nuffnang ads

July 16, 2013

Gua Hira'

Aku dah selamat sampai di tanah air minggu lepas. Tak tahu macam mana nak cakap tapi aku sangat bersyukur kerana dijemput olehNya ke sana. Sedih, gembira, bercampur2 perasaan ni tapi Alhamdulillah semuanya lancar.

Kat bawah ni gambar aku ke Gua Hira' waktu malam. Pendakian yang aku rasa agak mustahil.. al maklumlah gajahkan nak naik dan Alhamdulillah doa aku diperkenankan dan akhirnya aku sampai juga kat atas. Memang tak cukup nafas la nak mendaki Jabal Nur sebab naik tanggakan, pastu udara yang kering dan berdebu2.. bila dah sampai aku tak masuk pun dalam gua tu. Sebab aku disuapkan dengan kata2 negatif dan positif untuk masuk. Katanya badan aku tak lepas la, kaki tak lepas la.. so aku amik keputusan untuk solat sunat je kat atas. At least aku merasa gak la kepayahan isteri Nabi Muhammad S.A.W hantar makanan. Jabal Nur ni tak payah pakai lampu sebab memang dah terang.. Nur kan.. cahaya.. 

Adik2 aku dapat masuk. Depan tempat sujud tu ada satu lubang di mana kita boleh nampak jam hijau tu tapi sebelum ni memang boleh nampak Kaabah@kiblat.

Oleh kerana adik aku lupa bawa battery camera dan aku tak bawa camera gabak aku tu so aku capture guna hp je. Jadilah dari takde..

Allahymma solli 'ala Muhammad, wa'ala aali Muhammad.



View dari atas

Gua Hira'.. ramai2 tu semua take turn nak solat

2 comments:

Ezni Idrus said...

Thanks for your reply the other day. Alhamdulillah, baru balik dr Mekah ye? About the link you gave me, it has been removed. But thank you ya, saya memang minat tart hehe

Ezni Idrus said...

Woot! Thank you, jumpe sudah! ;) mahal eh? bape sebekas? mmg mahal kut tart gunting..nak buat pun leceh kan..

Nuffnang Ads