nuffnang ads

June 6, 2011

Having Dinner @Kopitiam Rengit

Masa aku kat Batu Pahat hari tu, aku sempat singgah mall apatah nama. Saja jalan-jalan dok umah pun bosan. Apa aktiviti aku kat sana? Tunggu makayah aku dalam kedai kerusi urut. Depa dok test kerusi urut jenama takasima. Salesman tu pulak rajin dok melayan makayah aku. Ada la dekat setengah jam tunggu.

Takpe la asalkan salesman tu sedap mata memandang i sanggup tunggu uoll mengurut free.

Lepas sedap depa diurut oleh mesin, aku ke kopitiam rengit. Sebelum masuk tanya dulu.. halal ke tidak.. depa kata halal.. so melantak time la!







Teringin minum air kopi Rengit. Cara hidang pun pelik.






Mak aku kata, dia ada beli benda ni kat Vietnam








Unikkan kerusi.. bestnya kalau kat rumah ada ruangan utk lepak sampai lebam.

June 3, 2011

Kerepek

Masa aku kat kampung hari tu, aku ada singgah beli kerepek. Apatah nama kedai ni. Ada pelbagai jenis kerepek kedai ni jual. Rambang mata macam2 perasa ada. Aku sempat la beli 4..5 jenis kerepek. Makannya takde la selalu, tapi nak datang lagi tu macam payah sikit. Aku ni dah la balik kampung 2 tahun sekali. Sekali tu time raya je la. Harga? entah lain tempat lain kot harganya. Pada aku ok la.


Yang berbaju kuning kat belakang tu, aku rasa anak tokey. Boleh tahan juga la orangnya. Puteh lagi! Raya kali ni aku datang lagi.. beli kau.. ehh kerepek!


Besarkan kedai ni.


Beli borong. Bungkus kecik2 jual kat kl harga mahal since harga minyak naik.. aku jual mahal la sebab aku pakai ron 97.. tak main la ron 95.. huh berlagak!


Apatah nama kerepek ni.. ubi kot! Sedap!

p/s: Aku balik kuantan malam ni, ada kenduri cousin aku lak. Hajat dihati memang malas gila nak pergi sebab aku baru je balik last month. Tapi orang tua2 kata, kalau malas g kenduri kahwin, nanti bila ko kahwin orang taknak datang. Baru tau! So.. kena la pergikannn!!

June 2, 2011

Sarapan Nasi

Berat aku naik sekilo lepas balik dari kampung. Apa taknya setiap pagi aku sarapan nasi dengan lauk. Biasa la kalau duduk kampung sarapan memang tak sah kalau takde nasi. Tak main la roti2 ni. Kecuali pergi beli sendiri. Oleh kerana aku ni jarang makan kat kl.. so apa salahnya makan lauk pauk mak sedara aku masak. Sedap okeh!

Ikan pari masak tumis asam pedas. Marbelos!


Ikan parang goreng, kat kampung aku senang dapat ikan ni.




Lontong dengan nasi impit. Sedap, pekat tang telur tu fuhhh.. alhamdulillah


ikan parang dengan ikan merah masak tumis asam pedas. Bau daun kesum tuhh buat aku makan bertambah2. Makan dengan nasi yang baru masak.. tambah kicap sket.. Alhamdulillah

June 1, 2011

Western Sangat

Tetiba teringin makan spegeti bebola daging.. nama omputehnya meatball bolognaise. Nak kata sedap sangat tu takde la.. biasa2 je. Tapi nak masak malaskan so makan je la apa yang orang masak. Jangan banyak complain duduk je diam then bayar.


Hanya RM5.25, discount 50%.. valid hari selasa je kat Pizza Hut. Jumaat creamy carbonara.


Asam boi fizz apa tah.. sama juga 50%.. tapi sorang cuma boleh pilih satu je.


Boleh tahan sedap air fizz ni.. tapi kalau letak lebih sket asam boi.. lagi marbelos!



Cheese baked rice.. Agak muak tapi kalau tambah cili potong.. meletop! awat tak sambal belacan teruskan!! nak juga tambah ciri2 masakan melayu


Benda alah ni aku beli kat parkson.. tengah sale.. RM15 je.. cantik! tapi kalau jenis malas mengelap baik takyah beli. Akhirnya akan jadi tempat tadah habuk atau bangkai binatang.

Nuffnang Ads