nuffnang ads

April 4, 2012

Repeat

Semalam, aku menonton Teater Musikal Gerimis Mengundang untuk kali ke dua. Kali ni seat aku sedikit tengah tapi masih di barisan yang sama. So view aku sangat clear dan tidak lagi separuh. Tak banyak benda yang aku nak ngomelkan kali ni. Pada aku lakonan Zamani, Cinta, Jering, Najua, Kembang, Rizal, Zero and others memang BEST!

Lakonan Zamani memang best la, tak sangka dia boleh menyanyi, berlakon, menari, pendek kata serba boleh la. Suara Cinta takyah cakap la, mendayu then terpukau, acah je. Suara si Jering dan Najua pun best juga. Aku memang puas hati dengan lakonan mereka, arrrgghhh aku suka. And the best part, time Jering jatuh dari kerusi, sepatutnya kerusi tu tak patah, pandai Jering handle situasi macam tu. Suddenly part tu jadi kelakar. .agu2 yang dinyanyikan oleh mereka juga sangat best

Ada dua perkara je yang tak berapa nak gemar, technical n jalan cerita. Lakonan mereka tak dinafikan memang best. Suara masih lagi tenggelam, musik kuat dari suara. Penat aku tadah telinga semata2 nak faham apa yang mereka dok cakap. Tapi hampa.

Part dalam club, minum, mabuk tu aku masih lagi tak boleh nak terima. Ya, aku tau part tu nak menunjukkan realiti orang melayu kalau ada masalah mesti nak pergi club dan mabuk2 untuk release tension. Cuma tak sesuai ditayangkan untuk sesetengah peringkat umur.

Ending? ya, tetap cliché. Bila aku tengok kali kedua ni baru aku rasa tak perlu ada screen kat tengah2 pentas. Kenapa tak jadikan part tu as a teater? tiada ending lain, atau susah nak adakan adegan macam tu di pentas. Sebab once adegan tu ditayangkan di screen, automatik kita dah tau ending cerita ni macam mana. Ewahhhh, pandai ya ko kritik. Aku panggg kanggg!

But, please, please sila la tengok. Ahad dah last day! Rugi tak tengok, seriously rugi. Takyah la nak adapt sangat negatif part yang aku dok citer ni, maybe korang suka. Lain orang lain citarasa. Tapiiiiiiii sekali lagi aku tekankan di sini.. SILA LA TENGOKKK!! KAMAL ADLI memang sesuai untuk dijadikan bahan cucian mata.. merembes, hahahahaha :P

Gambar.. sorry la kalau korang tengok gambar ni, boleh terjun bangunan. Biasa la guna henpong.


Ya, aku bersalah sebab amik gambar dalam ni.. Maaf! cannot tahan maa..


She is so cute! Patut la i pun cute, kata asal usul dari sana juga.

*aku dah tau nama gelaran si najua dan jering, babyboy dan babybu.

No comments:

Nuffnang Ads