nuffnang ads

December 14, 2011

Kriik Kriik


Sunyikan! tataplah gambar belalang kunyit untuk hari ini. Aku tembak masa parking keta kat tempat biasa. Lama dah aku tak tengok belalang al maklumla gadis urban.. hahaha, statement taknak kalah! Aku tak tau spesis apa belalang ni, tapi warna ala2 kunyit.. ya la kot. gambar tak berapa nak sharp.. parkinson kot berjangkit dengan kak gee..

Ok.. nanti aku sambung citer lagi.. banyak ni nak borak! yeah right..

December 7, 2011

Ke Bioskop Lagi

Selepas settle urusan aku petang tadi, aku layan Ombak rindu buat kali ke dua. Pertama kali tengok, aku bawa dalam jiwa jalan cerita dari novel. Kesimpulannya aku sedikit kecewa.

Kali kedua, aku datang dengan jiwa kosong. Buang jauh2 kenangan aku bersama novel. Dan kesimpulannya, aku bagi rating 4/5. Aku berpendapat jalan cerita ni ada kesinambungan. Dan aku tetap suka lakonan Maya dan Aaron. Part orang ketawa, aku dah tak ketawa. Aku rasa kalau in real life pun aku tak rasa itu lucu. Aku menghayati betul2 jalan cerita kali ni. Aku puas!

Sekian.

December 5, 2011

Ombak Rindu

Last weekend aku layan Ombak Rindu bersama Yun yang gigih membaca novel part satu dan dua sebelum tgk movie. Pendapat aku movie niiiii adalahhhh..

Sebelum aku ulas jom baca ulasan dari pengkritik filem ahli2 GGO di bawah. Enjoy!

Jangan marah ya anda berdua.. tapi pendapat korang adalah sama je macam aku. Aku hanya boleh bagi 3/5 bintang sahaja. Kalau movie ni dikaji, diolah dengan kasih sayang dan di apa2 sekali pun, aku pasti, movie ni akan menjadi movie yang paling meletop kebabow di Malaysia.

Aku tak harap pun movie ni sampai 5 jam.. walau 2 jam sekali pun aku tak kisah, tapi jalan cerita yang nak disampaikan kepada penonton haruskan disusun dengan rapi dan teratur. Bagi aku cerita ni tetap best walaupun dah dipendekkan.. terkilan sikit je tak banyak pun. Aku sedih dalam hati je bila tengok citer ni. Kalau novel? aku dah nangis stok meleleh2 punya.

Bukan mudah nak hasilkan sebuah filem dari novel, banyak benda kena study ataupun perlu ada kerjasama dengan pengarang. Movie Harry Potter yang byk buku tu pun kena komen apatah lagi Ombak Rindu.. susah ok nak puaskah hati semua orang.. chewahhh!

Anyway, lakonan Aaron dan Maya memang best! Lepas ni kalau aku baca balik novel Ombak Rindu, aku dah boleh image Aaron sebagai heronya. :) Bak kata Nyah Jijon.. merembes! hahaha

Sekian.
dewman
pengkritik filem yang hanya belajar satu sem di kolej.

December 1, 2011

I'm Back!


Back la sangatkan! Penat la uoll.. Touch down tengah malam Ahad, esoknya aku bangun pukul 4 petang. Perempuan apakah, i pun tak tau! Terima kasih la Kak Gee pick up i kat lcct tengah malam buta, kendian ajak g minum lak, macam la kat Tawau aku tak minum. Ya la aku minta teh ais tapi dapat teh o ais rupanya depa panggil teh nai, nai tu susu la kot. Tu pun memba aku si bai bagitau.

Overall aktiviti aku kat sana.. sangattttttttttttttt BEST! nanti la aku cerita.

Muka aku dah semakin hitam, hitam di Sibu belum lagi hilang dah tambah hitam di Tawau. Kak Gee pun perasan aku dah hitam. Sedih! lama tu nak kasi puteh balik.

Selamat tahun baru ya, masih belum terlambatkan. Azam aku tahun lepas ada yang dah tercapai.. nak kurus sket? YES, tercapai.

Sekian.

Nuffnang Ads