nuffnang ads

October 7, 2011

Selamat Pagi Semua

Hari ini aku dengan baik hatinya membeli nasi kerabu dengan ayam goreng berempah dan separuh biji telur masin dengan menggunakan tupperware. Ya, aku telah mengurangkan sampah.. save satu keping pembungkus tiada efek pada dunia sebab orang lain tetap membeli tanpa tupperware. Sedap ok nasi kerabu ni. Tapi nasi tak banyak sebab tak muat tupperware. Makcik tu cakap dia kurangkan harga. Aku suka je, takde la melantak banyak sangat.

Mewahkan nampak.. takde la sememeh kalau dibungkus.

Makanan kegemaran aku dikala bosan. Tak manis, tu yang aku suka. Aku kalau malas makan nasi tengahari, aku turun la cold storage beli scones ni.. tak pun wantan goreng tak pun banyak la makanan kat situ. Harga pun berpatutan.

*Semalam, borak dengan pakcik perfume aku tu, baru la aku tau.. yang pati tu dia beli dekat france n us.. so kira pati original la dan dibotolkan kat sini. Tapi kalau dalam botol spray tu dah bercampur alkohol. So, yang roll on tu pati.. maka non alkohol.

October 4, 2011

Senarai Minyak Wangi Collector's Perfume

Senarai Minyak Wangi Roll-On
Untuk senarai lelaki sila KLIK DI SINI
Untuk senarai wanita sila KLIK DI SINI

Senarai Minyak Wangi Spray
Untuk senarai lelaki sila KLIK DI SINI
Untuk senarai wanita sila KLIK DI SINI

Kalau rasa nak jenguk2 blog mereka, sila click di sini ya COLLECTOR'S PERFUME


Coming soon, packaging macam ni.. memandangkan susah la pakai plastik!

*Aku sangat suka bau Salvatore Ferragamo, Incanto tapi perfume lelaki la.. gila manis baunya.. sangat suka.. auuummmm


October 3, 2011

Collectors Perfume


Mari.. mari adik, abang, kakak, pakcik, makcik, nenek, atuk dan lain2 gelaran.. VVIP pun boleh juga kalau jenis tak kisah. Pakcik aku ada jual perfume.. bukan One Drop yang korang kenal sejak dulu kala ya. Ni jenama Collectors.. jual loose bukan banyak2 dalam satu kotak.

Hanya RM6 untuk satu botol 3ml kalau beli dua botol harganya RM10. Ada juga botol besar tapi yang tu dah bercampur. Kalau 3ml ni, pati semata2 dan baunya sangat wangi.. Aku ada beli satu, tapi campur air.. Victoria Secret - Secret Charm. *tak dapat bra victoria secret, perfume pun jadik la.. non ado size! Bau best, tahan lama.. satu hari pun boleh tahan.. Tapi lain orang lain la..
  1. Kalau jenis berpeluh sakan 24jam, jangan harap nak tahan lama
  2. Kalau jenis kejap2 nak basuh tangan, then pakai kat pergelangan tangan, nescaya bau akan kurang.
  3. Kalau kerja di bawah terik matahari, baunya juga lama2 akan hilang.
  4. Kalau jenis badan.. kepam 24jams... hehehe gamaknya kejap wangi kejap kepam la
  5. Perokok tegar.. tegar habis la..
  6. Lepak di tempat yang memang mengeluarkan bau2an.. contoh foodcourt yang takde pengaliran udara yang canggih
  7. Nanti aku pk lagi sebab musabab.. :)
Aku prefer botol yang kecik sebab senang nak bawa ke mana2. Rasa busuk je guna, busuk je guna. Tengok pakwe kat depan handsome, sorok2 guna. Haharhar cam haram je contoh. Owh, contoh satu lagi, ni terbaik la.. sapa yang balik kerja naik public transport.. contoh KTM la.. ko naik gerabak campur.. korang pepaham je la kan time balik kerja bau memasing cam hapa.. time ni la gunanya perfume collectors. Samada ko calit kat diri sendiri, takpun ko calit kat orang yang berbau kepams itu.

So, kalau rasa2 nak order.. boleh je email kat aku.. dewman80@gmail.com

Selamat mencuba.

Lebih kurang besar pendrive kingston. Ada pelbagai jenis bau-bauan berjenama. Name it, kalau takde pakcik aku kata akan usahakan untuk buat pati.

October 2, 2011

Meowwwww

Lama tak upload gambar kucings cousin aku. Kucing jenis maine coon campur persian. Ada 3 ekor, latest aku pergi tengok time raya hari tu.. debab2 semuanya. Comel! Si chemong beranak lagi 5 ekor.. persian campur siam. Tapi color semua coklat, hitam, kelabu. Teringin nak amik sekor tapi suh adik aku kat kampung jaga..



Ni la gayanya kalau dah tersekat bawah almari tu. Nak keluar tak boleh.. pastu aku lak dok kacau.. comel sangat!

Bulat je mata.

Holla, my name is kukun.



cleopatra version meowwww.. Quality gambar agak hancus.. taken with hp jer.. 3.2mp

Nuffnang Ads