nuffnang ads

October 19, 2011

Masamnyaaa..

Kawan opis aku, yang duduk sebelah aku, tak sebelah aku, depan aku, tak depan aku, belakang aku.. selama 3 tahun, camtu je position tempat duduk.. hehehehe, itu tandanya kita tidak dapat dipisahkan hanya partition je yang memisahkan kita :P.. dia ni rajin bawa mangga dari penang.. kalau time tak masak tu.. fuhh sedapppp meleleh2 air liur sebab masam.. ditambah pula cicah dengan kuah rojak mak bee yang di import dari utara.. fuuhhhh masam+pedas+manis, meletop!

uihh kejap je dah hari rabu.. kena settlekan semua kerja b4 aku ke Sibu next week.. chaiiyokkk dewman!

warnanya kuning tapi sedikit masam.. noomm nooommm noommmmm

October 17, 2011

Jejaka Kuning.. aaAAUuMMm

Mood: Malas
Status sehingga ke hari ini: Gila banyak gambar dalam hp nak di upload

Last weekend aku diangkut oleh t.linda ke OU, teman dia attend event Global Shell Fuel Save Day.. aku wakil student mmu.. takpe, akukan awet muda.. .:sigh:. Aku ingatkan event biasa2 je sekali kawwwwww bernanah gegendang telinga.. siap konsert bagai. Dah tua nokkkkss dah tak larat nak berdiri lama..

Tapiiii apa2 pun.. sila la tengok gambar jejaka fahrin di bawah ni ya.. Kebetulan je.. alang2 ada depan meja dia pun baru sampai.. ada sesi tandatangan.. apa lagi amik kesempatan la.. Minat? tidak la sangat suam suam kuku je..

Satu gambar dulu ya.. later aku upload lagi..

*Aku adalah pengguna tegar Shell.. aku dah try petrol lain tapi cepat habis la.. tak lebih kilometer mesti kurang.. dan aku tak reti nak guna ron95 tak tau kenapa.. mungkin kalau minyak ron97 naik sampai 3 hinggit.. aku akan tukar :)

October 10, 2011

Rindu Semakin Membara.. Auummm

Aku tengah rindu ni..
  1. Rindu nak menghuru harakan keadaan di padang.
  2. Rindu nak pusing padang sampai celah jari kaki melecet dek banyak sangat berjalan.
  3. Rindu nak makan nasi bungkus yang dah sejuk sebab tak sempat makan.. kerja banyak.
  4. Rindu nak bersosial dengan orang ramai.
  5. Rindu nak manage exhibitor and others.
  6. Rindu nak dengar shlq membebel, bagi arahan and so on.
  7. Rindu nak bangun pagi n balik lewat malam.
  8. Rindu nak cuci mata alasan tah apa2 sebenarnya, macam sekarang pun tak boleh cuci mata agaknya.
  9. Rindu nak layan kerenah exhibitor and free gift.. wink.. wink.
  10. Rindu nak join operation teams tuk next event with shlq.. weehooooo!!
SIBU, HERE I COME!!

Sebelum pergi, layan asam pedas ayam dulu.. aku memang suka makan ayam, kalau boleh ganti dengan ayam, confirm aku suh tukang masak letak ayam. Aku makan dekat jusco, tapi sedih kedai tu dah tutup.. sob sob.. asam pedas dia sedap juga

October 7, 2011

Hotlink Prepaid Reload

Hello..

Aku ada 5 keping reload hotlink berharga RM100 setiap satu. Aku nak jual dan aku jual murah.. Berminat, sila la email pada aku dewman80@gmail.com

Thank you..


*Dah 4 hari aku takde smartphone, maka gambar adalah 3.2mp. Bila takde smartphone ni terasa pelik tapi aku rasa aman dan damai je jiwa ni.

Nuffnang Ads