Minggu lepas sheleq mengadu domba pasal kahwin. Topik yang paling aku suka di abad ini. Dan dan je mak sheleq suruh cari bakal suami cepat2. Si sheleq start la gelabah. Relaksssss sudahhhh!! Jodoh tak kemana. Engkau bukannya tak carikan, cari tapi tak jumpa lagi.
Setakat ni parents aku relaks lagi. Takde bising2 suruh aku kahwin. Tapi takkan la aku masih ingin bersenang lenangkan.. apa2 pun aku masih perlu untuk mencari jodoh. Tapi bila dah lama single ni, aku dah kurang pikir untuk kahwin *kadang2 rasa juga nak kahwin tapi jarang la. Lantak la orang luar nak cakap apa, aku dah lali dengan kata2 'engkau bila nak kahwin', 'sampai bila nak single', 'taknak merasa alam perkahwinan ke', 'taknak kahwin ke' dan extra2.
Kadang2 aku rasa menyampah dengan orang sekitar aku *orang yang suka komen je. Pada aku mereka ni tak memahami situasi orang lain. Mentang2la ko dah kahwin dan beranak pinak, suka hati je nak bagi komen tak tentu pasal. Sila jaga hati orang lain juga.
Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Aku percaya sebab ia juga ada kaitan dengan qada' dan qadar.. Aku bukannya duduk diam atau menunggu jodoh aku tiba. Owh tidak tidak. Aku juga berusaha ke arah itu. Aku juga mencari peluang untuk memperluaskan jajahan jodoh aku. Sampai ke stadium aku cari. Aku ada tiket tengok liverpool walhal aku bukannya minat punnnnnnnnnn bola. Saja memperluaskan jajahan jodoh mana la tau kan kan tetiba 'hai, saya song seung hoen (*matikla contoh nak orang korea je) kagum la tengok awak minat bola!' Alamak, kena hafal pemain dan position pasukan liverpool. Harharharharh haram!!
So, orang2 di luar sana.. sila jangan komen yang bukan2. Sila komen yang baik2. Contoh 'Insyallah ada jodoh tak kemana', 'Ada la tu.. Dia lebih mengetahui apa yang lebih terbaik untuk diri kita'. Kannn sedap sikit mendengarnya.
1 comment:
akak ada calon sorang dok seri kembangan...mau kenal ker?
Post a Comment