nuffnang ads

September 1, 2011

Conclusion Raya 2011

Macam mana raya anda tahun ini? Happy? Sedih? Boring? Aku, offff cozzz laaa happy.. banyak duit habis! hahahaha

Alhamdulillah, tahun ni aku balik beraya di Batu Pahat bersama keluarga. Aku gerak petang Isnin lepas kerja. Aku naik bas dekat TBS. Sangat mengujakan. Ala2 airport, yang ada tiket sahaja dibenarkan turun untuk tunggu bas. Asap bas pun takde sebab open air. Aku naik bas KKKL.. not bad laa since tempat duduk sangat luas dari Transnasional. Kira luas la kan bagi aku yang extra montel ni.

Raya kali ni, tak ke mana2.. sebab semua adik beradik bapak aku beraya kat rumah. Ok juga macam tu sebab aku tak banyak makan. Takde la extra kenyang sangat. Nanti la aku post gambar ya.. Tungguuuuuu..

Semalam aku dah balik KL, amik kereta then tengahari tadi aku sampai Kuantan. Aku sampai KL lewat, biasa la jam kat Seremban dan Pagoh. Dari BTS tu aku tunggu ktm. Gila hazabbbbbbbbb aku tunggu train. dan dan la time tu ada masalah teknikal. Aku tunggu 2 train semua penuh dengan orang Indonesia, Bangla dan Nepal. Time sesak2 ni la depa mengambil kesempatan mencuri. Ya, ada seorang Bangla curi sapa punya beg tangan tah. Adegan kejar mengejar pun ada semalam. Tapi tak tau la kena belasah ke tak sebab aku ada nampak dia patah balik ke kaunter nangis2.

Aku dengan perasaan marah dan penat, aku naik star turun bukit jalil then naik teksi yang tidak menggunakan meter. Kena la RM20. Lantak la aku malas nak argue nanti lambat lak aku sampai umah. Sampai rumah rehat kejap, makan, kemas2 terus gerak ke keramat.

Okla.. aku nak layan movie.. esok nak tengok movie hantu bonceng dengan siblings dan pokyie.

No comments:

Nuffnang Ads