersemangat sekali. Sampai pukul 4 pagi aku main. Kemudian, tatap la gambar yang aku tembak di Tawau.

See, takyah tunggu malam nak tengok orbs.. siang pun ada :P





Aku memang suka dengan permandangan klcc dan menara kl di malam hari. Paling mencabar bila nak amik gambar menara kl ada lampu pada bangunan. Memandangkan aku pakai hp je, so aku kena budget timing nak tembak. Akhirnya dapat la seketul lampu. Puas! Tentulah tidak.. sebab kat batang bangunan tu ada 3 lampu berkelip.

January 1, 2012

Menara KL and KLCC 2011

Wish uolls Happy New Year 2012.

Tataplah gambar Menara KL dan KLCC sepanjang tahun 2011. Semua gambar aku tembak guna hp 8mp..






Happy Always.. :)

December 24, 2011

Ehem Ehem..

Last weekend, aku jumpa IniAnwarHadi dan MatLuthfi di PWTC. Alang2 aku jaga booth kat sana, aku amik la kesempatan berborak dengan budak2 ni. Dah budak2 ni depan mata, apa lagi, macam2 soalan la aku tanya. Kepochi sangatkan dah macam makcik2! Gambar kat bawah ni aku yang amik tapi bukan guna hp ya, aku guna dslr opisnya.


IniAnwarHadi

Oleh kerana aku diberi tugas untuk menjual dia ni, eh bukan dia, tapi tshirt IniAnwarHadi! Sambutan? not bad, ramai juga yang dok beli. Budaknya baik dan soft spoken. Muka si AnwarHadi ni lebih kurang macam bapak dia. Bapak dia ni, sangat la peramah. Kejap je berborak sebab dia dah nak gerak ke Melaka. Aku ada la tanya, napa video tak banyak? dia jawab, dia takde hardware/software yang ok tuk hasilkan video. Takpe, nanti dah berduit boleh la bikin video canggih2 ya. Amin!

MatLuthfi

Pertama kali bertentang mata, chewahhhh.. aku rasa budak ni kerek gila! rasa macam nak panggg je.. tapi lepas berborak panjang, aku rasa dia ni baik orangnya Hormat orang tua.. aku la tu, tua! sob sob.. Kelakar nak mati ya si Luthfi ni. Comel je orangnya, bibir pink.. opsss!! Lama juga aku berborak ngan Luthfi ni, pasal kerja, study dan gadget. Perkataan pertama yang keluar dari mulut aku bila jumpa Luthfi adalah.. 'OLEY!!' :)

Untuk anda berdua, study hard + study smart + segala macam tok nenek nasihat = semoga impian anda tercapai. Aminnnn!!

December 23, 2011

Event, I Like

Esok aku balik kampung.. weeeeehooooooooooooo!! dah dua bulan aku tak balik. Semoga perjalanan kami selamat dan dilindungi Allah, Aminnnn.

Last weekend, aku kerja sabtu dan ahad. Aku tak cukup rehat sebenarnya tapi takpe aku akan bercuti lama minggu depan. Kali ni aku join event tapi indoor, last indoor aku jaga dekat matrade. Broadband 2008 rasanya. Tapi aku tak jaga booth, aku jaga operation sket dan lelain more to conference. Aku kena jaga speakers dari seluruh dunia.. chewahhh!! mostly ceo2 syarikat telcos. Quite interesting, tapi agak penat ya. Selain jaga bilik conference kerja paling mudah aku buat ialah jaga loceng. Bila cukup masa, aku tekan loceng sekali. kalau tak reti juga nak stop, aku tekan 2 kali. Kalau tak reti bahasa gak.. aku baling loceng tu kat muka. Ok, ni tipu!

Event hari tu aku jaga booth je, jual barang. Time ni la nak tunjuk skill sebagai peniaga. Aku tak involve the whole operation. Bahagian2 protokol ke apa ke tu orang lain yang stress. Broadband tu walaupun aku jaga speakers, baca macam senangkan, jaga je.. tapi tidak ok. Lagi protokol.. bercakap pun kena slow je.. ala2 wanita melayu terakhir, dari english pasar jadi english UK.. hahaha, yeah right! dari tudung bawal jadi tudung shawl warna warni blink2.. ok ni lagiii tipu!

Perkara utama yang perlu aku take note adalah jadual conference, bilik, slide, kebersihan, projector, mike an so on mestilah tepat dan jitu. Kalau tak, kena maki free je ngan organizer. Ada la seorang speaker dari Apple ni, serius blank kejap aku time tu, ya la slide dari lappy mac tu takleh connect dengan projector. So aku suruh dia transfer dalam thumbdrive n pakai lappy windows. Problem solve tapi slide dia tak berapa nak interactive la sebab windows tak support a few movement.

Tapi paling gelabah, bila slide speaker salah! hahahaha gelabah okey, kena maki kaw2 punya. Dah la speaker tu memang jenis suka mencarut. Tapi bukan aku la yang kena, memba aku.. dah la bilik conference tu dewan. hahahaha!

Tahun lepas n tahun ni aku join outdoor event. Sangat menarik aku suka. Event kat padang, ada booth dan stage. Aku pernah jaga media dan last event aku jaga stage. Walaupun penat nak mati, hitam legam tapi aku puas tengok orang happy. Bila kita manage event ni secara automatik kita belajar tidak malu berdepan dengan orang. Kalau event outdoor ni kita takde registration, so kita tak tau berapa ramai yang datang.

So, cara lain ialah dengan menampal sticker pada setiap pengunjung yang datang. Ko mampu? Aku? mula2 memang malu gila.. aku tengok je si sheleq tampal kat orang. kat baju la, kat pipi la, kat tangan la. Aku ikut je, aku gelak ok.. sebab aku rasa aku tak berani.. sekali kena PANGGGGG kanggggg.. aku amik aura tak malu adalah 15 minit.. lepas tu aku try sorang dua, aku aim remaja.. then aku aim mak2 orang.. pastu pak2 orang.. n so far semua sporting.

Aku pun pernah bagi flyers kat melaka. Kat stesyen bas ke apa tah aku tak ingat. Tu pun kena belajar tak malu. Apa perasaan ko bila ko hulur orang taknak, selalu ko buat camtu kan kat orang. Kali ni orang buat camtu kat aku. Aku malu ok.. rasa nak smack down je! Ada yang membebel la, ada yang eksyen la.. lama2 aku ok je.. So, now kalau aku jalan2 n ada yang hulur flyers aku amik je. tak kisah la bahasa cina ke india, ahlong ke, nak besar nak kecik nak panjang nak kasi spring ke *yang ni jijon mesti suka, aku tetap amik. sebab aku faham perasaan mereka. Kononnnn!!

Okla.. tu je aku nak citer!

Gambar event.. later aku upload lagi..

Event di Sibu, Sarawak.







Sesi pemilihan lukisan terbaik.. pandai depa ni!

Nuffnang Ads