nuffnang ads

April 1, 2012

Teater Musikal Gerimis Mengundang

Kesimpulan ni datang dari sudut pandangan dan pemikiran aku. Lain orang lain citarasanya. So, takyah nak sentap sangat la kalau apa yang aku simpulkan tak sama macam anda semua.

Pelakon

1. Kamal Adli - Tidak dinafikan dia pandai berlakon, suara pun sedap dan orangnya kelakar. Tapi, ada beberapa part dalam teatar seakan2 sama dengan watak drama apa celup. Maka kadang2 tu aku macam tengok drama apa celup lak.

2. Mikha Tambayong - Suara mikha sangat sedap, sooooo mendayu. Lakonan, best juga.

Keserasian antara Zamani dan Cinta sangat serasi. Siap ada tarian ala2 'So do you think you can dance'. Kelassss sangat!

3. Kumpulan Zero Raja Lawak - Sangatttttttt BEST! terasa macam tengok teater komedi musikal. Watak mereka sebagai co pilot memang penyeri dalam teater ni. Sila la tengok ya kawan2.

4. Taiyuddin Bakar - Lakonan dia pun best, suara pun ok, and the best part, dia nyanyi lagu apa celup dalam teater ni. Tapi, lakonan dia kadang2 mengingatkan aku pada watak dalam cerita apa celup.

5. Cucu Arwah Tan Sri P. Ramlee - Sorry, aku tak ingat nama, aku pernah tengok dia masa audition mentor dengan ferhad. Her voice memang sedap. Lakonan, pergghhh memang best. Tapi time dia jerit tu, annoying. Sangat over!

Keserasian antara mereka berdua, (mereka ada nama timangan boboboy babygirl apa tah aku tak ingat, seakan2 macam cerita apa celup juga.) memang best, aku suka. Penyeri dalam teater Gerimis Mengundang. Aku suka part mereka balas2 surat.

6. Rizal - Aku baru kenal, lakonan agak best. Part gaduh2 dekat club tu, quite interesting. Part mabuk2 pun memang best! Eh, jap mabuk, tarik balik apa aku kata.. tak perlu kot! Drama sangat!

Overall, lakonan mereka memang best. Tapi, suara mereka kadang2 aku tak berapa nak dengar. Musik lebih kuat dari suara. Tenggelam timbul.

Props

Terbaik, aku suka. Lampu, musik, asap2, helikopter, rumah, itu ini, sila la tengok ya, macam2 ada. Semua lagu yang dinyanyikan oleh pelakon pun best. Puas Hati!

Semua macam best je kan? Ehhhhh.. yang tak best pun ada, cuma takde la besar sangat.

1. Macam aku cerita tadi, suara tenggelam timbul.

2. Penonton terlebih bijak, tiba2 nak tepuk tangan pada part2 yang aku rasa tak sesuai nak tepuk. Aku agak yang dok tepuk tu budak2 sekolah, sebab ada satu part, bila si kamal adli tu cakap dia sekolah kat sekian2, diaorang pun happy and tepuk tangan. Then boleh pulak menyampuk orang tu tengah berlakon.

3. Oleh kerana aku ni duduk barisan L dan tepi pintu, aku sangattttttttttt tak berpuas hati sebab aku hanya nampak separuh je props sebelah kanan aku. Contoh props bilik tidur, aku hanya nampak meja komputer je, ada part yang cinta and babygirl mengadu domba, aku tak nampak, terus lari feel aku. Sampai senget2 la badan aku kat sebelah. Dah la sebelah aku tu jejaka. Mesti dia ingat aku nak ngorat. Tapi tidak, dia pun dok senget2kan badan sampai terpaksa pindah tempat duduk nak tengok full props. Sepatutnya, letak la tengah sedikit. Tak fair la, orang tengah la best, yang dok tepi, NON ADO!

4. Perlu ke ada props dalam club, mabuk2.. melayu sangat! hahahaha jangan marah okey gurau je!

5. Jalan cerita, pada aku bukan sesuatu yang baru di luar pemikiran kita. Dah bole agak ape akan terjadi next and ending dia mcm mana..

1 comment:

Hikari Shoko said...

correct correct correct..

Duduk seat yg berharga Rm55 hanya boleh tengok separuh theater sure buat org frust sesgt.

overall jalan tipikal, tp lawak mmg best.. boleh pecah perut. Plus, lagu2 yg dinyanyikan pun sedap.

TETAPI.... disebab dapat tgk separuh
theater boleh bg 5 dr 10. bagi lebih kat Co pilot...

Nuffnang Ads