nuffnang ads

January 18, 2011

Lazatnya Kalori

Seperti biasa, makcik aku yang masak. Resepi sendiri a.k.a. resepi main campak2. Bahan-bahan yang terdiri dari kentang, cheese, makaroni, cendawan dan sup cendawan. Aduk dah bakar. Senang bukan! Jom tengok gambar


Lepas ambil banyak kalori, kita tambah lagi kalori.. salad fruit with cream cheese n milk. Hebat bukan!



January 14, 2011

Jalan-Jalan Cari Makan

Lokasi: Kuching, Sarawak

Gambar lama dalam handphone, sebelum aku delete baik aku post dulu. Makan bersama sheleq, zida dan aisyah selepas event bb. Not bad, tapi agak manis. Aku try makan udang 2 ekor, konon-konon nak buang rasa fobia makan udang. malangnya memang aku rasa nak muntah!! aiyooo rugi




Umai.. RM16 utk hidangan kecil.. ermm aku tak suka cuma nak rasa je






Sapa tau nama sayur nie? aku lupa

January 12, 2011

Akibat Cuai

Hypertension, gila, gugup, serabut, marah, kecewa, takut, keliru, berdebar-debar, sedih = semua yang aku fikir adalah negatif. Apa sahaja perkataan yang keluar dari mulut orang, aku akan rasa seperti mereka sedang menyindir. Itu tidak bagus buat aku, sudah ku cuba untuk berfikir positif, tapi tetap kalah dengan bisikan syaitan.

Kenapa perlu cuai? Walaupun aku tahu bukan kecuaian aku 100%, tapi tetap merasakan aku yang cuai. Aku tak suka rasa begini, seakan-akan maruah aku di koyak2 dengan hanya kecuaian yang aku sendiri tak sedar. Kejadian ini telah membuatkan aku lebih berhati-hati. Ia juga satu pengalaman baru bila berhadapan dengan situasi begini dan perlunya kawan2 disekeliling yang banyak membantu dan tidak menyalahkan siapa2 (itu aku fikir, mereka fikir aku tak tahu). Terima kasih kepada yang membantu, anda tahu siapa anda!!

Walaupun aku tengah tension, tapi badan aku tetap sama seperti gambar di atas.. :P

January 10, 2011

Tolong Ingatkan Aku

Tolong Ingatkan aku 'update blog selalu'
Tolong Ingatkan aku 'bayar hutang credit card'
Tolong Ingatkan aku 'hari-hari pergi kerja'
Tolong Ingatkan aku 'diet hari-hari'
Tolong Ingatkan aku 'bangun pagi supaya boleh naik train awal'
Tolong Ingatkan aku 'lain-lain perkara'

Neway tahniah kepada ana raffali, walaupun aku tak pernah dengar lagu ni, tapi tolong ingatkan aku dengar hari2. Lirik memang super tak faham macam buku2 yang aku beli kat sindiket sol-jah.

Tolong Ingatkan aku, 'nasi lemak banyak kalori'

Tolong Ingatkan aku 'jangan ambil kalori lebih dari 500' dan Tolong Ingatkan aku 'aku bukan anorexia nervosa'

Tolong Ingatkan aku, supaya kurangkan makan daging merah

Nuffnang Ads