nuffnang ads

July 26, 2011

Insaf

Lama aku tak post gambar. Bukan malas tapi malas sangat. Apakah?

Dua minggu lepas aku dan adikku yang terchenta pergi membeli belah di Jalan Tar. Misi kami adalah mencari kain untuk baju raya satu keluarga. Sebelum tu aku dah cari kain tuk lelaki kat Tewah di Mines. Next day ke Gulati's n apatah lagi kedai aku masuk.

Mahal nak mati ya kain2 kat Gulati's tapi semua aku tak suka since byk jenis chiffon dan berbatu2. Aku jenis tak reti pakai kain dua lapis, rimas! Susahnya mencari kain untuk kaum perempuan. Silap la beli kain tuk lelaki dulu sebab susah nak matching. Last2 dapat kain utk mak dan makcik aku je. Eh lupa, tuk kami pun ada thai silk kat gulati.

Last kedai aku masuk nagoya dan kamdar. Byk kain cantik tapi kualiti kurang. Aku kalau beli kain suka test kekebalan kain. Ada satu kain tu punya la cantik, wangi lak tu.. tapi bila aku tarik kain tu pecah2 kat tepi. Akhirnya kain tuk aku dan adik aku takde. Sabtu lepas baru dapat beli dekat Jakel Shah Alam. Banyak gila kain kat sana. Rambang mata! So, shopping kain dah settle.. weehoooo!!

Meh tengok gambar makanan, aku belanja adik aku kat Restoran Insaf. Restoran yang selalu orang buat joke 'Insaf aku lepas makan kat kedai Insaf'. Aku makan nasi briyani ayam goreng, 2 air manggo, satu milo ais. Total RM36.50. Insaf takkkkk? Ya, sedikit insaf.. pastu buat lagi :)




Mak kawan opis aku masak.. baguskan bila mak rajin masak kat rumah. Boleh tapau. Ni nasi daging style arab.

No comments:

Nuffnang Ads