nuffnang ads

August 22, 2011

Puasa ke-22

Bagaimana dengan hari minggu anda?

Hari minggu aku sangat seronok sebab aku masak. Ya, aku masak. Sangat ajaib! Oleh kerana aku update guna hp, maka aku akan up gambar later.

Seronok ya masak, lebih seronok sebab masak satu lauk je iaitu nasi ayam. Saja je nak masak nak tengok skill masak aku sudah pudar atau belum. Alhamdulillah, sedap ya nasi ayam siap bertambah2 lagi. Aku tambah itu sudah pasti, adik2 aku, mak aku.. happy ok tengok orang lain makan dengan sedapnya.

Aku sangat mengantuk di opis. Sempat juga aku tidur beralaskan lengan di atas meja. Tertidur aku sangat2 mengantuk tak boleh nak buka mata. Gara2 nak buka puasa 2 hari kat kampung, maka ini la hasilnya. Aku touch down pukul 7.35, budget sempat la sampai opis b4 9.10 minit.

Dari perut kapal ke erl punya la jauh berjalan kaki.. takde la jauh sangat tapi bagi aku nak cepat so terasa la jauh. Then tunggu erl datang lak. Dalam erl confirm la tertidur. Pastu tukar naik star kat bandar tasik selatan. Tunggu train lagi. Aku sampai opis pukul 9.22 pagi. Haihhhh!!

Balik ni nak kena tunggu komuter lagi.. pastu naik bas sampai ke rumah. Siyes aku kepenatan n mengantuk.

*update, gatal sangat nak naik star semalam.. akhirnya aku sampai rumah 9.21 malam. Bas takde.. ada satu bas tu taknak amik penumpang sebabbbb 'saya nak buka puasa, saya shift dari pukul 5 ptg sampai sekarang, ada bas kat belakang nanti'. Ya, pakcik sorang je la yang puasa, saya tak.. macam la tak boleh berbuka dalam bas. Lepas tu g la melantak kat kedai. Aku tunggu bas dari 6.14 ptg sampai 8 mlm. Aku buka dengan air milo dan coklat je.

2 comments:

Firdaus Al-Fatani said...

Salam Dewi,

Ingat aku tak. Ko keja mana skg. Masih dengan raffcomm lagi ke? Amboi balik Kuantan naik kapal ke.. cewah.

Dewman said...

As Salam..

Sudah tentu la aku ingat.. aku rajin gak baca coretan ko ngan isteri kau. Ya, masi kerja di sana lagi.. ada kerja kosong tak kat tempat kau? :)

Aku nak buka puasa ngan family aku 2 hari.. that why aku balik naik flight.. kalau naik bas tak dapat la

Nuffnang Ads