nuffnang ads

September 7, 2012

Work From Home (WFH)

Minggu ni aku dah start kerja dari rumah. Tiga hari kat rumah, isnin dan jumaat je kat opis. WFH ni masih lagi dalam proses percubaan kalau semua ok, maybe akan diteruskan sampai bila2. So far ok la.. masih berdisiplin cuma agak boring la dok rumah.

Bangun pagi gosok gigi cuci muka pakai baju.. huhuhuhu

Perbezaan kerja dari rumah dan pergi opis

WFH
OPISH
Lepas solat subuh aku tidur balik, pastu bangun semula pukul 8.15am, mandi, breakfast then dok depan lappy.

6.30am dah bangun, 7.20 gerak ke opis. Kena bayar parking, bayar tiket train. Sejam baru sampai opis.

Breakfast kat umah, saving! kechingggg! Suka hati la nak bfast apa, roti kosong cicah milo ke, fiber je ke

Beli nasi lemak la, roti telur la, nescafe ais la, mcd la J

Boleh minum teh orang kampong, so boleh memerut bila2 masa sahaja

Cannot okkkkk! leceh
Elektrik naik sedikit. Kena saving! kalau aku on lappy, aku off tv and vice versa

Suka hati la nak guna banyak mana
Kalau penat, boleh kerja kat atas tilam, baring2 golek2

Golek2 atas meja je la
Tengahari aku off lappy, aku masak maggi, kari ke, sup ke atau sandwish ke
Kena turun bawah, tunggu lif, beratur nak membeli, lauk masin la pulak!

Tak boleh cuci mata tengok jejantanz dah
Nyummyyy! Astaghfirullah



Ni je la perbezaan yang ada dalam kotak pemikiran aku. Aku bersyukur sebab aku tak terlibat dengan banjir kilat hari tu. Kalau tak memang aku akan stuck dalam jam juga. And syukur juga tempat selalu aku parking tak naik air sebab kawasan tu tinggi.

Jom la tengok gambar lak..






Sekian.. berjumpa lagi akan akan datang.

No comments:

Nuffnang Ads