nuffnang ads

September 27, 2012

Yogyakarta, Day 1 - 3

Rancangan nak berjalan2 akhirnya terlaksana juga. Aku beli tiket Airasia masa offer bulan Jun tahun lepas masa tu harga RM200. Bulan Ogos lagi murah dalam RM150++, aku juga yang belikan tuk orang lain.. ishhhh geram!

Hari pertama
  • Kraton
  • Makan
  • Taman Sari
  • Candi Prambanan
  • Makan
  • Hotel
Hari kedua
  • Candi Borobudur
  • Ullen Sentalu Museum
  • Merapi
  • Makan
Hari ketiga
  • Kerajinan kulit Kampung Manding
  • Kota Gede
  • Bakpia
  • Makan
  • Shopping
  • Makan
Hari keempat

BALIKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!

Banyak juga la tempat2 yang aku skip. Semuanya gara2 nak shopping. Setengah hari pun tak cukup tuk shopping. Pasar Beringharjo lak tutup pukul 4.30 petang. Dah la tempat tu besar gila. Mostly banyak baju bermotifkan batik. Rasa macam nak pergi lagi. Kalau 5 hari maybe la sempat. Tak terkejar2 sangat! Takpe next time pergi tuk shopping je.

Tempat yang tak sempat nak pergi, Pantai Depok, Pantai Parangkusumo, Parangtritis tengok sunset. Mak sedara aku dah cakap awal2, kumpul duit pergi lagi next year.

Aku stay kat Hotel Peti Mas, semalaman 500++juta rupiah. Sapa2 yang nak pergi, aku sangat rekemenkan tempat ni. Siap ada surau lagi. Owner orang muslim. Memang santai la kalau duduk kat sana, club pun takde. Kalau rasa penat selang beberapa kedai ada tempat urut kaki. 45 minit baru RM15. Murahkannn!

Hotel provide breakfast free, ada nasi goreng, mee goreng, roti, bakmi, bubur dannnnn yang terbaik ada minum petang free. Kopi + kuih sorang seketul. Dari pukul 6 petang sampai 9 malam. Bestkannn, mana nak jumpa kat tempat lain.

Makan? dont worry kat sana mostly 73% adalah Islam. Kalau korang ragu2 makan je kat restoran minang. Settle masalah.

Itinerary, mak sedara aku yang uruskan. Dia suruh cousin aku dari Jakarta yang carikan. So far, driver n guide memang bagus. Aku naik van yang muat 12 orang. Senang gerak satu kenderaan. Kat sana takde la jam sangat macam kat Jakarta. Paling banyak kat sana adalah motor. Memang kelam kabut la tapi aku suka tengok driver2 ni sangat bertolak ansur. Tak macam kat Msia.

Kat sini banyak bangunan lama, kuil2 hindu n budha, tempat2 kraf, pantai, gunung ganang n so so so on. So kalau korang suka tempat2 camni aku rekemenkan korang datang. Kalau tak minat, takyah la datang.

Aku habis lebih kurang RM800 ringgit untuk semua sekali. Takde la mahal sangatkan. Okey la tu. Nanti aku post gambar ya. Sebab aku kena resize.

*Tourist guide aku sedap mata memandang. So takde la bosan sangat! Adik aku bising, taste ko ni Indon je. Well kata ada darah orang sana. :)

No comments:

Nuffnang Ads