Sekejap je dah 27 hari berlalu, rasa sedih pula nak meninggalkan bulan Ramadhan. Macam tak cukup lagi nak tambah pahala. Aku balik kampung hari Isnin selepas kerja. Aku malas nak apply cuti sebab aku sayangggggg cuti.
Puasa ke-25, aku berbuka seorang di rumah. Aku tapau mee goreng ayam garing dan pedas versi mamak. Banyak gila sampai tak habis. Pembaziran sungguh.
Semalam, aku berbuka dengan sheleq dan adzra.. oh dengan adik sheleq sekali kila. Makan kat foodcourt klcc. Aku order beehoon kari.. meletop kebabowww.. sedapppp!! Lepas makan, kami window shopping. Dapat la aku beli beg dan kasut. Beg tu mak aku punya. Long Champ, mahal nak mati. Mak aku kata beli beg mahal adalah satu kepuasan. Aku tak kisah beg murah ke mahal, tapi semalam time aku bayar dan dapat beg kertas gedabak.. aku rasa puas walaupun bukan aku beli. Bolehh!!
Then dapat la aku beli kasut. Dah 2 tahun aku tak beli kasut. Biasa la tapak kaki gajah and aku prefer pakai selipar je g opis. Selipar offfff cozzz la yang mahal.. adidas, itu pun dah 2 tahun aku belasah elok lagi. Kat Isetan banyak la jenama kasut saiz besar. Terasa la normal. Aku boleh pakai saiz 8, kira normal la kan.. sapa kaki kecik saiz 3.. itu tak normal la kan.. hahaha
Kesimpulan, bagus juga jadi orang besar ni, shopping kurang. Tapi sekali shopping nangis.. tapi tetap saving sebab jarang beli. Orang lain 2 tahun agaknya ada 15 pasang kasut. Aku dua tahun baru satu. Tapi tahan lama.
Akhir sekali, ni aku ada jawapan template tuk sesiapa sahaja yang belum kahwin. Aku copy paste dari fb.
Kenapa Lambat? = Kerana Allah tahu masa yang terbaik untukku..
Dah Berpunya? = Ya.. Kerana setiap org telah ditetapkan jodoh masing2..
Siapa? = Nanti Allah akan perkenalkan kepadaku...
Bila? = Bila kami da dipertemukan..InsyaAllah jemput datang ke walimatul urusku nanti...
P/S: Jgnlah selalu bertanya bila org tu nak kawen..Hehehehe.. Kerana semua rahsia dia,terletak di tangan Allah... Sampai masa Allah akan membongkarkannya.. (^_^)
3 comments:
handbag tu kompem nyiok jeles..sbb ada reben.
owh ngutuk saiz kasut aku yek. aku pon beli clarks as kasut raya dan size aku 3. uhuk..payah nk cari jugak size 3 ni..dan skrg pon aku buat style..beli sepasang pakai bertaun2..sbb rasa bengang kena buang semua heels aku yg lama....better beli yg memuaskan kaki. ahaks
tahun ni aku terselamat dari soalan pasai kawin. semua pakat tanya soalan pasai pi umrah ja. hehehehe
uik kantan... akak minat reben tu jek.. aummm. kasut tu cute gak. nk jugak kasut & handbag raya! whuaa...
Post a Comment