Seperti yang dirancang, aku balik kampung hari ni. Bas bergerak pada pukul 6.30 ptg. Aku rasa mesti sampai macam hari tu juga hampir pukul 11 mlm. Aku hanya tapau roti hotdog dengan twister apple santapan untuk berbuka nanti.
Semalam aku makan nasi kukus dengan ayam berempah. Sangat marbelos. Beratur panjang aku nak menapau, hari sebelumnya takde la sampai beratur. Next time aku nak tapau nasi kerabu lak. Macam enak je.
Oleh kerana aku balik kampung maka aku tak tinggalkan si puteh. Aku naik bas dari rumah. Kebetulan hari ni ada meeting pukul 9 pagi. Meeting ngan gomen terpaksa la bangun awal. Aku tunggu bas dari pukul 6.48 pagi. Bas sampai pukul 7.01 pagi. Lepas tu aku tunggu bas lain pula. Setengah jam aku tunggu so nak taknak aku terpaksa tukar plan naik ktm. Pukul 7.58 pagi baru train sampai. Tapi HAMPA tak muat nak naik. Peha aku sebelah pun tak muat. So, tukar plan lagi terpaksa naik bas. Masa aku keluar dari KTM tu, bas sampai o berlari marathon la aku nak naik bas.
So, kesimpulannya.. aku pergi kerja macam hari biasa aku tunggu bas. Sedikit frust la kan, budget kuar pagi dapat sampai opis awal. Rupanya....
Ok, see ya. Pening kepala naip dalam bas.
No comments:
Post a Comment