Malas nak cerita pasal gambar di atas, apa2 pun one fine day aku tetap akan berhijrah.. biarlah masa yang tentukan.. masa tak boleh tentukan.. biarlah aku yang tentukan!! :) Neway thxs to my lead sebab memberi kepercayaan dan peluang ke atas pekerja yang comel seperti aku. Cuma sekarang tah la kan semakin malas!! opss tercerita puiler :P
Last weekend, aku melawat kawan baik yang aku kenali sejak form 5.. perkenalan secara tidak sengaja, bertukar2 poster bsb dan boyzone menjadikan aku dan dia rapat sehingga sekarang. Apa yang kita lalui selama ini, such a wonderful memory eventho ada juga nakal2nya tapi ia tetap berakhir dengan baik. Anak dia pun dah masuk 3 orang.. sejak dia kahwin aku jarang jumpa lagipun masing2 duduk jauh. Hanya telefon dan sms serta blog dapat mengeratkan lagi silaturahim. Comel anak2 si farah.. owhh secara tidak sengaja aku juga telah melihat si anak menetek ibunya.. opsss, bukan nak skodeng tapi aku rasa itu normal.. hahahaha!!
Last night, aku dapat panggilan dari Linda juga kawan baik aku selepas form 5. Seorang yang baik hati, rendah diri membuatkan persahabatan kami kekal sehingga sekarang. Dia juga senasib dengan aku single mingle. Takpe linda biar lambat asalkan selamat.. jodoh pertemuan sudah ditetapkan yang penting kita berdua berusaha. Jangan lupa bulan 4 kita bercuti di pulau perhentian melihat abang2 yang 'bukan berstatus suami orang' di sana berscuba.. :P rindu kat ko.. tis weekend kita lepak sampai lebam!!
Aku ada sorang lagi kawan baik.. tapi rasanya dah terkubur kot!! dia dah create her new world with her new friends. Apa perasaan kita sebagai kawan, bila call, dia tak ingat siapa kita.. Tanya siapa? Bila bagi nama, boleh tanya yang mana? nampak sangatkan dia nak singkirkan kami dari hidupnya. Bukan baru kenal.. dah 13 tahun.. dah tau perangai masing2.. maybe bila bersama kami, dia teringat kisah hidup dia yang lampau. Cerita yang dia sampaikan pun, ada juga yang di reka. Orang lain mungkin tidak tahu.. tapi aku dan kawan2 yang kenal sejak azali tahu apa yang berlaku. sedih memang sedih!! tapi apa boleh buat.. kacang juga boleh lupakan kulit apatah lagi kawan lupakan kawan..
Yang pasti, hidup harus diteruskan.. we can meet new friends everyday kalau kita nak.. dan aku masih belum tegur cucian mata aku. Sigghhh!!




