Tengahari tadi aku ke pwtc, jumpa makcik aku kat booth. Alang2 ke sana, aku pergi renew lesen kereta yang dah due pada 8.7.2011. Itupun aku baru perasan semalam. Sebab dalam paper ada tajuk 'Perbaharui lesen kereta sebelum...' lupa tajuk betul apa. Aku pun check la lesen.. perrgghhh dah dekat 2 minggu lesen aku mati. Selamba je tak renew. Aku kalau tak tahu takde la gelabah sangat tapi bila dah tau memang berdebar2 la kan bawa keta.
Hari ni birthday makcik aku, aku beli kek cheese apa tah kat kedai resepi rahsia. Bila tengok event, aku jadi rindu nak buat ops. Lama gak la aku lepak kat booth tu.. tolong bungkus perfume. Ramai yang membeli. Aku memang suka berinteraksi dengan orang ramai. Satu lagi kaedah memperluaskan jajahan pencarian jodoh aku. Event kali ni sempena tilawah al-quran. Sooooo.. aku cari ustaz la pulak. Hehehehe! gelenya deh..
Makcik aku sorang je tadi, kesian tak menang tangan. Nasib baik anak sedaramu ini ada menghulurkan bantuan. Sambil2 tu dapat la aku membeli sebotol perfume. Murah je RM40. Bau pun sedap. Aku biasa beli yang ori, tapi kali ni aku nak try yang tak ori lak. Tapi bau memang perfect. Macam2 brand ada. Pilih je! tapi aku dah tak larat nak pilih banyak sangat jenama. Pening! Ada customer tadi pun pening, makcik aku bagi hidu kopi tuk naturalkan balik bau.
Esok kalau rajin, aku pergi tolong makcik aku, itu pun kalau aku tak sayang tidur la.
*tak sabar nak join event dengan sheleq akhir tahun ni
No comments:
Post a Comment